MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, June 30, 2014

Bukan Senang Suami Nak Kata Masakan Isteri Lagi Sedap Banding Mak Dia.


Alkisahnya...pejam celik dah 2 Ramadhan.

Cepatnya masa.

Aku pulak memang tak sabar nak beraya tahun ni. Al maklumlah, tahun ni giliran kampung teman dulu. Ewaaahhh..memanglah aku paling gedik ye tak? Sampai baju raya laki pun aku dah siap belikan 5 pasang dah. Semangat gitu!

So semalam 1 Ramadhan.

Mujur jugak 1st Ramadhan tahun ni jatuh Ahad. So idokler terasa penat sangat puasa. Penat tak penatlah jugak sebab semalam aku memang memasak semua juadah berbuka. Laki tanya nak beli apa apa tak kat param, aku konfiden je jawab tak payah.

Mood memasak is on kata ko!

Sini berbuka 6.36 petang. Jadi semalam pukul 2.30 aku dah masuk dapor dah. Kemain kan? Menu aku semalam nasik minyak ayam merah.Tapi biasalah aku kan, bukan reti sangat masak pun. Aku pakai hentam je ingat ingat balik camne resepi nasik minyak sebab rasa dulu pernah buat sekali tapi dah lupa. Ah hentam je lah.


Ni resepi nasik minyak paling simple. Versi Yongnana. Heh

NASIK MINYAK SENANG DAN MUDAH.

1. Basuh beras dan toskan. Sila ingat berapa pot beras korang guna sebab nanti nak sukat air senang.

2. Dalam kuali atau periuk, tumis bawang merah, bawang putih, halia sikit, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga. Tumis dengan minyak sapi ghee tu.rumah aku dah habis ghee tu, so aku pakai je planta. Lantoklah. Banyaklah sikit planta tu ye, dalam 3 ke 4 sudu.

3. Dah wangi, masuk air. Ha ni kena hati hati. Kuantiti air mesti sama dengan sukatan beras tadi. Kalau beras 2 pot, maka air pun sukat 2 pot. Sukat guna pot yang sama dengan sukat beras. Lebihkan air sikit pun takpe takut mentah pulak.

4. Bubuhlah garam sikit buat rasa.

5. Dah mendidih sikit tu, tutup api. Masukkan air tumisan tu dalam periuk nasik. Pastu masak nasik macam biasa. Bila nasik dah masak bolehlah bubuh kismis ke gajus ke sebagai hiasan.

6. Siap!!



Inilah rupa nasik minyak aku. Tak kuning sangat dan tak terlalu berlemak sebab aku tak guna susu cair. Tapi rasa tetap maveles. Hihi..Ni incik suami yang cakaplah yek. Pastu lawan pulak dengan ayam masak merah. Perghhh!!




Laki aku cakap, sejak dua tiga menjak ni ayam masak merah aku sedap betul.

Ewaahh bang, memuji nampak.

Tapi memang ye, dah 3 4 kali dia cakap benda sama. 

"kenapa ayam masak merah ayang sekarang sedap sangat eh?"

Bini sengih sampai dahi sambil jawab.."sedap macam mak (mentua) masak eh bang?"

"Mak pun tak pandai buat ayam merah sedap macam ni. Yang ni memang perghhhhh!!"

Kata dia.

Isteri mampu senyum je lah sambil bersedia untuk memasak dan memakan ayam masak merah setiap hari. Heh.







Thursday, June 26, 2014

Hadiah Besday yang hilang


Hai!

Taknak wish belated besday ke kat iols?? Siapa punya wish paling panjang akan mendapat hadiah misteri! Tettttt!

Kehkehkeh.


24 Jun ritu besday aku. Saja malas nak pukul canangkan,lagipun udoh tua.malu aih! Apa lagi nak mintak org wish.lagilah tak. Tapi buat yang mendoakan kesejahteraan diri ini...terima kasih banyak. Mudah mudahan makbul doa hangpa. Aminn

Hadiah??

Nothing

Ke not yet?

Ke not available?

Haha.

Masa birthday ritu aku demam. Aidi pun demam. Laki aku dgn adelea je yang sehat. So sebabkan aku tak sehat so memang takdelah mood nak celebrate celebrate ni. Aku nak berkelubung dalam selimut je rasa.

So bila incik suami (lama tak guna word ni) tanya nak hadiah apa,memang aku blur taktau nak jawab apa.

Jap lagi aku tanya balik,dia nak hadiahkan apa, dia selamba jawab "patung beruang".


