MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, August 19, 2013

Cerita Raya: 1 Syawal di rumah mentua


Cerita 1 Syawal.

Seingat aku, ini kali kedua aku beraya 1 Syawal kat rumah mentua. 1st time dulu masa baru-baru kawen, tahun 2010. Tahun 2011, incik suami kena kerja masa hari raya, so beliau tak balik raya. Aku balik sorang-sorang bawak Aidi dalam perut, raya dengan famili sendiri. Tahun 2013, kami balik beraya..tapi lewat. Kuih raya dah separuh balang baru kami sampai semenanjung. Wuwuwuwu.

So tahun ni memang raya best sikit lah sebab balik awal seminggu. Merasalah malam raya di kampung.

Tapi yang nak frustnya..lepas je berbuka puasa yang terakhir tu, mak mentua aku terus kedaung tido.

Lorhhh....dah mak ni kenapa malam malam raya ni tido awal pulak ni?

Bila nak kemas rumah ni mak??

Hahahhaa....menantu eksaited kata ko!!

Aku pun sabar je lah tunggu mak bangun. Mak letih tu, siang tadi masak macam macam. Aku nak kemas rumah sorang-sorang aku tak reti nak mula dari mana. Kang silap kemas kang naya je. Haha.

Lepas dah siap siap kemas rumah, masukkan kuih raya dalam balang la apa, aku amik turn iron baju. Berpasang pasang nak iron hoi, lenguh mak buyong.

Aidi time ni memang dah lena di bawah ketiak tokwan dia dah. Senang sikit keje aku kalau budak ni dah tido.




Pagi raya...

Macam biasalah. 

Mandi sunat Aidilfitri apa semua, siap cantik-cantik. Aidi pun ku mandikan aje pagi pagi buta tu. Sejuk memang sejuk. Air kampung oiii..sampai ke tulang sejuknya.

Budak kecik ni orang paling awal bersiap cantik.



Sibuklah dia nak ngukur jalan. Tayang baju raya kasut raya segala.

Beraya rumah tok kat sebelah dulu. Makan makan sampai tersandar. Lepas tu baru sedar belum salam salam raya lagi suami, dengan abah mak adik adik semua. Kehkehkeh. Dah kenyang baru nak ingat salam raya.


Lepas tu kami berjalan lah. Beraya ke rumah opah incik suami pulak kat Bukit Gantang.



pandang sini mak..pandang sini.


Aku nak tergelak dengan mak abah aku ni

Tahun ni baju raya depa, kakak ipar aku belikan. Kakak tak dapat balik raya tahun ni, jadi dia kirim baju raya je lah dengan kuih kuih sikit. Kakak belikan mak dress ala ala jubah kaler merah mak ngah tu. Kemaaaainnnn. Tapi mak aku ni punyalah susah hati dok pikir nak pakai ke tak nak pakai ke tak.

Bila aku tanya kenapa mak tak nak pakai baju tu? Kan cantik?

Sambil kerut kerut dahi dia kata dia takut nampak macam cili berjalan je raya esok. Bahahahah!!

Cili berjalan katanyaaa..

Pastu siap nak bukak jahitan manik-manik kat bawah dada baju tu. Aku cakap kat mak, kalau mak bukak manik-manik ni lagilah mak nampak macam cili berjalan sebab baju kosong je merah semata. Kehkehkehkeh.

Akhirnya...setelah dipujuk pujuk, mak pakailah jugak baju cili berjalan tu. Hihihi.

Eh, cantik apa? Ramai tegur mak nampak macam mak datin. Merah aumm  aummm gitu. Hehe.

Abah pun satu hal lagi.

Selalu raya abah pakai baju melayu dengan kain pelikat je. Dia tak suka pakai one set dengan seluar. Entahnya kenapa. Tapi kakak belikan baju one set. Sampin je takde.

So aku pun bodek bodek lah abah mesti nampak hensem lebih kalau pakai one set siap sampin. Tu yang aku belikan sampin tu. Memang hensem abah pagi raya tu. Hehehe.

Tak percaya...nak tengok mak abah kite. =)



phewwwiiittttt...sedondon kata ko!!


Budak Aidi ni macam biasalah dia. Balik raya kali ni memang dia rasa macam burung lepas sangkar.

Bebas berlari katanyaa.

Aku nak makan kuih raya pun tak senang hati. Mata ni kejap kejap jeling Aidi. Kejap kejap aku bangun cari Aidi. Bukan apa...hati risau ko tau.

Manalah tau budak tu pegi kecah kecah rumah orang ke.

Dia pecahkan balang kuih orang ke.

Dia naik turun tangga ke.

Memang tak senang duduk.

Yang abahnya pulak, mementang balik side dia...dia buat bolayan je kat anak. Sedap je dia mentekedarah kuih raya sorang sorang. Mak buyong ni jugak nak kena ke hulu hilir jaga anak.

Siap abang...balik side kite nanti kite balas dendam. Hahahaha.



Aidi jumpa buku kat rumah Opah Chik dia. Barulah dia diam di situ.

Pendek kata, raya pertama ni aku kerja berjalan raya je lah. Adalah 4 5 bijik rumah je aku pergi tapi letihnya macam hapa.

Raya kedua esoknya, dah langsung tak boleh ke mana-mana. Tetamu pulak datang rumah tak putus putus.

Plan aku nak balik Alor Setar jenguk tok and tokwan pun terbengkalai. 

Aku menangis kot raya kedua tu sebab tak dapat balik Kedah. Sampai incik suami pun panik. Dan dan tu jugak dia ajak balik Kedah.

Takyahlah bang..dah pukul 2 petang baru nak gerak balik Kedah. Sorilah..dah terlambat.

Iols merajuk!!





Selamat Hari Raya!!





2 comments:

  1. yong..ko tak hagak kata merah tu mcm cili bergerak. sentap ai ols hokey. i ols tema cili bergerak tahun ni. kikikiki :)
    ralat takdpt join umah mu yong...sobbbs :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak mentua aku yg ckp gitu michaa oiii..cili bergerak katanya.cili lah best..hot gitu.hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...