MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, August 22, 2013

2nd Pregnancy: 25 Minggu

Okey habis dah lah cerita raya. Banyak-banyak episod pun buat korang muntah je nak baca. Macamlah aku sorang je beraya ye dak?? Haha.

Bila habis raya maknanya aku kena mula pikir persiapan Baby A pulak. Aku dah mengandung nak masuk 26 minggu dah ni.

Ohoiii kejap je dah 26 minggu. Rasa macam baru lagi aku up entri mengandung 18 minggu. Pheww!!

Sekarang ni pun aku memang dah tak boleh pakai baju kurung dah pegi sekolah. Sempit tang pinggang, tang punggung..semua nak ketat. Ada beberapa pasang baju kurung je yang masih boleh pakai. Yang lain-lain kita pakai uniform la ye. Baru feeling mengandung tu kuat sikit. Heh.

Sebelum balik raya hari tu, aku ada pergi scan baby A. Konon-konon nak cuba nasib lah kot kot boleh nampak gender, bolehlah shopping sikit-sikit kat KL nun.

Tapi........................H.A.M.P.A

Doktor kata dia tak nampak.

Aku tak tau baby tutup ke, kepit ke atau memang doktor tu tak reti tengok ke apa. Bahahahah. Tapi doktor tu ada buat dialog gini.


"Puan, saya tak berani nak confirm lah puan. Nanti saya cakap girl, tiba-tiba keluar boy pulak nanti susah jugak."

Okey baiklah doktor.

Tunggu Isnin depan kita pegi scan kat Klinik Kesihatan pulak.

Harap-harap nampaklah. Tak syok oh shopping tak tau gender baby.



Adik, sila jangan noti noti dalam perut mama tau

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...