MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, October 12, 2009

AKU SANG PENAGIH

2 bulan sebelum ini....

Aku telah mendapat satu hobi baru. Hobi yang merapatkan hubungan aku dengan 'peti sejuk' aku ni. Pantang berenggang sekejap, mula la aku resah. Pendek kata pegi mana-mana pun aku tetap mau bersama dengan sang 'peti sejuk' aku ni.


Mengapa ya?

Oh. sungguh aku sangat cintakan 'peti sejuk' bunga-bunga ni. Oh terlupa pulak. Aku juga sangat menyayangi sang arjuna broadbang aku. Jangan sesiapa cuba-cuba berani takot untuk merompak sang arjuna aku dari tangan aku.huhuhu.

Adeh kenapa la dengan Cik Yongnana ni??

Ladang!

Ya..Ladang Farmville...di fesbuk la sebabnya.huhu

Aku sudah ketagih bermain game tersebut. Aku sanggup bersengkang mata bercucuk tanam, menternak ayam itik hatta anak gajah sekalipun di ladang maya aku itu. Sangat bahagia rasanya melihat sayur-sayuran tumbuh subur. Melihat ayam itik lembu kambin dan juga oik oik berkembang biak. Sangat melekakan. Sampai dalam kelas pun aku berladang.huhu. Betapa ketagihnya aku.



2 minggu kebelakangan ini..

Setelah aku berjaya mencapai kejayaan membanggakan dalam arena bercucuk tanam,aku telah bosan. Huh. Biasalah manusia..tak pernah puas dengan apa yang ada. Huhuhu..Jadi aku telah beralih arah dan juga angin. Dari bidang pertanian, aku bertukar ke bidang perniagaan. Baru la sesuai dengan course yang aku amik kat UPSI ni. Kan? Kan?

Jadinya sekarang aku telah membuka sebuah cafe yang diberi nama "Makcik One's Cafe". Betapa tak glamernya nama cafe aku. Tapi takpelah..ada maksud tersendiri di situ. Cuma aku dengan pakcik cafe sebelah je tau. Hahahaha..Pakcik mana la pulak aku maksudkan ni.

Meniaga di cafe ternyata turut membahagiakan. Cafe aku berkembang biak secara majunya sehingga di cemburui oleh pesaing-pesaing yang lain. hehehe..*kalo berani sosah la cafe aku*

Malangnya...7 hari dari sekarang aku kena ada final exam. Ya..ini bukan rekaan. Aku betol-betol ada final exam. Bayangkan sekarang pun aku tengah ber cafe. Huhuhu..Betapa tak sedar dirinya aku tentang kepentingan final exam daripada ber cafe ni. Entah bila la aku nak mula study ni..Oh Tuhan..kuatkan la semangat aku yang sedia lemah ni.huhu..

Apa boleh buat..

tengok tajuk la..

AKU SANG PENAGIH......FARMVILLE+CAFE WORLD.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...