MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, September 13, 2009

CINTAKU 730 HARI..

Aku hampir terlupa. Serius. Aku terlupa yang hari ni 13 September. Tarikh yang tak sepatutnya aku lupa. Apa istimewanya tarikh ni selain merupakan besday kepada salah sorang ahli 'team bomba' yang aku tubuhkan? (Happy Birthday to Julie;p)

Hmm...hari ni genap 730 hari aku bersama dia. Genap 730 hari aku amanahkan hati aku pada dia untuk dia jaga. Dan genap 730 hari jugak aku melalui pahit manis payau masin tak cukup garam gula bagai dengan dia.


Tapi....


Malangnya aku tak berpeluang menyambutnya bersama dia. Aku tak dapat ketemu dia. Tatap mata dia. Genggam tangannya. Juga mendengar suaranya.


Kalau lah hati ini punya muka, pasti ia tersenyum girang melihat betapa bahagianya aku dengan dia selama 730 hari ni. Semoga aku dapat habiskan 730 tahun lagi dengan dia.


Selamat ulang tahun cinta kita sayang..

gula-gula hatiku

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...