Adoilah!!

Patung beruang pun patung beruang lah kan. Asalkan ikhlas dari yang terchentaaa.

Tapi since semalam incik suami pulak demam. Biasalah laki bini kalau tak berjangkit demam memang tak sah kan? So nampaknya aku kena pospon lagi lah claim hadiah.


Aku nak mintak henbeg lah.


Ok dop?


Sebab ritu aku order henbeg coach,sekali seller tu kata parcel kena curik masa dlm perjalanan ke malaysia. Sedihhhhhhhh. Nak order baru dah malas. Takyah coach coach tahun ni. Pakai je la beg carlo rino. Tak dapat CR, cap.Vincci pun boleyy.

So abanggggg...handbag satu!

ikat tepi straw taknak!


Friday, June 20, 2014

Choc Chips Cookies Mania!


Siapa sini suka makan biskut choc chip macam aku??



Haaa...boleh tahan ramai. Okey okey turun tangan.

Ehhh Jenab, turun tangan cikgu kata. Apa angkat ketiak lama lama sangat tu. Haha.

Aku ni kan, memang penggemar tegar biskut choc chips. Kalau famous amos tu jangan cakaplah, sekarang dah pandai beli setengah kilo. Hahaha. Tapi malangnya famous amos takde kat Labuan. Tapi takpe, aku dah jumpa solusi. Waahh solusi kata cikgu kan. Ahaks!

Dulu, masa aku ngandungkan Adelea, aku ngidam biskut choc chips. Mengidam ke teringin ke taktau lah. Tapi aku memang nak sangat. Tapi bukan musim raya, puasa pun belum time tu. So mana lah aku nak cekau choc chips ni. Menjejes dah ailio terbayangkan krup krap choc chips.

Sekali.....ding dong!

Rezeki sampai gitu.

Aku dapat tau ada kawan lama aku bisnes biskut choc chip. Ni memang kawan baik dari kecik ni. Kami kawan dari umur 5 tahun. Zaman hingus meleleh lap kat lengan baju lagi. Sekarang anak dah dua orang masing masing. Hahaha.

Dia bisnes biskut.

Dia jual choc chips sahaja. Pelbagai jenis choc chips. Ala ala famous amos gitu.

Terus la aku ngoder. bape balang entah. 2 ke 4 ke masa tu. Yang pastinya 2 hari habis licin aku telan. Hamboi sangat sedapnya.

Pastu order pulak untuk raya kat rumah Ampang. Mama tak hidang dalam balang koi ko tau! Sorok makan sendiri kat dapur sebab sedap sangat. Hahaha.

Serius memang sedap.

Rangup

Rapuh

Ringan

Ada masin masin sikit (ini yang uniknya ni)

Bite size. Senang sekali ngap je.

Memang sedap aku tak tipu



So ni nak puasa dah.

Mama kat Ampang nun dah bising suruh aku order biskut Aishah ni cepat-cepat. Tak sabor dah dia nampaknya. Maka semalam selamat dah aku order SEPULUH balang biskut untuk raya. 2 balang aku suruh Aishah hantar ke rumah mama sekarang, sebab mama dah tak sabo sangat kan. So nah makan sekarang. Balance lagi 8, kita makan sorok sorok masa raya nanti. Kahkahkah.


So sebabkan biskut ni sedap bangat, aku teruja nak share dengan mengkeme.




Aca tu stand for kawan aku, Aishah. Memang aku pun panggil dia Aca je.  Chef Nizam tu husband dia. Ni bukan chef tipu tipu tau. Husband dia memang chef betul. Untunglaaa aku dapat merasa biskut air tangan chef. Haha.  Biskut ni memang resepi original dari Chef Nizam dan di buat sendiri setiap hari oleh chef. Kira daily freshly baked. Oh my english sangat aku. Hahaha.


Biskut ni ada 4 jenis so far.

1. BUTTER CHOC CHIP ALMOND

2. DOUBLE CHOC CHIP ALMOND ( Aku dah torai, maveles!!)

3. BUTTERSCOTCH (Ini pun aku dah torai, pun terangkat dibuatnya!)

4. BUTTER PEANUT ( NEW)

Harga sebalang RM20 (lebih kurang 50 ke 60 biji sebalang)


Nak order??


PM FACEBOOK:

SMS/ WHATSAPP:
012-2956646

Jangan lupa tau,

012-2956646


Kalau nak order, cer kome bagi kata laluan sikit.

