MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, October 5, 2009

TUNGGU AKU..LABUAN

Dulu aku sibuk pikir macam mana nak elakkan dihantar mengajar ke Sabah atau Sarawak. Sampai terkeluar idea gila mahu mempercepatkan tarikh nikah ke bulan Februari. *Sila rujuk entri "percepatkan tarikh nikah"*

Tanpa diduga, rupa-rupanya Incik Tunang terlebih dulu dihantar bertugas ke Labuan!

Omaigod...

1st impression aku?

Terkejut+tak percaya+terkejut+tak percaya.

Dulu pernah satu ketika Incik Tunang pernah bagitahu aku dia kena posting Labuan. Setelah puas aku menangis, merayu supaya dia jangan pergi..endingnya dia ketawa terbahak bahak.

Semuanya hanya lakonan rupanya. Sandiwara. Drama swasta. Hidup-hidup dia perdayakan aku. Huh!

Sebab tu kali ni bila dia bagitahu berita yang sama aku SUSAH SANGAT nak percaya. Aku macam fobia diketawakan sekali lagi.huhu. Tapi bila Incik Tunang sampai sanggup bersumpah sumpah aku terkedu jugak. Betul betul ke dia kena pergi? Abis aku macam mana? Perkahwinan kami macam mana? Omaigod!

Aku terdiam. Cuma fon je melekap kat telinga tapi mulut aku bisu. Cuma Incik Tunang je yang beria plus teruja bercerita yang dia akan ke Labuan bermula 26 November ni. Ya, sila jangan terkejut.

Jujurnya aku menangis dapat berita tu. Macam mana la agaknya melalui alam pertunangan yang dah nak masok separuh masa kedua ni seorang diri. Sedih. Tapi bila mendengar suara Incik Tunang yang ceria dihantar ke Labuan, aku jadi serba-salah. Beliau terlampau seronok dapat tengok negeri orang. Beliau juga berjanji sungguh-sungguh untuk bawak aku ke sana jugak tahun depan. Dia sanggup turun naik KPM tu hanya untuk pastikan aku dapat teman dia kat sana. Berumah tangga di Labuan. Sungguh aku terharu.

Jadi final decision aku..aku akan ikut Incik Tunang ke Labuan tahun depan. Aku takkan teragak-agak untuk apply posting di Labuan bila tiba masa mengisi borang posting nanti.

Family?

Pastinya aku akan rindukan keluarga kat semenanjung ni nanti. Tapi sekarang zaman dah canggih. Ada teknologi macam-macam. Aku akan ajar mama aku guna 3g untuk call aku nanti. Jadi tiap tiap hari mama dapat tengok muka aku yang kiut ni. huhu.

Menghitung hari untuk menjadi sebahagian warga Labuan.*teruja*. Moga-moga perjalanan hidup aku dipermudahkan-Nya. Amin..


Pemandangan Pulau Labuan dari udara.Macam best je dok sana.*wink*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...