MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, June 12, 2014

Resepi kek coklat kukus


Semalam entah roh rajin apa yang masuk dalam badan sampai aku jadi rajin nak buat kek.

Resepi memang dah siap siap aku printscreen. Si mommycha bagi. Tunggu masa bila nak buat je. So sementara roh rajin ada dalam diri ni mehlah kita buat kek.

Kek coklat kukus

Sonang je ni. Takyah mixer mixer. Pakai blender je. Tak sampai 2 jam siap. Konfem.

Ini resepi

KEK COKLAT KUKUS

Bahan bahan:

1. Tepung gandum 2 cawan
2. Soda bikarbonat 1 sudu kecil
3. Baking powder 1 sudu kecil
4. Telur 2 biji
5. Gula setengah cawan
6. Minyak masak 1 cawan
7. Susu pekat manis 1 cawan
8. Air panas 1 cawan
9. Esen vanila 1 penutup
10. Serbuk koko 1 cawan

Caranya:

1. Blend gula+ telur + esen vanilla sampai kembang.
2. Masukkan susu pekat. Blend lagi.
3. Masukkan minyak masak. Blend lagi sampai sebati.
4. Dalam bekas lain, ayak tepunh gandum + baking powder + soda bikarbonat + serbuk koko.
5. Tuang bancuhan blender tadi dalam tepung. Gaul sebati guna senduk.
6. Masukkan air panas. Kacau lagi sebati.
7. Masukkan adunan dalam loyang yang digris dengan sedikit minyak atau butter. Kukus dalam 40 minit atau sehingga masak.

Tips:  pastikan air kukusan betul betul mendidih baru mula kukus.


Menunggu masa untuk dikukus



Untuk topping:

Bahan:
 1. Setengah cawan susu pekat
2. Setengah cawan serbuk koko
3. 2 sudu minyak masak
5. Sedikit susu cair. Guna air masak pun boleh.

Caranya:
Campurkan semua bahan dan masak atas api perlahan sampai likat.


Senang kan nak buat?

Aku 1st time buat guna resepi ni dan alhamdulillah menjadi.

Hip hip horayy!


Gebu hoi kek aku.

Lepas make up.temptation of wife tak?hahaha

Disebabkan malam tadi asben keje. So aku makan berdua dulu dengan aidi je lah. Aidi makan takmau benti okey. Sampai mamanya ni kena hangkut kek sorok kat dapur. Kalau tak..mau habis separuh kek dia sebat sorang. 

Sedap resepi ni. 

Kek gebu lembut moist moist sikit. Rasa pun x terlalu manis. Just nice la.kalau korang kuat manjs boleh lah tambah sukatan gula atau susu pekat tu bagi manis sikit.

Overall......nora bagi empat bintang!! Haha sendiri buat sendiri bagi bintang.lantoklah.

So korang apa lagi, Silalah cuba!

12 comments:

  1. ok nak printscreen pulak ngee

    ReplyDelete
  2. Huhu.last week za dh wat kek kukus coklat gak. Rasa mcm nk wat lg skali plak bila tgk ni. Huhu..

    ReplyDelete
  3. Menggoda tergoda sgt tgk kek tue....

    ReplyDelete
  4. sedapnye yong..terlio nengok..tq bg resepi yg mudah ni..nak try jugak..

    ReplyDelete
  5. mesti sedap seba makan x mau berhenti kan

    ReplyDelete
  6. kemain yong resepi kek kukus ni nampak terliur sgt ni aish... mmg kena cuba

    ReplyDelete
  7. terima kasih untuk resepi ini... saya dah cuba.. memang sangat sedap.. semuorg suka... malam ni nk buat lagi..

    ReplyDelete
  8. Saya dah cuba....memang tidak mengecewakan.

    ReplyDelete
  9. Maaf nak tanya.Guna Air panas yg baru dimasak tu ke?ke suam2 pon boleh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...