"hello, pembaca blog yongnana...nak order cookies 20 balang boleyyyy"

Kot lah boleh dapat diskaun, mana tau?

Ingat, mention nama Yongnana. Mesti ada diskon.

Selamat megoder!

Wednesday, June 18, 2014

Moh intai wardrobe anak


Hari ni aku nak cerita pasal almari baju anak. Atau nama omputehnya, kids wardrobe. Nak nama kampung style kita panggil gobok baju anak. Gituu.

Dulu..masa zaman Aidi jadi anak tunggal, dia memang takde der wardrobe wardrobe ni. Aku simpan kain baju dia pakai drawer plastik tu je. Semua sumbat situ. Tapi sesejak aidi dah berduet ni rasa macam moh ler mama belikan lemari untuk kome berdua. Tapi share la yek. Nak beli dua biji sekali pengsan ler!



Ha ni ler rupa lemari nya.

Gambo upin ipin. Eh tentiba rasa macam pernah buat entri pasal lemari ni dulu. Ada kan? Eh xpelah..dah alang alang menaip ni aku go on je lah yek. Haha

Itu ler rupa bahagian dalam.

Penuh.

Full.

Dan bersepah. Hahaha.

Aku tak tau lah nak kata apa,memang dah jadi hodi aku sekarang membeli baju anak. Pantang nampak yang berkenan dan matching dengan duit dalam poket,terus ngoder je jah. Huh. Beli beli beli last last penuh gobok. Dah jadi rupa itu dah.

Yang bergantung gantung tu semua baju jalan aidi and adelea. Abahnya beli hanger biru and pink. Konon baju aidi hanger biru,adelea pink. Sekali sekarang aku tengok dah bercampur campur je. Aku sauk mana sempat je. Haha. Sekarang yang ber hanger tu banyak baju raya budak budak ni. Baju adelea mana yang tak pakai lagi,tak bukak tag harga lagi semua aku hanged je. Nak bagitau hanger dah tak cukup. Elok beli hanger lagi ke atau aku patut stop shopping? Kehkehkeh.

Bawah bahagian hanger tu aku susun seluar jeans aidi and adelea. Belah kiri dalam bakul bakul tu stokin,sapu tangan,bib, and headband adelea.

Rak bawah sekali tu baju basahan adelea. Kanan baju tido, kiri baju siang. Ponnnnn penuh! Adoilah! Kasut adelea ada 4 pasang kalau nampak tapi satu pun takleh pakai lagi.semua besaq. Adalah sepasang je yang boleh lah nak sarung pakai walaupun longgar. Ada aku pakaikan masa keluar celebrate aniveseri ritu. Yang lain simpan dulu,harap maklong.heh.

Lemari bahagian satu lagi belah kanan tu baju basahan aidi.

Yang atas baju siang, rak tengah baju tido. Rak bawah sekali aku letak towel,napkin,selimut.

Sebabkan almari ni bukan jenis boleh kunci,jadi macam makan kacang je la aidi bukak katup bukak katup lemari dan buat tsunami pada lemari baju dia. Kadang dia hempas je pintu lemari.mujur tak tercabut pintu.huhuhu.

Sekarang ni pulak aidi jenis nak pilih sendiri baju apa dia nak pakai.

Siang nak baju tido.
Malam nak pakai jeans
Kadang setiap hari nak baju boboboi.
Kadang nak jersi.
Kiranya aidi dah ada baju feveret dia sendiri. So lepas mandi memang aku tak amik baju dia. Aku pakaikan pampers je pastu pegi la kau pilih sendiri baju apa nak pakai.

Kalau taknak pakai baju, bogel la kau di situ



Tuesday, June 17, 2014

Hari pertama Aidi ke Tadika


Semalam secara rasminya Aidi dah masuk tadika.

Alhamdulillah.

Kebetulan aku jumpa tadika yang terima budak umur 3 tahun walaupun masih berpampers, so aku saja hantar Aidi situ. Saja untuk ajar dia bergaul dan berkawan.

So camne his 1st day??

Seawal subuh dah bergegau rumah ko tau?

Aidi takmau bangun. Yelah,dah 2 minggu bangun lambat,tentiba kena bangun kul 5.30 pagi. Mana mauuuunyer! 

Nak kejutkan 1 hal,nak suruh mandi satu hal lagi. Dah mandi, taknak pakai baju pulaaakkkk. Merempan taknak pakai baju sekolah dia. Nak pakai baju jersi harimau malaya. Ko rasa??

