MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, August 20, 2013

Cerita Raya: Berphotoshoot la Kite!



Selesai epidod raya kedua yang boring duduk rumah saja. Huh. Tapi siang je lah boring, malamnya lepas maghrib aku anak beranak dah bertolak balik side aku pulak kat Padang Rengas. Masih dalam Daerah Kuala Kangsar jugak. Dekat. Lagu raya pusing 4 kali, sampailah kampung aku pulak. Heh.

Malam raya kedua ni famili belah mak aku buat BBQ. Ohh heaven oh raya raya dapat ber BBQ. Buat kat rumah cousin kesayangan aku si Tira Miss U tu. Cantik oh rumah famili dia. Laki aku yang jarang jarang dapat balik kampung lagilah terpegun dengan kecantikan dan keselesaan rumah Pak Nyah aku tu.

Sambil BBQ, sambil main mercun. Tapi aku memang tak la berani nak main mercun. Tengok dari jauh je. Kalau ada bunga api cap kucing tu maybe aku teruja. Haha.

Esoknya raya ketiga lagi best. Ewaaahhh kau! Mementang dah balik side sendiri, tiap hari best kaaaannn. Hahaha.

Raya ketiga ni pagi-pagi kami sefamili dah pakat nak buat sesi bergambar. Lama dah tak bergambar sefamili besar macam dulu-dulu. So tumpang tahun ni semua ada, termasuk laki den, maka eloklah kita berphotoshoot. Selalunya laki aku lah yang selalu takde masa raya yang buat sesi bergambar selalu tak cukup korum. Haih!!




Bertiga. Tahun depan merasalah aku pulak kendong sorang lagi. =)



Inilah Famili 1881. Famili besar belah mak. HA PENING sangat!



Ini famili kiteww. Apalah dompok sangat aku dalam gambo ni?



Ini kazen kazen kitewww. Comel kan kami semua?? Pffttt!

Sepanjang sesi bergambar ni Aidi memang tak duduk diam. Mementang rumah Tok Nyah dia ni luas, laman besar tergedang, asiklah dia ke sana ke mari mengukur tanah.

Budak Aidi ni bukan reti takut. Opahnya panggil dia ni komando. Haha. Yelah, takde apa yang dia takut. Berani sesajo. Eloklah tu jadi komando.

Ate dah tak reti duduk diam, nah abahnya dukung cenggini.



Suka pulak tu kena kendong gini.

Letih hoi nak jaga Aidi bila balik kampung.

Ada je projek dia nak buat.

Ni antara gambo yang Pak Din aku sempat snap.

Mata menjeling menjeling, kat tangan ada kertas mercun. Tekalah apa adegan seterusnya dia buat.

Memang mencabar perut jugaklah nak layan Aidi raya kali ni.

Kalau dah dia ngengg ngengg sangat, kau bagi je budak ni naik motor. Duduk dalam raga je tu pun takpe, tak payah start enjin.

Senyum sampai telinga dia nanti.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...