MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 7, 2011

Raya Dan Makan Tak Dapat Dipisahkan

Selamat Hari Raya Aidiladha semua!!


Huhu..raya dah belated aku baur hegeh nak ucap selamat raya. Maklumlah..bizi terlampau semalam. Haha.


Tahun ni dua-dua raya aku beraya tanpa incik suami di sisi. Takpelah..pengorbanan katanya..hehe. Untung ada famili segerombolan kat KL ni, jadi raya masih lagi meriah.


Malam raya memang sumpah sebijik kerja pun aku tak buat. Potong bawang sebijik pun tidak. Kerja aku cuma jaga perut sendiri jek. Ahaks!!


Pagi raya..siap-siap, mandi-mandi, pakai baju raya. Baju raya haji adalah jubah hitam yang mak belikan di Makkah tahun lepas. Tak pernah pakai lagi, jadi boleh consider baju raya baru. Muahaha!! Pastu biasalah, sesi makan-makan..nama pun raya kan?

Makan adalah sorga semalam.

Kat rumah dah bedal lemang 5 potong, rendang ayam, daging hitam, coklat bla bla bla..

Pergi beraya umah Pak Nan kat Kg. Baru, makan lagilah sorga.

Laksa Sarawak 2 mangkuk aku tibai.

Nasik lemak 1 pinggan.

Ayam goreng berempah 4 ketul. Perghh!!

Meratah paru goreng pulak lagi.

Eh eh..Pak Nan hulur coklat pulak.

Tentiba nampak ada kek pulak atas meja dessert...bak mai sekeping katanyaa..

Haha!!


Memang best pulak makan semalam. Tambah-tambah aku ni membawak perut, kau cakap je nak makan apa..Gigih famili tolong carikan. Heh.


Paling best...aku dah selamat dapat makan aiskrim Magnum. Siapa yang ikut cerita aku tahulah macam mana gila aku dan incik suami cari aiskrim magnum kat Labuan nun. Haram takde.





Tapi turun je flight hari Jumaat hari tu, mak dah suruh aku p beli aiskrim Magnum.


Berlambak beii aiskrim tu kat sini. Mana-mana pergi adaaaaa jek.


Hari Sabtu kelmarin pun mak belikan lagi aiskrim untuk aku.


Cukuplah dah dapat makan dua kali.


Banyak-banyak sangat makan aiskrim pun tak elok jugak. Menggigil sejuk anak kat dalam ni nanti.


Tambah pulak cuaca kat KL ni dah serupa cuaca kat Genting Highland dah aku rasa.


Sejuuuukkkk memanjang.


Tidurku malamku tidak ditemani peluh lagi.


Muahaha!!

1 comment:

  1. warghh seronok beraya dpt mkn mcm2.. xpe b4 bersalin hentam je semua...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...