MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, August 29, 2013

Aidi dan Gulingan Sujud Syukurnya


Aidi sekarang dah makin hebat skil berguling guling kalau dia tak dapat apa yang dia nak.

Anak mengkeme begitu jugak kah?

Aku sedar, umur umur baya Aidi ni memang fasa ekspresikan perasaan. Dia seronok, dia ketawa berdekah dekah. Dia sedih, dia cebik nangis. Dia marah, dia berguling guling siap sujud syukur atas lantai. Itu normal aku rasa.

Yang jadi risau lebih tu kalau dia pandai buat cubaan cubaan nak cederakan diri sendiri.

Hantuk kepala ke dinding ke apa ke. Itu ngeri.

So far Aidi tak masuk tahap cederakan diri. Dia just suka lembikkan badan dia atas lantai pastu merempan guling guling.

Aku buat apa??

Aku buat BOLAYAN!

Hahaha.

Tak senonoh punya mama.

Tapi memang ya. Selalunya kalau dia mula merempan berguling tu memang awalnya aku buat tak tahu. Aku biar dia dengan gulingan dia selama 10 ke 20 saat. Tengok apa nak jadi. Kalau masih tak "kebah" jugak, then baru aku ambik dia dan peluk. Sambil pujuk dengan kata kata yang amat lembut sekali. Hahahaha.

Alhamdulillah..Aidi jenis cepat sejuk.

Marah dia tak lama mana. Tengah dia dok meraung raung tak puas hati tu, aku ajaklah dia main 'tun tun lukut', nanti dia ketawalah geli kena geletek. Ekekekekek.

Tak pun pujuk ajak main toys.

Tak jalan jugak, kita upah susu. Mesti dia mau. Haha.

Tapi bila sesekali dia buat gulingan manja dia kat shopping mall memang menguji kesabaran jugak. Selalunya dia berguling kat depan orang ramai ni bukan sebab tak dapat toys ke apa.


Tapi sebab tak dapat nak main eskalator.


Huh.

Kau gulinglah dari hujung sana ke hujung sini pun mama takkan bagi main eskalator tu Aidi oiii.



Semalam. 3 kali dia mintak nak main walker ni, 3 kali tu jugak mama tak bagi dan 3 kali jugak dia buat aksi berguling dia. Kali ke 4 baru mama mengalah. Hah, mainlah puas puas.

1 comment:

  1. Same anak aku...baru start mnggu lepas..biler nanges nk buat drama guling2...aku pon jenis biar jer dulu die buat perangai..hahaha...tp kat umah sndri ar time takde org...selalunyer qaleef takkan berenti sndiri selagi aku tak pujuk peluk die....haaiihh.... aku dok pikir..adekah normal ataupon die sudah muler menunjukan kemanjaan sbb aku dok hadap die jew....oohh...bile 'adik' mau melekat nih...heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...