Adoilah anak..

Cikgu Aidi kata,breakfast bawak bekal sendiri dari rumah. Maka gigihlah mama berbento. Haha




Haaa kau!

Bento Aidi yang pertama seumur hidup dia. Haha. Walaupun muka nasik goreng tu scary, aku tengoj habis jugak dia santap. Haha. Harini punya bento roti telur je. Idok sempat pulak aku nak snap gambo.



Im ready kata ko!

Isnin dan Jumaat memang kena pakai t.shirt sukan. Selasa rabu khamis je pakai uniform. Tapi uniform Aidi belum siap, so pakailah baju sukan tiap hari buat sementara.

Sampai school, Aidi dok buat muka lawak dia. Sengih sengih...pandai pulak cari cikgu salam cium tangan. Masa sampai tu kawan kawan tengah assembly. Ada bacaan doa,nyanyi nyanyi lagu apa semua. So aidi terus amik tempat duduk and join bacaan doa.

Dah pagi tadi asik nak berdoa je.

Pakai baju nak doa.
Pakai seluar doa.
Pakai kasut doa.

Bagus bagus..perkembangan positif.



Semalam,aku cuti tunggu Aidi kat sekolah sampai tamat waktu sekolah dia. Tapi aku tunggi dalam kereta je la. Segan pulak nak menempel kat kelas kan.

Bila habis school, cikgu Aidi sempatlah bagi feedback tentang Aidi.

Cikgunya kata..

Aidi good boy.
Dia tak nanges
Dia macam dah kenal lama dengan kawan kawan dia.
Dia pelat.

Heh.

Tang pelat tu memang ye,lagi pun Aidi baru nak dapat mulut bercakap sikit sikit. Pelat tu biasalah kan?

Penutup entri..

Nah gambo selfie mama yang bosan tunggu aidi dalam kereta.


Camera 360 je jaaahh. Jangan terpedaya. Ahaks!


Sunday, June 15, 2014

Dia dah kenal huruf



Oh no!

Cuti sekolah dah tamat. Esok kena start keje semula. Oh my blues!!

Esok juga Aidi akan mula melangkah ke tadika. His 1st school. So kenalah story dalam blog cabuk mamanya ni. Esok esok Aidi dah reti membaca bolehlah dia baca balik cerita sekolah pertama dia ye dok?

Eh cakap pasal membaca ni..nak story skit.

Aidi kan, dia dah boleh kenal beberapa huruf alphabet. Aku teruja gila! Bukan apa, anak bujang aku tu kan lambat bercakap. 2 tahun umur pun tak pandai cakap sangat. Sejak sejak melepasi umur 2 tahun ni baru dia nak improve vocab sikit. Jadi bila tiba tiba dia boleh kenal huruf tu aku macam...


Waaahhhh!! Oh hem ji!!

Over kan mama kau Aidi? Haha

Sorilah kalau ada yang berkata dalam hati " ek elehhhhh...itu pun nak kecoh ke??", maaflah ye. Tapi rasanya takde mak yang tak excited bila anak dia pandai something ye tak? Anak aku baru nak pandai kenal huruf,so aku seronok la sikit. Kasi chance la. Hakhakhak

Tapi dia tak kenal semua lah. Ada beberapa je yang dia betul betul kenal dan boleh sebut.

A

H

K

O

U

V

X

Z

Rasanya inilah huruf huruf yang dia kenal setakat hari ni. Huruf huruf lain dia boleh sebut je tapi tak kenal.

Tadi aku terkejut lagi bila Aidi buat cubaan MENULIS huruf huruf yang dia tau.

Aku acah acah je..

"Aidi, cer tulis X".

Dia pun tulis ye ye je gaya. Sekali ada rupa X jgk apa yang dia tulis tu.

Aku torai lagi suruh dia tulis V. Pun ada rupa V jgk walaupun buruk la tulisan dia. Huhuhu

Adalah beberapa huruf lain yang dia tengah cuba cuba blaja tulis. Aku benornya takdelah mengajar dia sangat kat umah ni. Nama je aku ni cikgu, tapi anak sendiri malas nak ajo. Hahaha. Aku ajar gitu gitu je. Aku rasa dia banyak belajar melalui phonic song.

So aku syukur sangat Aidi ada perkembangan yang sangat bagus banding 6 bulan sebelum ni (aidi dah 2 tahun 6 bulan sekarang).

So esok Aidi akan mula sekolah.

Persiapan sekolah dah ready.





