MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, August 17, 2013

Cerita Raya: Pulang ke Umah Mentua Menunggu Hari Raya


Cerita raya lagi. Masaklah korang baca. Haha.

Hari Sabtu 3 Ogos kami anak beranak bertolak balik kampung incik suami kat Manong, Perak. Manong ni kira dalam Daerah Kuala Kangsar jugak. Kebetulan kampung aku belah mak pun kat Kuala Kangsar, so terasa macam balik kampung sendiri jugak. Takde lah drama drama airmata ke bagai. Dah 3 tahun kawen pun nak drama airmata segala memang sajalah kan?


on the way. Aidi belum masuk highway lagi dia dah lena dah.

Kami bertolak dari Ampang dalam pukul 7.30 pagi. Saja nak gerak awal sikit sebab takut jalan jem. Maklumlah dah Sabtu, mesti ramai orang dah start balik kampung.

Boleh tahan laju jugak laki aku drive sebab pukul 10.30 macam tu kami dah sampai dah. Pheww!! Lega jalan tak jem.



Beria suruh suami slow sebab bini nak snap gambo. Nasiblah dapat bini ada blog. Haha.

Sampai sampai umah mentua tengok mak tengah ready nak buat kuih loyang.

Tau kuih loyang??

Alah yang bentuk macam bunga tu pastu rangup rangup macam keropok. Sedap hoi!!




Aku asal lepas bukak puasa je mesti aku tibai makan kuih loyang mak ni sampai beliau kena buat sekali lagi lah. Dah apa nak buat, menantu sorang ni kuat makan. Haha.


Aku stay agak lama kat umah mentua ni. Dari 3 Ogos sampailah membawak ke raya kedua 9 Ogos. Dekat seminggu jugaklah kan?

Aktviti takde apalah sangat. Nak main fesbuk memang tak dapat lah. Line telefon pun lembs kat sini apatah lagi line internet.




Jadi keje aku hari hari duduk rumah je lah. 2 hari nak raya kami sefamili pergi bandar Kuala Kangsar, last kopek punya shopping kata orang.

Sempat lah beli Aidi songkok. Murah rm10 je. Aidi kepala boleh tahan, pakai size 19 3/4. Fuh!

Songkok abahnya pun sempat beli. Itu pun payah nak cari size. Dia pakai size 23. Orang banyak jual sampai size 22 3/4 je. Payah haih dua dua beranak ni kepala bola. Haha.

Belikan abah mentua selai kain pelikat elok sikit nak pakai buat sampin. Menantu ni ha yang pilih tauuuu. Abah kemain suka sampai dia basuh tangan pelikat dia tu. Pastu nak angkat dari ampaian pun kemain cover dengan kain lain takut kena hujan. Haha comel abah.

Untuk mak ku belikan blouse selai. Menantu ni jugak pilihkan. Murah hoi blouse, rm28 jek.



Alih alih aku jugak tak beli apa apa. Niat nak beli baju kelawar. Murah aku jumpa. Selai RM8. Beli dua helai RM 12. Mana nak cari kat Labuan ni. Elok dah nak beli, sekali baru perasan laki aku hilang. Sekelip mata hilang dari pandangan mata. Dahlah dia dengan Aidi. Berderau darah aku.

Lagi tambah marah aku bila aku call call tak berjawab. Pekak benau ke apa ni sampai 20 kali misscall pun tak dengar?? Rupanya dia tak bawak telefon. Perghhh!!

Nasib baik lah jumpa jugak laki den. Kalau taakkk...ke balai polis la jawabnya aku malam tu. Tragedi sangat.




Sehari sebelum raya, hari memasak kata orang, memang aku dah tak ke mana mana. Bizi hoi sepanjang hari. Sudahlah aku satu-satunya menantu yang ada tahun ni. Jadi kau buyong ke tak buyong ke sila kerah tenaga.

Tapi aku dah cakap awal awal kat mak, yang tahun ni aku tak mau tolong mak buat ketupat dah.

Eh bukan tak mau. Tapi tak berani dah.

tahun 2010 dulu...aku beria tolong mak buat ketupat palas tu, alih alih banyak gila ketupat mak tak jadi. Masuk air!!

Sumpah aku tobat nak buat ketupat dah.

Fobia!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...