MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, October 30, 2012

Hunting Hadiah Besday Aidi


Birthday party Aidi semakin hampir.

Insyaallah aku akan buat besday party Aidi episod 1 pada 12.11.12. Genap Aidi 11 bulan.

Tentang persiapan tu adalah bergerak jugak sikit. Mana yang patut order, aku dah order. Mana yang patut kena bayar, aku dah bayar. Yang lain-lain tu kita beli offline sudahlah.

Hal persiapan tu takde masalah sangat. Masalahnya duit je ada ke tidak. Hahahaha!

Masalah aku sekarang adalah nak memikirkan hadiah untuk anak kesayangan aku tu.

Apa nak dihadiahkan ye??

Aduhaaaaiiiii pening nak pikir.

Bila tanya abahnya...nak hadiahkan Aidi apa nanti?

Dia kata...RAHSIA.

Coi!

Incik suami kata aku dengan dia kena sediakan hadiakan masing-masing, dah hadiah adalah rahsia. Perghh! Dah macam nak mengundi pulak.


Tapiiiii....

Aku macam dapat tau sikit-sikit apa yang incik suami tengah survey-survey sekarang ni.


Ni ha.







Apa ke nama benda ni aku tak taulah. Trektar ke bulldozer ke lebih kurang lah. Aku perasan, bila pergi department toys, dia mesti akan belek-belek benda ni.Tapi dia takde pulak cakap nak beli untuk Aidi ke apa. Abis kalau bukan untuk Aidi untuk siapa pulak? Takkan dia pulak yang teringin nak nunggang benda tu? Hahaha.


Kalau betul dia beli benda ni..lahaiiii celah mana lah Aidi nak main. Rumah tu dahlah cenonet. Huhu.


Itu kesah incik suami dok hunting besday present anak.


Kesah aku??


Hoh.

Runsing.

Kadang aku rasa macam tak payah lah beli apa-apa. Kalau bukan besday pun memang dah memacam aku belikan Aidi. Sampai kadang aku rasa toys kat rumah tu dah lebih dari cukup. Entah-entah ada yang Aidi langsung tak pernah sentuh pun. Banyak.


Tapi dalam tak payah tak payah pun jari jemariku yang runcing ni *nak jugak* nak jugak menggoogle bagai.


Tentiba rasa macam nak belikan ini untuk Aidi.




Trunki.

Ini sebenarnya luggage untuk kanak-kanak, dan boleh jugak jadi riding untuk depa. Macam dalam gambar tu.

Kalau market price memang mahal la hoi. Tak mampu mama nak beli. Dalam rm219 macam tu lah. Tapi ada online seller jual serenda RM139. Tambah postage itu ini..lebih kurang RM150 jugaklah. Boleh refer SINI.


Tapi bila pikir-pikir balik masak-masak..rasa macam membazir pulak.


Kalau aku beli pun, Aku bukan selalu sangat nak travel. Paling-paling pun setahun 2 kali je balik semenanjung. 

Kalau just nak bagi Aidi naik beg tu buat riding-riding, pun aku rasa belum sesuai. Kat intruction tu pun ada tulis luggage tu sesuai untuk kids 2 years ++. Kang Aidi naik pastu tergolek jatuh kang, aku jugak yang nanges.

Mungkin kena tunggu tahun depan baru beli trunki tu. By the time, Aidi dah besar sikit..dan paling best, harga trunki tu mesti dah jatuh. Heh.


Eh, dah kalau tak jadi nak beli trunki...nak beli apa ni untuk Aidi????


Ahhhhhhhhh!!!

3 comments:

  1. macam best gak trunki tu... :D berguna

    ReplyDelete
  2. comelnye trunki. setuju je klu yong beli ekekeke

    ReplyDelete
  3. comel!!! Suke, suke!!! tapi kalo x gune membazir lak kan... huhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...