MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, September 17, 2009

SOPING!

Hari ni aku bangun pagi dengan perasaan yang sungguh gumbira. Penuh dengan rasa teruja. Kenapa? Sebab hari ni aku akan pulang ke 'kampung halaman' aku di Ampang Jaya yang indah permai. Huhu. Second reason, sebab aku akan p bersoping raya bersama teman bicara jiwa (Irda) hari ni. Misi untuk perabihkan duit elaun. Hahaha..

Orang perempuan dengan soping soping ni kan ibarat isi dengan kuku, aur dengan tebing, kerusi dengan meja, tilam dengan bantal dan apa apa je la yang seumpamanya. Memang tidak dapat dipisahkan lagi. Sama macam experience aku p soping siang tadi. Huh!boleh kata 80% orang yang kuar bersoping tadi adalah wanita!Kaum lelaki memang tak ramai. Mungkin yang join soping sama tu cuma 'banker' jek. Tukang bayor. Huk huk.

Aku dengan Irda p soping kat Sogo jek tadi. Kami sampai Sogo punyalah awal. Pintu pun tak bukak lagi. Huhu sangat teruja. Tapi manusia punyalah ramai. Rasanya semua pun tahu Sogo adalah antara mall pilihan ramai penduduk KL untuk bersoping bila tiba musim perayaan. Sebab apa ek? Mungkin sebab banyak pilihan dan paling utama harganya memang 'roboh' abis. *poket pun boleh koyak jgk*

Aku dah set dalam kepala untuk tidak membeli benda benda yang tidak perlu. Aku cuma perlukan sebuah hand bag, purse dan kasut raya dan kasut kuliah. Itu jek. Yang lain lain tidak perlu walaupun cantik dimata dan juga dipoket.*sila berjimat*


Aku mulakan misi aku dengan mencari hand bag. Fuh memang mencabar. Stress aku dibuatnya. Yela, banyak sangat pilihan sampai mata jadi kelabu. Yang aku berkenan harganya sumer 100 ke atas. Hadoi! Memang roboh poket aku gini. Hahaha. Setelah 7 kali 'tawaf' department hand bag tu dan aku rasa separuh dari sales girl kat situ dah cam muka aku. Asik ulang alik jek. Huhu..Sudahnya aku pilih bag ni. Ntahlah cantik ke tak. Aku ni memang spesis pelik skit. Suka benda wane wani. Macam kanak kanak..


Ops terlupa. Aku juga telah memilih purse yang sedondon dengan hand bag aku nih.*matching gitu*. Barulah dinamakan sedondon di Aidilfitri. Huhu..



brand apa jangan tanya. Aku bukan kisah sangat. cap 'Boutique PS' pun aku bedal jek.


Lepas dah beli hand bag n purse, bermakna misi aku hampir slesai. Tinggal lagi nak cari kasut raya dan juga kasut kuliah. Untuk makluman kasut kuliah aku memang dah nazak sangat dah. Almaklumlah kasut 10 hengget. Huhu. Jadi tengah ada duit ni baik aku beli siap siap kasut p kelas. Nanti bila dah jatuh miskin baru terkial kial cari kasut p kelas. Padan muka aku.

Lepas dah jumpa kasut kuliah, aku menonong cari kasut raya pulak. Sebenarnya aku ada berkenan satu kasut brand Sach. Lawa sangat. Selesa pun selesa. Cuma harganya je tak berapa selesa untuk dibayar. Hahaha.*kedekut*. Bagi aku dengan 100 hengget tu aku boleh dapat dua pasang kasut apa. Atau mungkin jugak boleh rembat tiga sekali gus. Lebih berbaloi baloi aku rasa. Jadi aku pun lupakan sekejap kasut cantik tu dan terus terusan mencari kasut yang lain. Mana tau jumpa yang lain yang lebih cantik dan berbaloi baloi. *wink*

Malangnya setelah tawaf hampir tujuh kali kat department kasut pulak, aku masih tak jumpa kasut/sandal yang secantik kasut Sach tadi. Hadoi..kenapa la yang Sach tu mahal sangat. Buat aku berkira kira untuk membeli.*memang kedekut*

Bila aku pikir pikir balik, takde gunanya berhabis ringgit hanya untuk sepasang kasut. Banyak lagi aku nak wat dengan duit elaun aku tu. Jadi aku pun pilih the 2nd best shoes in my mind on that time. Dan hasilnya......


Tada...

yg belah kiri tu kasut kuliah. mesti bertali belakang.kalo tak kena saman dengan pak gad proton.
yg satu lg tu kasut raya aku.simple jek.takde bling bling seperti raya raya lepas.value added-ada tali belakang jugak.so boleh guna untuk p kuliah jugak.berbaloi baloi kan?*riang*


Setelah aku kira kira balik sumer jumlah yang tertera pada resit, hmmm boleh tahan roboh jugak la poket aku. Terbang jugak dalam 300 hengget untuk benda benda seperti dalam gambar yang tertera di atas. Huhu.

Ops terlupa. Apa jadi dengan kawan aku Irda? Mana beliau pegi?Senyap jek..Owh..Irda ada. Beliau pun sama macam aku. Sibuk 'tawaf' keliling Sogo mencari sesuatu untuk dibeli. Dan akhirnya beliau rembat sehelai jeans. Gambar tak dapat ditepek kerana biarlah rahsia.*ada hak ekslusif*

Pastu aku baru sedar yang kaki aku dah sakit sesangat. Letih pun teramat sangat. Tapi aku n Irda tak p Jalan TAR lg ni. Mana boleh tak pegi. Tak selesai la misi aku nanti. Jadi kami pun menapak ke Bazaar kat Jalan TAR. Memang happening! Ramai gilos umat manusia sampaikan kalo tengok bawah takleh nampak tar jalan dah. Nampak kasut orang jek. Begitu gambaran kepadatan manusia di Jalan TAR tu. Sebabkan orang ramai sangat, aku terpaksa tangguhkan dulu misi untuk membeli tudung. Aku tak sanggup nak memilih tudung berebut rebut camtu. Dengan 2 bijik beg yang aku galas kat bahu, dengan beg plastik soping kat Sogo..Huh, memang harus aku tangguhkan misi ini.


Mungkin aku akan sambung misi perabihkan duit ni esok lusa pulak, Nanti aku update entri baru ok. Daa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...