Aku harap Aidi boleh biasakan diri dengan tempat baru. Aku yang neves ni camno lah anal aku esok ni hoi!

Saturday, June 14, 2014

Tips sotong goreng tepung


Aku ada satu makanan feveret.

Memang gila gila feveret. Pantang nampak,mesti berselera je aku nak makan.

Sotong goreng tepung

Siapa berkongsi kefeveretan makanan ini dengan aku angkat kening??? Haha

Sedap sangat hoi sotong yang disaluti tepung ni. Tapi kalau dapat hok yang tak sedap takleh buat apa lah kan. Huhu.




Dulu, aku pun tak berapa pandai goreng sotong.

Meletop letop lah
Sotong melekat lekat lah.
Tepung tertanggal lah
Tak ranguplah.

Macam macamlah masalah. Pendek kata tak sama macam kat kedai punya. Tapi kadang ada restoran nama je sotong goreng tepung,sekali yang datang cekodok sotong! Huh! Lagi sedeh kalau tentiba ko semangat makan cekodok sotong yang besor itu,sekali gigit gigit sotongnya besor taik idung jek! Eh apadaa taik idung. Haha!

So aku pun gigihlah menuntut ilmu macam mana nak buat sotong goreng tepung yang maveles. Pastu gigihlah try and error sampailah aku rasa aku dah boleh tepuk bahu sendiri sebab berjaya buat sotong goreng tepung mabeles. Ceaaa cakap nak lebat aje! Haha

Okey ni aku perturunlan tips buat sotong goreng tepung mabeles.


TIP 1:
Tos kan sotong dalam peti ais instead of tos pada suhu bilik. Bila tos dalam fridge,sotong cepat kering. So takdelah adegan letop meletop siap kena pakai perisai bagai kat dapur.

TIP 2:
Bubuh tepung serbaguna dalam satu bekas bertutup. Lepas celup sotong dalam telur, masukkan sotong dalam bekas tu. Kendian tutup dan goncang goncang goncang sampai tepung salut seluruh sotong.

TIP 3:
Goreng minyak banyak dan sekali harung je. Sotong kan keluarkan air,bila goreng 2 3 round,minyak dah bercampur dengan air.itu yg buat tepung tak melekat pada sotong. So goreng 1 round je okey.

TIP 4:
Lepas goreng,tak payah tos sotong atas kertas tisu atau suratkhabar ke apa. Letak je atas pinggan atau tos guna penapis. Ini untuk menjamin sotong kekal rangup.

Sekian tips dapur kak kiah.

Selamat bersenduk!

Thursday, June 12, 2014

Resepi kek coklat kukus


Semalam entah roh rajin apa yang masuk dalam badan sampai aku jadi rajin nak buat kek.

Resepi memang dah siap siap aku printscreen. Si mommycha bagi. Tunggu masa bila nak buat je. So sementara roh rajin ada dalam diri ni mehlah kita buat kek.

Kek coklat kukus

Sonang je ni. Takyah mixer mixer. Pakai blender je. Tak sampai 2 jam siap. Konfem.

Ini resepi

KEK COKLAT KUKUS

Bahan bahan:

1. Tepung gandum 2 cawan
2. Soda bikarbonat 1 sudu kecil
3. Baking powder 1 sudu kecil
4. Telur 2 biji
5. Gula setengah cawan
6. Minyak masak 1 cawan
7. Susu pekat manis 1 cawan
8. Air panas 1 cawan
9. Esen vanila 1 penutup
10. Serbuk koko 1 cawan

Caranya:

1. Blend gula+ telur + esen vanilla sampai kembang.
2. Masukkan susu pekat. Blend lagi.
3. Masukkan minyak masak. Blend lagi sampai sebati.
4. Dalam bekas lain, ayak tepunh gandum + baking powder + soda bikarbonat + serbuk koko.
5. Tuang bancuhan blender tadi dalam tepung. Gaul sebati guna senduk.
6. Masukkan air panas. Kacau lagi sebati.
7. Masukkan adunan dalam loyang yang digris dengan sedikit minyak atau butter. Kukus dalam 40 minit atau sehingga masak.

Tips:  pastikan air kukusan betul betul mendidih baru mula kukus.


Menunggu masa untuk dikukus



Untuk topping:

Bahan:
 1. Setengah cawan susu pekat
2. Setengah cawan serbuk koko
3. 2 sudu minyak masak
5. Sedikit susu cair. Guna air masak pun boleh.

