MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, October 27, 2009

MENUJU 4 JUN 2010


Setelah usia pertunangan mencecah 4 bulan setengah, baru lah aku dan incik tunang dapat mencapai kata putus tentang tarikh hari bersejarah kami. Yup. Kami sepakat memilih 4 Jun 2010 sebagai tarikh nikah. Insyaallah..

Bagi sesiapa yang memang merupakan silent reader blog ni tentu mereka tahu betapa banyaknya perubahan masa dan tarikh nikah yang telah aku buat. Kejap nak buat bulan Februari. Kejap ubah ke bulan Mac. Sekarang dah ubah ke Jun pulak. Adeh la..pening.

Sesungguhnya menetapkan tarikh nikah ni bukan satu benda yang senang. Sangat rumit. Setelah mengambil kira pelbagai perkara, aku rasa 4 Jun adalah tarikh terbaik. Waktu tu aku dah habis praktikal dan sedang bercuti sementara tunggu panggilan untuk posting. Incik tunang pulak akan mengambil cuti selama sebulan bermula 1 Jun-30 Jun. Jadi kami berdua memang mempunyai masa yang sangat panjang dan tenang untuk meraikan detik-detik terindah dalam hidup.*aiceh*

Jadinya, kalo tengok kat daisypath sebelah kanan blog ni..masa cuma tinggal 7 bulan, 1 minggu dan 1 hari sahaja lagi untuk aku mempersiapkan apa yang patot. Sempat tak? Aku kursus kawin pun tak pegi lagi nih. huhu..

Takpelah..

Pelan-pelan kayuh..

Therefore..final date..

Nikah - 4 Jun 2010

Sanding - 5 Jun 2010 (Cuti Hari Keputeraan Agong)

Majlis tandang - 12 Jun 2010

Makanya kepada sekelian sahabat handai, sila cepat-cepat tempah baju paling glamer yang anda mahu..si pengantin tak kisah kalo kamu-kamu over the shadow..

Sebab tema majlis aku nanti...*sama-sama kita glamer*

;p wink

2 comments:

  1. *sama-sama kita glamer*-- mesti la nak lg glamer~ tema kaler?kn ckp siap2.. nak tph baju lg ni~

    ReplyDelete
  2. tema kaler putih dan merah..sila tempah baju sekarang juga.hahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...