MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, April 26, 2011

MENCARI NAMA BABY

Mencari nama anak memang satu kerja yang mengasyikkan. Ada setengah orang tu dari zaman cintan-cintun lagi dah set up nama anak-anak. Siap ada yang sediakan siap-siap sampai empat lima nama, konon-konon itu semua nama untuk semua anak-anak yang bakal dilahirkan nanti. Ceaaa!

Sekali dengar memang macam romantik. Dua kali dengar aku sendiri pun geli. Haha.


Tapi kalau kamu-kamu dah sah kawen tu rasanya takde hal la nak verangan nama anak kan? Itu family planning namanya. Hehe. Kalau yang dah confirm pregnant, bakal jadi mak abah tak lama lagi memang lagi perlu la sediakan nama anak dalam kandungan tu. Kalau sampai baby dah lahir pun dok blur-blur tak tahu nak bubuh nama apa pun susah jugak nanti. Jadi better prepare awal.


Aku??


Ada nama baby dah ke?


Hak hak hak.


Proses mengumpul nama-nama baby yang baik-baik yang indah-indah memang tengah berjalan sekarang. Untuk first stage, aku akan kumpul dulu nama-nama yang aku berkenan, aku taip elok-elok dalam word siap dengan meaning sekali. Tapi aku taip yang selected je la. Gila kau nak pilih semua?? Beratus nama-nama baby ada dalam internet ni. Jadi aku pilih la mana yang aku berkenan..nama baby girl aku amik dalam 20 keping, nama baby boy dalam 20 keping. Nanti untuk stage kedua aku akan serah kat incik suami untuk buat final selection. Ohh nebesnya. Haha.


Kalau cerita bab nama anak ni aku lebih suka nama yang just ada dua perkataan. Cukuplah tu. Tak payah banyak-banyak. Elok pulak nama incik suami pun dua perkataan jugak. Kira ngam la tu.


Pastu kalau boleh aku nak nama anak kami nanti ada huruf "Y" pada namanya. Bagi matching dengan nama abahnya yang ada dua "Y". *tentiba rasa tak perlu pun takpe.haha*


Dan yang last sekali, nama anak haruslah senang disebut. Kalau boleh tak nak la letak nama anak kemain sedap, maksud pun bagus..alih-alih panggil boboy atau gegirl jek. Rasa sayang sebab tak panggil anak dengan maksud yang baik tu. Kan ke panggilan nama tu ibarat doa jugak kan? Jadi kalau boleh aku nak kasi nama yang senang nak sebut. Senang nak panggil. Kalau nak marah pun senang. Haha.


Jadi apakah nama anak aku?


Jeng jeng jeng...



2 comments:

  1. setuju.. biar mudah dan senang menyebutnya terutama oleh orang2 tua.. Ingat kan nama anak WN dah senang, rupa2nya mak2 sedaranya kata susah nak sebut pada yang tak de gigi!!! ngeee... sabo je la

    ReplyDelete
  2. bab nama baby ni cheq lemah betui..aqil dulu pun dah beranak br kitrg dpt nama..huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...