MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, June 18, 2014

Moh intai wardrobe anak


Hari ni aku nak cerita pasal almari baju anak. Atau nama omputehnya, kids wardrobe. Nak nama kampung style kita panggil gobok baju anak. Gituu.

Dulu..masa zaman Aidi jadi anak tunggal, dia memang takde der wardrobe wardrobe ni. Aku simpan kain baju dia pakai drawer plastik tu je. Semua sumbat situ. Tapi sesejak aidi dah berduet ni rasa macam moh ler mama belikan lemari untuk kome berdua. Tapi share la yek. Nak beli dua biji sekali pengsan ler!



Ha ni ler rupa lemari nya.

Gambo upin ipin. Eh tentiba rasa macam pernah buat entri pasal lemari ni dulu. Ada kan? Eh xpelah..dah alang alang menaip ni aku go on je lah yek. Haha

Itu ler rupa bahagian dalam.

Penuh.

Full.

Dan bersepah. Hahaha.

Aku tak tau lah nak kata apa,memang dah jadi hodi aku sekarang membeli baju anak. Pantang nampak yang berkenan dan matching dengan duit dalam poket,terus ngoder je jah. Huh. Beli beli beli last last penuh gobok. Dah jadi rupa itu dah.

Yang bergantung gantung tu semua baju jalan aidi and adelea. Abahnya beli hanger biru and pink. Konon baju aidi hanger biru,adelea pink. Sekali sekarang aku tengok dah bercampur campur je. Aku sauk mana sempat je. Haha. Sekarang yang ber hanger tu banyak baju raya budak budak ni. Baju adelea mana yang tak pakai lagi,tak bukak tag harga lagi semua aku hanged je. Nak bagitau hanger dah tak cukup. Elok beli hanger lagi ke atau aku patut stop shopping? Kehkehkeh.

Bawah bahagian hanger tu aku susun seluar jeans aidi and adelea. Belah kiri dalam bakul bakul tu stokin,sapu tangan,bib, and headband adelea.

Rak bawah sekali tu baju basahan adelea. Kanan baju tido, kiri baju siang. Ponnnnn penuh! Adoilah! Kasut adelea ada 4 pasang kalau nampak tapi satu pun takleh pakai lagi.semua besaq. Adalah sepasang je yang boleh lah nak sarung pakai walaupun longgar. Ada aku pakaikan masa keluar celebrate aniveseri ritu. Yang lain simpan dulu,harap maklong.heh.

Lemari bahagian satu lagi belah kanan tu baju basahan aidi.

Yang atas baju siang, rak tengah baju tido. Rak bawah sekali aku letak towel,napkin,selimut.

Sebabkan almari ni bukan jenis boleh kunci,jadi macam makan kacang je la aidi bukak katup bukak katup lemari dan buat tsunami pada lemari baju dia. Kadang dia hempas je pintu lemari.mujur tak tercabut pintu.huhuhu.

Sekarang ni pulak aidi jenis nak pilih sendiri baju apa dia nak pakai.

Siang nak baju tido.
Malam nak pakai jeans
Kadang setiap hari nak baju boboboi.
Kadang nak jersi.
Kiranya aidi dah ada baju feveret dia sendiri. So lepas mandi memang aku tak amik baju dia. Aku pakaikan pampers je pastu pegi la kau pilih sendiri baju apa nak pakai.

Kalau taknak pakai baju, bogel la kau di situ



5 comments:

  1. almari anak aku, seminggu ja penuh kemas ceni..pastu dah amek2, kosong almari..penuh lam bakul lak..tunggu mood melipat mummy dtg, baru penuh blk ceni..huhuhuhu..hobi mummy, kumpul baju bg penuh baru basuh, kumpul baju bg penuh baru lipat!huhuhu

    ReplyDelete
  2. dah penuh sangat tu...kena beli lagi satu nie..ngeh3..

    ReplyDelete
  3. dah penuh sangat tu..dah kene beli lagi satu nie..ngeh3..

    ReplyDelete
  4. Klu anak saya nampak ..mesti dia hepi gilak...boleh hambur2 barang dalam tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...