MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, October 28, 2009

KAGET

7 Bulan lagi..

Apa je yang aku dah buat?

Takde apa pun.

Sejak berbulan bulan yang lepas aku cuma sibuk meng google jek. Tak abis abis mencari doorgift yang cantik dan murah, nengok design design baju yang best dan sesuai untuk 'si comel' mcm aku ni. Survey harga katerer yang paling berbaloi baloi...ermm..survey survey survey.

Jadi aku rasa starting from now on aku dah kena mula bertindak.

Tapi..aku tak tahu nak mula dari mana. Tak tahu nak mintak tolong siapa. Dalam kepala cuma terbayang wajah mak je sebagai penasihat terbaik. And wajah Incik Tunang sebagai pendengar yang setia. Huhu..

Setelah aku melalui proses survey survey ni, aku dapat satu idea yang jimat dan bernas. Aku ada satu strategi untuk wedding aku ni iaitu..

Pilih butik andaman, katerer, pembekal doorgift, fotografer dan sebagainya yang tidak berapa popular tetapi mampu memberikan hasil yang da boom. Dan yang bestnya aku dah jumpa semua tu. hehehe..

Cuma masalahnya sekarang duit je blum ada lagi. Bila la agaknya Incik Tunang nak approve kan bajet aku ni. Kalo ada duit kan senang dah. Boleh la beli barang sikit-sikit. Kan?

Dalam entri kali ni aku nak draft sikit-sikit tentang wedding aku nanti. Boleh la esok lusa aku guna untuk rujukan peribadi..

1) Katerer:

Aku dah set nak amik balik katerer adik aku kawin dulu. Sri Angsana Catering. Sedap makanan dia. Aku pun dah email quotation apa service yang aku nak dan harganya masih okey..dalam 13k untuk 1200 pax. Yang penting aku mau semua kerusi tetamu bersarung dan bereben. Hahaha..

Bajet: RM13,000


2) Andaman - baju,pelamin,make up, aksesori,bilik tidur

Untuk yang ni aku ada dua pilihan.

Satu, aku amik balik pak andam masa wedding adik aku kawin dulu.*Anje*. Sebab harganya murah..dalam RM2500 boleh dapat set baju dan pelamin lengkap untuk dua dua belah pihak. Make up nya pun cantik. Cuma kalo boleh aku nak baju baru. Mungkin kna tambah duit skit dalam seratus dua. Tengoklah nanti macam mana. Anje ni ex ofismate mak aku. Jadi sng la nak kaw tim. ngeh ngeh..

Dua, Butik andaman milik saudara Mak Da aku. Terletak di Pertama Kompleks..Nama butiknya aku tak pasti. Lupa. Hehehe..

Butik ni hampir menjadi pilihan aku masa bertunang dulu. Tapi sebabkan beberapa masalah teknikal, terpaksa cancel. Takpelah..mungkin rezeki bekerjasama masa kawin pulak.huhu

Bajet: RM 3,000


3) Fotografer

Seperti biasa..WanDet Entertainment. Aku percaya pada kebolehan abah aku. Aku yakin abah mampu abadikan momen momen indah sepanjang majlis aku nanti.

Cumanya..

Please ye abah..jangan tangguh tangguh siapkan video n gambar yong nanti. Okey?

Oh satu lagi. Aku mau outdoor fotografi. Boleh kan abah?;P


Bajet: RM1,000


4) Doorgift

Yes! Part ni aku paling teruja.

Sebab..aku sudah ketemu doorgift yang aku cari-cari selama ni. Aku sangat sangat terpikat dengan semua produk yang ada di www.duriankahwin.com. So unik dan affordable. Tak percaya? Sila la susuri sendiri.

Serasanya aku memang akan order doorgift untuk semua tetamu dan tetamu VIP kat situ jek.

Ops lupa. Mak kata wajib bagi telur jugak kepada semua tetamu. Dan sebagai anak, aku cuma menurut perintah. Untuk telur, aku akan letak je telur rebus tu dalam uncang organza tu. Simple but nice. Yang penting, mesti bagi telur. *kata mak*


Bajet: RM3,000


5) Hiburan

Untuk PA sistem bagai, WanDet Entertainmet pasti boleh membantu. Aku tak mau ada sesi karaoke bagai. Cukuplah sekadar mainkan lagu-lagu yang dipilih sendiri oleh aku dan Amry.

Erm..cuma mungkin ada sesi pengantin menyanyi. Incik Tunang kata beliau mahu adiahkan sebuah lagu untuk aku. Dan mungkin aku juga akan adiahkan sebuah lagu untuk Incik Tunang. Aiceh..*bajet suara sedap*

Pasukan kompang harus ada. Nak cari mana ek? Any idea?

Aku juga mahukan pengacara majlis. Bukan Deejay ok? Tapi pengacara majlis. Aku mahu majlis aku berjalan lancar seperti yang aku rencanakan. Insyaallah..


Bajet: RM500


6) Barang-barang hantaran

Erm..list barang-barang hantaran dah ada dah dalam kepala. Cuma kami akan buat kelainan sikit iaitu ada satu dulang hantaran misteri dari aku untuk dia, dan dari dia untuk aku. Huhu..Nak wujudkan elemen surprise la kononnya..hehehe..

Before this Incik Tunang kata nak p beli barang hantaran bulan Dec nanti. Sebab time tu kan krismas. Jadi memang banyak jualan mega untuk produk-produk macam perfume, set penjagaan diri yang memang sesuai dijadikan hantaran.

Incik Habib pun akan wat clearance sale bulan Dec nanti. Makanya boleh la kami p beli cincin kawin siap-siap.

Tapi...

Incik tunang kan dah kena berangkat ke Labuan next month..huhuhu..Makanya, aku terpaksalah p soping kawin tanpa insan terbuchuk dalam jiwa.huhu cedih.


Bajet: RM2,000



7) Lain-lain

Lain lain ni la yang sebenarnya paling banyak kuarkan duit dalam kategori membazir. Haih.

Apa benda yang termasok dalam kategori lain-lain ni?

a) Baju famili
b) set bilik tidur
c) hiasan rumah
d) aksesori penanggak
e) emergency use.

Apapun, kategori lain-lain ni merupakan benda paling last yang aku akan beli sebab ia tak berapa penting. Yeke? hehehe..


Huh. Tengok tang bajet tu berpeluh gak. Tapi takpe, itu cuma bajet kasar. Aku akan detail kan lagi bajet tu dalam sheet excel aku. Hmmm..Berjayakah aku?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...