MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, September 11, 2009

PERTUNANGAN 3 RASA


Bila orang tanya "best tak jadi tunang orang?"


*jungkit bahu* tanda tak tahu.


Memang itulah jawapan pertama yang bermain dalam hati. Aku pun tak pasti best atau tak membawa gelaran tunangan orang ni. Sedangkan dulu aku lah antara manusia paling excited untuk menjunjung gelaran manis itu. Manis ke? *jungkit bahu lagi*


Aku cuma betul-betul rasa manisnya digelar tunang orang dalam tempoh seminggu selepas ditunangkan. Tapi ini bukan bermakna aku tak suka dengan pertunangan ini. Jauh sekali untuk rasa menyesal. Aku terlalu sayangkan perhubungan yang baru diikat ni.


Cuma

.

.

.

Aku sedikit kecewa. Sebab selepas bertunang aku makin jarang dapat ketemu dia. Kadang-kadang trasa makin jauh (biarpun tajuk blog aku 'hampir ke situ'). Sejak bertunang baru dua kali aku jumpa dia. Sungguh tak best. Padahal masing-masing tak la jauh mana. Nape ye jadi camni? *jungkit bahu lagi*


Bila keadaan jadi camni, emosi aku kadang-kadang tak menentu. Aku jadi cepat marah. Suka cari gaduh. Dia tak jawab call, aku wat muncung macam paruh. Bleh sangkut baju. Dia main game bola lama sikit, aku wat muka huduh. Lebih malang kalo tengah syok syok bergayut kat telefon tiba-tiba dia kata nak ter buang air yang besar.Itu lagi la aku hangin. Nape la sebelum call aku tak nak 'membuang' dulu? Ish..teruk kan aku? Kalo aku dah marah, hal kecik pun aku bleh kembangkan jadi masalah besar.(makluman:aku mmg pandai bab bab kembangkan isi ni.:p)


Tapi sebalik kesedihan aku, aku gembira jugak. Dia dah mula berubah perlahan lahan. Dia tahu yang dia bakal pikul tanggungjawab besar. Tambah lagi badan aku memang besar, maka makin besarlah tanggungan dia. Huhuhu. Aku nampak dia mula bertindak matang. Tak lagi suka berpoya poya macam dulu. Akaun ASB dia mula mendapat nafas kembali setelah 'mati kekurangan udara' selama beberapa tahun.Huhu. Aku tahu itu tandanya dia serius dengan hubungan ni.


Aku cuma harap hubungan aku dengan dia akan baik baik saja. Tuhan tolonglah jaga hubungan kami. Aku terlalu ingin menghabiskan seluruh hidup aku dengan dia. Menjadi tua bersama sama. Membela ayam dan itik berdua. Bahagia sampai hujung nyawa.


Bersama Syaiful Amry...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...