Caranya:
Campurkan semua bahan dan masak atas api perlahan sampai likat.


Senang kan nak buat?

Aku 1st time buat guna resepi ni dan alhamdulillah menjadi.

Hip hip horayy!


Gebu hoi kek aku.

Lepas make up.temptation of wife tak?hahaha

Disebabkan malam tadi asben keje. So aku makan berdua dulu dengan aidi je lah. Aidi makan takmau benti okey. Sampai mamanya ni kena hangkut kek sorok kat dapur. Kalau tak..mau habis separuh kek dia sebat sorang. 

Sedap resepi ni. 

Kek gebu lembut moist moist sikit. Rasa pun x terlalu manis. Just nice la.kalau korang kuat manjs boleh lah tambah sukatan gula atau susu pekat tu bagi manis sikit.

Overall......nora bagi empat bintang!! Haha sendiri buat sendiri bagi bintang.lantoklah.

So korang apa lagi, Silalah cuba!

Wednesday, June 11, 2014

4 tahun yang macam astro


4 Jun datang lagi. Tapi lama dah lepas tarikh tu. Baru nak hapdet. Haha

Okeylah 4 June datang lagi.

4 tahun dah aku jadi isteri mat tiarap sorang ni. Syukur alhamdulillah masih bahagia. Ewaaahh! 

Tahun ni memang takde plan sangat untuk sambut anibeseri. 

Nak check in hotel,laki kata membazio. Umah sendiri pun dah pasang ekon,dah deco deco macam hotel watpe nak tido hotel lagi katanyaaa. Huh hotel la sangat rumah kita ni bang.

Last last decide nak keluar dating berdua. Anak anak tinggalkan kat rumah pengasuh sekejap. Bagi can mama abah dating. Heh.

Tak bape jam nak dating kami tukar plan. Hangkut la anak anak sekali. Macam tak sampai hati pulak nak tinggal anak. Ginilah bila dah jadi mak bapak. Nak tinggal anak 2 3 jam pun sedih macam hapa.

Maka marilah kita bergumbira sekeluarga.



Selfie dulu katanya.

Masa siap siap nak keluar ni kemain lama aku berteleku depan lemari mencari baju sedondon laki bini. Hoii jarang sangat nak berdondon dondon ni. Memang takde baju sedondon betul. Yang ala ala pun jadilah ye bang. 

Labuan ni macam biasalah,bukan ada apa sangat. Plannya just nak pi makan pizza sekenyang kenyangnya dan mencari la apa apa yg boleh dijadikan hadiah anibeseri. Takde seperais seperais dah tahun ni. Dah 4 tahun kita berterus terang je la. Abang nak apa,kite nak apa. Gituuuu.




Aidi tak habis habis menelaah menu. Ini sedap itu sedap semua pun dia kata sedap. Budak baru nak dapat mulut gitulah. Jap lagi meja belakang ada orang dia selamba hai hai anak orang belakang. Haha

Meh la belanja gambar pengantin perempuan pulak. Ahaks!



Aku up gambo ni kat fesbuk kemain la ha memasing memuji muji sampai kembang lubang idong pengantin. Haha. Tolonglah percaya bahawa ini semua kamera teknik. Hakak idok ler kurus seperti yang dijangkakan.  Kehkehkeh

Gambo makanan takde sebab gelojoh sangat melantak. Order macam macam sampaikan bil sikit lagi nak rm100. Makan hapa je la laki bini ni sampai rm100 kat pizza saja. Huh

Lepas makan..moh ler jenjalan cari adiah nebeseri.

Abang nak apa?

Tak tau.

Ayang nak apa?

Err pun tak tau.

Haha.

Serius tak tau nak beli apa and nak request apa. Lastly kitorang decide beli cadar je la.

Suami boleh pakai. Isteri pun boleh pakai.

Pilih punya pilih punya pilih...kami bekenan yang ni.



Mengaummm kata ko!

Hahaha.

Laki aku paling suka design ni. Safari night katanya. Layannnn!

Maka berakhirlah sambutan anibeseri. Takde kek takde candle light dinner ke apa. Just quality time bersama and i love it.

Aku berdoa moga rumahtangga yang dah 4 tahun terbina ni akan bertahan dan kekal sampai 4 abad lagi kalau boleh. Biarlah kekal kami suami isteri sampai syurga.

Macam aku cakap kat fesbuk.

4 tahun yang macam astro.
Macam macam ada
Tapi bila datang hujan ribut petir
Apapuntakbleh!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...