MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 16, 2009

ENTRI EDISI MILO (3 IN 1)

Cerita 1

Malam semalam memang hari paling mengong. Broadbang aku 'bertukar!' buat sekian kalinya. Selalunya dia 'lembik' kejap jek..dalam masa beberapa minit beliau akan 'bertukar!' kembali menjadi ultraman. Tapi malam semalam nampaknya beliau memang lunyai kna belasah dek resakse. Huhu..sila kasihani broadbang aku. Tapi sila kasihani aku kuasa dua. Sebab. Ladang aku musnah hanya sebab broadbang aku kalah di tgn resakse malam tadi. Waaaaaa!!!! Aku kerugian hampir 20 ribu coins tau tak? Fuh nasib baik coins tu bukan dalam RM. Kalo tak..memang aku pijak-pijak broadbang aku nih.


Tak paham ek? Takpela..tak perlu paham. Ini cuma luahan hati aku yang ditulis dalam bentuk metafora.*aku pun tak bape nak paham*


Cerita 2

Pagi tadi aku bangun awal dari biasa. Pelik. Kenapa ek? Sebab aku mau membasuh baju yang sudah tak muat baldi layaknya. Huhu. Kemudian aku terus bersiap siap untuk ke kelas Sekolah & Masyarakat. Elok jek aku siap pakai tudung, dah nak galas beg dah pun, tiba-tiba..
.
.
.
.
"yongggg mesej"

Ada mesej la pulak. Dari Irda. Forwarded mesej yang memberitahu kelas Sekolah & Masyarakat dibatalkan!. Adeh la..sebelah hati mcm gumbira..Sebelah lg mcm stress. Sebab aku dah siap dah ni nak p kelas. Huhu. *macam la rajin sgt*


Cerita 3

Bila dah tak jadi pegi kelas. Maka aku pun melayan la 'peti sejuk' aku ni. Hmm..broadbang aku masih lagi 'lembik'. Sama seperti semalam. Stress. Tengah syiok melayan 'peti sejuk' aku ni tiba-tiba...
.
.
.
"yongggg mesej"

Ada sms lagik. Sape la pulak nih. Sms nak gitau sumer kelas hari ni batal ke? *berangan*

Rupanya rupanya sms dari Irda. Irda lagik. Ada apa ek?


Omaigod!omaigod!

Elaun dah masok rupanya! Hoooyeeaahh!

Seronok bangat ni. Dapatlah bersoping bersama Norly, Ana dan Irda petang nanti. Dan misi bersoping akan diteruskan di Jalan TAR esok..with Irda.

Yes!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...