MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, September 21, 2009

LEMANG

Malam raya merupakan malam yang paling happening bila tibanya hari raya. Setuju tak? Tak setuju pun takpela. Truskan membaca ayat seterusnya. Huhu. Kalo kat kampung aku, samada kat kedah atau kat perak..malam raya memang best. Kami akan gotong royong ngemas rumah, vakum karpet, pasang langsir, kuarkan pinggan mangkuk, dan yang paling mesti kena buat adalah mnyediakan juadah istimewa untuk hidangan di hari raya..weeehoooo!

Kalo kat kampung kat Perak, juadah standard dari dulu sampai sekarang adalah rendang ayam/daging, and lemang. Ketupat ketupat memang jarang ada kat perak. Dulu masa arwah tok dan pah ada lagi, diorang la yang akan bertungkus lumus buatkan lemang untuk anak cucu. Memang meriah. Sekarang bila tok dan pah takde lagi, kami biasa beli je lemang tepi jalan. Sedap jugak. Cuma kurang meriah la sebab takde dah acara bakar membakar lemang depan umah.

Tapi kan kat kuala kangsar memang terkenal dengan lemang jagung. Aku tak pasti kat tempat lain ada jugak ke tak lemang jagung ni. Tapi lemang jagung memang sedap. Tak percaya? Cubalah. Belambak jual tepi jalan kat Kuala Kangsar nun. Tapi harganya mahal la dalam 2 hengget dari lemang biasa. Huhu.

Kalo kat Kedah pulak, susah pulak nak jumpa lemang ni. Tapi sangat gelamer dengan ketupat daun palas. Ala ketupat yang bentuk tiga segi tu. Ketupat palas ni bukan ketupat nasik tau. Beliau adalah ketupat pulut. Sedap dimakan dengan serunding basah yang tok buat. Juga enak dimakan bersama susu pekat manis. Huhu..

Tapi malangnya tahun ni akau terpaksa beraya di KL. Maka tinggal harapan je la nak makan lemang jagung dengan ketupat palas yang tok buat di pagi raya. Memang tak dapek la. Aku cuma mampu makan "Lemang Lan" je.*Lemang tepi jalan*

Berikut adalah beberapa keping pict yang sempat aku snap masa ikut rombongan p beli lemang malam semalam. Saksikanlahhhh....

Gerai lemang yang terletak bersebelahan dengan Hotel De Palma Ampang*promote*. Besar gerainya. Happening. Best. Sedap.*promote kuasa dua*



Tengok tu diorang bakar lemang. Siap korek lubang nak wat tempat api. nasib baik tak korek lubang 6 kaki dalam 3 kaki lebar.huhu



Tu dia..kena beratur panjang hang tau dak? Paling best tu tgk tu..aci india pun bizi nak mkn lemang tau.*kita kan Malaysian*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...