MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, October 16, 2012

Bonus 100 bulan gaji


Cakk!!

Ada orang lagi tak ni? Almaklumlah..lama tak hapdet. Mak bizi naaaakkk.

Ini baru selesai tugas mengawas PMR. Memacam kerenah ada budak-budak PMR ni tau. Ada sorang tu..

"cikgu, cikgu jaga dewan lagi ke hari ni?"

"Tak. Hari ni cikgu jaga bilik dua."

"Alaahhhh...kenapa tak jaga dewan cikgu, jaga dewanlah cikgu."

Budak muka frust aku tak jaga tempat dia exam. Ada peminat rupanya cikgu. Haha.

Yang penting PMR dah setel. Tapi bizi aku tak habis lagi. Hal sekolah ni kalau nak cerita memang sampai sesi sekolah tahun depan pun tak habis lagi. Jadi tak payah ceritalah.

Baik aku cerita pasal Aidi. Haha.

Semalam Aidi ada appoinment untuk check up 10 bulan. Jadi memandangkan aku bizi ngalahkan perdana menteri, jadi abahnya la yang bawak Aidi ke klinik. 1st time ni incik suami bawak Aidi pergi check up, sorang-sorang pulak tu. Aku pulak yang neves. Malam sebelum tu pun dah berkilometer pesanan aku bagi kat incik suami.

"abang nanti sampai klinik terus pegi amik nombor. Pastu tunggu nama Aidi kena panggil."

"Abang nanti bukak baju seluar Aidi semua bagi bogel, pastu timbang, pastu ukur tinggi, pastu cecepat pakaikan Aidi pampers. Kang abang kena 'tembak' kang naya jek."

"Nanti nurse akan tanya soklan-soklan, abang jawab je sehabis baik. Heh"

Yang laki aku ni...ye ye ye je lah kan. Dah bini panik semacam, padahal brother relax jek. Haha.

Sebelum pergi sekolah aku dah siapkan Aidi, siapkan beg Aidi apa semua. Susu 18oz aku bekalkan. Dan memang licin Aidi minum sepanjang kat klinik. Haha.

Berat Aidi dah 8.8 kilo untuk 10 bulan ni. Naik 800 gram dari berat masa dia 8 bulan dulu. Alhamdulillah. Tinggi pulak dah 74cm. Naik 4 cm dari tinggi masa dia 8 bulan. Syukurlah. Nurse pun kata graf perkembangan Aidi cantik. Bagi aku asalkan berat Aidi naik setiap bulan tu kira okeylah tu. Naik 100 gram pun takpelah, janji naik. Jangan sampai drop sudahlah. So far alhamdulillah, berat Aidi dari lahir tak pernah turun lagi. Naik setiap bulan. Jangan kau gemuk montel macam mama ni sudahlah ye nak. Haha.


Sejak-sejak incik suami cuti ni, dia mengasuh Aidi 24 jam, aku mula nampak sifat kebapaan yang makin bersinar-sinar dalam diri beliau. Cewaaahhh!!

Sungguh.

Dia mampu galas tugas yang biasa dilakukan oleh isteri.

Dia mandikan Aidi.

Siapkan pakai Aidi.

Spend time untuk main dengan Aidi sampai budak tu tertidur penat.

Dia basuh kencing berak Aidi dengan sebersihnya. Heh.

Plus dia sempat lagi memasak lunch atau dinner atau kedua-keduanya sekali untuk santapan bini dia yang kebulur balik kerja ni. Haha.

Kain baju pun semua setel.

Rumah pun kemas. Errr tapi taklah kemas sangat kalau dah Ada Aidi dalam rumah. Haha.

Malam masih ada masa untuk isteri. Eh??

Hahaha!!

Kesimpulannya memang aku salute lah laki aku. Tahu memang ramai lelaki jenis gini. Jenis boleh diharap. Tapi bila aku sendiri dianugerahkan lelaki begini..rasa macam alahai bestnya. Macam dapat bonus 100 bulan gaji.

Haha over!



3 comments:

  1. laki aku tu aku tak tau agi potensi nyer...mase lepas beranak..die jage aku berpantang..memasak bagai..memang superb..kalah mak pak aku jage..tapi lepas tu..tak nampak lagi potensi macam laki ko..ley jadi fully house hasben..!!! so far..aku tengok..setakat mandikan anak..siapkan anak..susukan dan tidorkan anak masik failed..nak jage anak sorang2 kat umah sepanjang hari..??!! belum lagi kot..huhu...harap die pon boleh diharap macam laki ko..:)

    ReplyDelete
  2. laki saya tak pernah buat seperti yang dinyatakan diatas kecuali buat susu utk asyraf...dan saya pun tak yakin dan tak kasi dia buat..saya tak konfiden dengan dia..keji tak saya?hahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...