MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 17, 2013

Cerita Raya: Balik Kolumpo Hoi!


Tinggal esok je hoi cuti raya. Pastu dah kena naik sekolah dah. Wuwuwu.

Apapun cuti raya tahun ni best sangat. Rasa berbaloi lah sebab dapat balik lama. Incik suami pun ada sekali. So memang seronok beronok ronok lah kekdahnya. Sebabka terlalu seronok maka sekeping entri raya pun aku tak up lagi. Bahahahah!

Kami anak beranak terbang balik ke KL 31 Julai hari tu. Kemain awal kan? Lebih kurang seminggu sebelum raya. Sakaaannn!

Terbang naik MAS. Dapat pulak flight best siap ada tv kat setiap seat. Heaven ohh!! Aku layan hindustan sepanjang jalan. Aidi pulak tido sepanjang jalan. Legaaaa. Haha.


baju bajan Aidi. Macam biasalah, memang tak habis pakai. Haha



byeeee....Aidi nak balik kampong.


Elok 3 4 minit sebelum nak mendarat, pilot announce dah masuk waktu berbuka. Kami laki bini sempat minum air kotak Dutch Lady Aidi je. Sekotak cenonet tu share la berdua. Romantik habis. Hahaha. Makanan flight ada, tapi bungkuslah. Dah nak mendarat dah kan, kuasa pulak aku nak bukak bekas nasik bagai bagai tu. Kita makan kat bawah je lah nanti.


Budak tak puasa ni jugak yang melantak dulu.

Dah siap claim baggage apa semua, kami pun cari tempat makan. Aku ni dengan KLIA memang tak familiar sangat. Kalau LCCT aku terer la sikit. So kami singgah je lah makan mana kedai yang jumpa dulu kat KLIA tu.

Order....

Nasi lemak ayam rendang *ayam balance balance je dia bagi*

Nasi goreng ayam rendang *pun ayam balance balance*

Teh o ais limau

Mineral water


Cer ko teka berapa regenya??

48 hengget hoii!!

Pengsan!!

Gila makan kat KLIA ni. Tapi takpelah, beli benda makan tak elok nak merungut sangat. Wuwuwuw.

Kami stay kat KL dulu untuk 2 3 hari sebelum bertolak balik kampung suami. Dah alang-alang kat KL ni aku pun apa lagi, lepas gianlah.

Ngajak suami ke Jusco AU2. Beli susu Aidi, pampers Aidi, bawak mama beli kasut raya, baju raya, dan macam biasalah..tak sah kalau tak rembat selai dua baju raya Aidi lagi. Kehkehkeh.



sampai terlena anak dalam troli teman mama abah soping.


Malamnya Aidi tido awal la pulak. 

Jeng jeng jeng...

Inilah masanya untuk berdating datinga dengan incik suami. Muehehehe.

Lama hoi tak dating berdua. Sementara Aidi tido tu jomlah kita bang, berdating.

Mula-mula merambu ke Ampang Point. Bukan dalam Ampang Point pun, kat luarnya. Ada macam bazar raya. Tapi takde apa yang menarik. Bosan.

Pastu lepas ngidam nak makan roti nan cheese kat Restoran Pelita. Malangnya tak sedap. Cheese sikit. Mati selera.




Tengok jam, baru pukul 10 malam. "Bang, kita pegi uptown Danau Kota nak tak?"

Ewaahhh..ko tengok mak buyong tak reti penat. Hahaha. Maka ke uptown lah kita. Jalan ke sana memang aku tak reti. Maka pakai waze je lah senang. Selamat sampai tanpa menempuh jem yang teruk.

Berjalan lah mak buyong terkedek kedek celah celah orang ramai. Tak tau nak cari apa pun sebenarnya. Saja gatal nak cuci mata. Alih alih tercuci poket sama. Hahaha.

Macam biasalah, balik balik beli barang Aidi.

Sandal sepasang. *dah tertinggal kat kampung suami*

Capal sepasang *tapi Aidi tak reti pakai sebab takde tali belakang*

Kemeja Guess rm35 selai.

Baju siang brand GAP dua pasang RM40.

Cik abang sempat rembat selai T Shirt Adidas Original katanyaaa. Tak taulah aku betul ke tak original. Layankan aje lah.

Aku jugak takde beli apa-apa. Hujung hujung aku sempat beli cempedak goreng je 2 hengget. Hahaha.



yang kiri dan tengah tu diborong di uptown.


Pukul 2 pagi baru kami sampai rumah Ampang. Kemain kan merambu laki bini sampai 2 pagi. Alah, bukan selalu.

Lepas tu esoknya aku meroyan sakit pinggang. Mula mula sakit pinggang je, lepas tu lama lama merebak ke sakit perut pulak. Memulas mulas perut aku macam nak berak, tapi tak mau mau jugak beraknya. Punya tak senang duduk aku dah sebijik macam orang nak beranak. Sakit hoi!!

Suami sapu minyak angin kat belakang badan..lega sikit sampai tertido aku sekejap. Bangun tido sakit datang balik. Hohoiii!! Memang macam sakit contraction. Last last incik suami seret aku pergi klinik. Sebelum tu dia suruh aku berbuka dulu. Tak yah ngaada ngada nak puasa pulak dah sakit sakit tu kan. So burn lagi lah puasa aku.

Pergi klinik, doktor kata maybe aku silap makan. Yelah, macam macam aku tibai semalamnya. Mau tak sakit perut. Lepas makan ubat, tido..Alhamdulillah lega.

Aku dah susah hati dah time tu. Yelah, esoknya kami dah nak gerak balik Perak. Kalau sakit aku tak baik baik, rosaklah program. Kalau balik umah mentua dalam keadaan sakit pun tak syiok jugak kan? Nak raya hoi...nak lah badan sihat walafiat.

Okla..next entry kita cerita pengalaman beraya rumah mentua pulak eh eh??

Daaa!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...