MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, August 20, 2013

Cerita Raya: Best Raya Photo Katanyaaaaa

Tengah happy happy berphotoshoot masa raya ketiga hari tu, tentiba adik pompuan aku si Nini tu buat dialog gini.

" Yong, yong..nanti kita amik gambar macam ni tau?" *sambil tunjuk satu gambo kat henfon*

Gambo lama.

Gambo kami sepupu sepupu dulu-dulu.

Ni bukan dulu-dulu takat 4 5 tahun punya dulu. Ni gambo paling cikai aku rasa 18 tahun dulu punya gambar. Aku dalam gambar tu kemain comot lagi kekdahnya.

Rupanya budak-budak ni dah pakat nak amik gambar " Dulu dan Sekarang". Maknanya kita tiru sebiji sebijik gambar lama tu. Orangnya sama, posisi yang sama, kalau nak lagi best, kau buatlah memek muka yang sama.

Aku dah teruja.

Jom jom hoi!

Kita bergambo jom.

Eksaited!

Nak susun posisi pun dah makan setengah jam.

Itu belum masuk part ketawa berdekah-dekah lagi. Ko gelakkan posisi kawan tu, kawan tu gelakkan posisi kau. Fotografer nak snap gambo pun payah. Haih!!

Alih-alih.....inilah hasilnya.





Kehkehkeh!!

Dari jauh aku nampak gigi aku je dulu. Bahahahah!!

Aku tak ingat gambar "Sebelum" tu kat mana. Adik aku kata kat Langkawi. Entahlah. Umur aku time ni berapa pun aku tak ingat. Maybe dalam 10 tahun. Ya, badan aku memang mak mak dari dulu lagi. Haha. Kau bayang jelah si Tira Miss U yang mencangkung kat tengah-tengah tu sebaya aku tu. Tapi tengoklah beza body kami macam mana. Gajah okey iols!

Kalau tengok dalam gambar ni macam tak cukup sorang. Bukan macam, tapi memang tak cukup sorang sebab yang sorang tu dah takde lagi di dunia ni. Meninggal dalam kemalangan 8 tahun lepas. Al Fatihah.


Lepas dah snap gambo ni, aku haruslah terus upload masuk stegram kheeennn! Lepas tu ada member member komen suruh masuk pertandingan #BestRayaPhoto anjuran stegram Pak Nil. Berialah aku terus buat hashtag gambo ni masuk pertandingan. Cuba nasib kata ko, padahal dah ada 1500 gambar dah masuk pertandingan tu. Pheww!!

Esoknya, dah gian nak bergambar "Dulu dan Sekarang" lagi. Rupanya budak-budak ni dah standby berkeping keping gambar lama dalam fon diorang semata-mata nak bergambar gini.

Ini kali nak amik gambar raya yang betul betul raya. Maknanya gambar yang dulu pun gambar masa raya, yang sekarang pun raya.

Niat hati nak shoot kat lokasi yang sama. Kat Kampung Lalang. Kat atas titi rumah arwah moyang aku. Tapi dah ke laut tak pergi pergi jugak Kg Lalang tu, maka kita snap je lah kat mana mana lokasi yang lebih kurang.

Macam biasa...posisi harus sama.

Orang mesti sama. *tapi sebenarnya orang ada yang cilok cilok sikit.haha*

Paling penting kali ni nak buat memek muka pun sama.

Hoi! Payah hoi nak berlakon watak 20 tahun dulu. Berapa puluh kata take gambar ni aku pun tak tau. Asal nak shoot je mesti nak ketawa. Ini belum ada dialog ni, kalau ada dialog aku tak tahu apa jadi. Bahahaha.

Yang penting hasilnya....




Haaaaa....sama tak? Sama tak?

Sila fokus kat orang belakang sekali. Hahaha.

Tira Miss U *berdiri depan aku* tu yang paling menghayati watak. Sama senyumnya. Hehe.

Gambar yang ni pun kami hantar masuk contest Pak Nil jugak. Tapi takde rezeki la nak terpilih. Maklumlah, banyak nau gambar bertanding.

Yang aku dengar, gambar yang menang contest Pak Nil tu pun tema dia ala ala gini jugak...gambar " Dulu dan Sekarang" jugak.


Mana lagi ada contest photo raya??

Meh sini aku nak masuk bertanding.

Ewaaahhhh!!

4 comments:

  1. bestnyebila kazen2 semua sporting & still lg kumpul sesama camni :)

    ReplyDelete
  2. Hahaha sgt comel! Mcm mau tiru juak!

    ReplyDelete
  3. best nyer ad gambo2 kecik beso ngn kazen.. kte rapat ngn kazen belah mak je. n kte cucu sulung.. yg lain kecik2 skrg bru drjah berapa. hahaha. silap2 mak anak je rupa :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...