MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, August 28, 2013

2nd Pregnancy: Finally..baby A is a little P.R.I.N.C..........


Semalam aku mc.

Semata mata nak pergi scan Baby A. Nak buat scan 3D/4D.

Gila tak sabar kan mak jemah sorang ni. Hahaha. Kebetulan semalam incik suami pun off day. Jadi senanglah sikit. Aidi pun tak payahlah hantar rumah mak long. Kita bawak lah dia sekali. Aidi pun nak tengok adik dia jugak kheennnn.

Jadi tak payah cerita banyaklah. Kalau nak cerita satu satu apa jadi semalam memang macam-macam benda jadi sampai keletihan kami anak beranak. Yang penting dapat tengok baby A. =)


Ni nak habaq mai ni.

Anak aku sorang memang betullah pemalu sangat orangnya. Ingatkan doktor kat KK saja je cakap anak aku pemalu sebab tak mau tunjuk gender dia. Rupanya bila buat scan 3D 4D lagi dia membuktikan dia sangat pemalu. Alahaiiii....anak abah sangat.

Sebelum naik katil doktor tu aku dah cakap siang-siang yang objektif aku yang utama adalah untuk tahu gender baby. Waaahhhh objektif gitu kan?

Memang itu tujuan utama aku setelah 2 kali scan 2D tak nampak hasil.

So benda pertama doktor buat adalah tengok gender baby.

Godek godek godek punya godek.

Nampak!!

Yeayy!!

Doktor kata...

"nampak tak tu 'bibir' dia?"

Aku ni bodoh jugak rupanya. Blur nak mampus. Bibir?? bibir apa? Aku nak tengok gender bukan mulut. Panggg!!!

Vuduss!!

Hahaha.

Okeylah okeylah. Kalau kata dah nampak 'bibir' tu maknanya tau dah lah apa gender baby A kan? AKu siap boleh tanya doktor lagi, ada kemungkinan tak jadi boy? Kot kot ada tanda tanda lain yang maybe boy ke? Ewaaahhh..nak confirm lebih la tu. Haha.

Doktor geleng kepala.

Maknanya hampir pasti la baby A ni gegurl. Alhamdulillah. Memang naluri aku pun kata baby A ni gegurl cuma aku tak berani nak confirm sangat.

Lepas dah tau jantina, marilah kita tengok muka anak pulak.

Ini lagi neves.


Sekaliiiiiiiii


Hurmm.


Macam yang aku cakap awal-awal tadi. Pemalu hoi baby A ni.


Tak cukup tangan nak tutup muka dia, dia angkat kaki pulak tutup muka. Akrobatik sangat budak ni sampai lutut pun boleh naik ke hidung dia.

Puaslah doktor suruh aku ngiring ke kiri ke kanan nak alihkan kaki dan tangan dia tu, pftttt!! Lagi bijak lagi dia kat dalam tu laju-laju meniarap pulak. Langsung tak nampak muka dah.

Lama jugaklah doktor cuba. Sampai doktor pun dah surrender. Doktor kata memang ada baby jenis gini. Dia memang tak mau orang tengok dia, tak suka kamera, pemalu.

Baiklah doktor.

Cukuplah sampai sini. Yang penting objektif tercapai. Heh.

Dalam banyak-banyak gambar yang doktor dapat, ini je lah yang paling clear nampak muka sikit. Sikit je pun nampaknya. Siapa yang pandai baca gambar ni dapatlah cari mana muka baby A.




Laki aku tu 5 kali explain mana muka anak, mana hidung, mana mata, dahi, mulut dia semua pun dia still tak paham jugak. Gamaknya dia bajet scan 3D 4D ni akan dapat hasil gambar clear nampak muka macam amik gambar passport tu gamaknya. 

Haha.

Okla..daaa!!

14 comments:

  1. Waaaa!!! Alhamdulillah. Terbaik ah korang. Mommycha & Cikna pun sama. Masing2 dah sepasang. Iols dah rasa nak beranak esok jugak kot dapat yg bibird! Hewhewhew.

    ReplyDelete
  2. bestnya yong.....sepasang sudah...nak bikin satu la tahun depan...haha

    ReplyDelete
  3. weee...sepasang la nanti....sama la kite jugak..hik hik..:)

    ReplyDelete
  4. tahniah dah sepasang...mesti dah x sabar nak beli baju bunga2 untuk adik baby...hehehe

    ReplyDelete
  5. sekali tengok nampak dah muka dia.

    hihi, seronok la maka shopping kali ni.
    semua fink-fink-fink!!

    dulu masa scan, Dr. tak cakap bibir, dia cakap nampak "BEGER".

    hahahaha.macam-macam.

    ReplyDelete
  6. yay! nampak jugak mata dia, hidung dia, mulut dia, tangan dia!yong nak gegurl, kita nak boboi pulak..sepasang mari..heehe

    ReplyDelete
  7. little princess A..kamu keluar mama kamu dah ready headband gaun kembang...ready ye...

    ReplyDelete
  8. waaa!bes kan gurl!yun pn bru scan last week!doc pn ckp nampak bibir tu!tp kite takut gakk satg jd boy..tp baby ni die duk kangkang baik punya...hehehe!

    blh geng la kite ye.. =)

    ReplyDelete
  9. wah! sepasang dah! bestnya.. salah teka la pulak yang entry sebelum ni kikiki..

    sy dulu dua kali buat scan 3d4d (memang akan konfirm lah kan), pastu scan biasa lagi.. semua tiap kali scan time checkup tu doktor/sonographer cakap 'girl'.. '200% girl'

    tapi hati tetap tak percaya.. haha tetap cakap silap, konon instinct mak-mak lah kan.. puih!


    beli baju pun semua baju selamat, ada la kot dua helai dress. g hospital pun bawak baju kaler biru untuk baby pakai. nampak tak dia punya tak percaya tu?? hahha.. dia punya nak sangat anak lelaki.. kuikui..


    last-last memang girl jugak lah yang keluar, redha.. alhamdulilah dah setahun lebih dah :) pasni nak babyboy pulak :p tapi ramai cakap kemungkinan kalau beradik (petua orang dulu-dulu), akan girl jugak.. apa-apa pun kena cuba sampai dapat la jugak.. kalau yang ke-10 baru boy, barula kita stop. kakakakakaka!









    ReplyDelete
  10. Salam yong..nk tnye..wt scan ni kat labuan ek..bape ye kena cas..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...