MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, September 16, 2009

KAD RAYA PERTAMA

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Pecah kaca pecah tong,
Sudah baca harap gantung.


Pernah dengar tak pantun dua kerat ni? Mesti pernah kan..pantun glamer ni. Pantun ni mengingatkan aku kepada style beraya zaman kanak-kanak dulu. Kami suka sangat berbalas-balas kad raya. Kad raya memang menjadi objek wajib untuk dibeli menjelang hari raya. Time dulu kad raya ni morah jek. Dua kupang bleh dapat.

Dan menjadi satu trend untuk aku memberikan kad raya kepada semua kawan kawan sekelas aku (kecuali yang bukan Islam la). Dan pastinya aku akan menerima balasan yang setimpal atas kad raya yang sudah diberi. Memang best. Bleh gantung kat pokok bunga mama kat umah. Hahaha..

Tapi itu dulu la. Citer 15 tahun dulu. Sekarang ni susah sangat dah nak dapat kad raya. Kad kawin selalu la. Hehehe.

Tapi..hari ni memang hari bahagia aku. Sudah la kelas pagi tadi batal, elaun pulak dah masok, pastu dapat kad raya pulak lagi. Memang syurga! Erk..sape yang begitu baik hati memberikan aku kad raya tahun ni? Erm...mari kita lihat siapa yang kena..heheh



Kad raya bentuk telefon canggih abad ini dari Cik Norly..Selamat Hari Raya Norly. Maaf Zahir Batin..Jiwa dan Raga.Huhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...