MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, October 29, 2012

Kena Stalk Dengan Suami Sendiri


Suatu hari...

Aku: Abang..kenapa abang tak suka berfesbuk?

Suami: Alah..malaslah. Fesbuk ni yang buat ramai orang cerai-berai sekarang ni. Kat tempat keje abang tu, ada sorang sarjan tu..tiap maaaaaasaaa fesbuk. Kadang hari tak keje pun dia datang tempat keje tapi hanya untuk main fesbuk *nak pakai wifi free kekdahnya*. Alih-alih sekarang dah kawen dua sebab kena tangkap basah.


Aku: GULP!!


Facebook.

Ramai yang addicted kan? Aku tak tau aku kira addicted ke tak, tapi kalau sehari tak bukak facebook rasa macam ok lagi lah..takdelah rasa nak putus nyawa pun. Haha.

Incik suami, dia ada akaun facebook. Tapi memang 'koma' kat situ. Apa omputeh kata? Idle. Ha gitulah.

Dia tak suka berfesbuk. Senang cakap sebenarnya dia tak reti. Miahahaha. Jadi dia memang tak pernah amik peduli hal-hal facebook ni. Yang dia tau bila on laptop adalah bukak google kendia search "Chelsea". Itu je yang penting.

Tapiiiiiiii.....


Sejak detigamenjak ni...dia ada satu hobi baru.

Stalk fesbuk aku!!

Senyap-senyap dia akan bukak fesbuk aku, tengok segala apa yang ada dalam tu. Terutama apa yang aku post.

Kalau aku post gambar Aidi...tak lama pastu dia akan bagi komen-komen secara live. Orang lain komen kat comment box kan, dia tak..live terus dia bagi. Haha.

Kalau aku post apa-apa kat fesbuk, dia akan baca. Pun sama..kalau rajin dia komen live, kalau malas dia 'like' je. Tapi live jugak. Haha.

Kadang dia hebat lagi....dia baca  komen-komen orang pastu dia komen balik dekat aku secara live. Aku pun tak paham.

Semalam...

Aku post gambar-gambar kami pergi bercuti. Alah, yang aku dok pung pang pung pang tu..aku post gambar-gambar kat fesbuk, nak tengok sila pergi fesbuk aku.

Tentiba....


Suami: tepi sikit tepi sikit. *dia suruh aku anjak dari laptop*

Aku: Kenapa ni??

Suami: Abang nak guna laptop. Abang nak tengok gambar "Holiday".




Aik? Dia dah  tau tajuk album gambar??


Memang sah teruk aku kena stalk dengan laki sendiri.

2 comments:

  1. sekadar berjaga-jaga. hihihi. :p

    ReplyDelete
  2. ihhihi... pendek kata dia da suka fb.. p tak reti lagi, pasni da reti berebut la plak... hhihih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...