MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, October 28, 2009

TERASA MAU BERPUISI JIWA JIWA

Satu detik itu.
Kita mulakan salam mesra.
Kita cipta bunga-bunga bahagia.
Hingga kamu dan aku.
Sama-sama jatuh cinta.

Bohong kalau aku kata.
Kamu umpama bidadara.
100 markah sempurna.
Cukup dalam setiap segi.
Lengkap dalam setiap arena.

Nyatanya.
Kamu seperti aku.
Lompang sana sini.
Kurang segenap sisi.
Masih banyak yang perlu kita ketahui.
Terlalu besar kelemahan yang perlu diperbaiki.

Namun.
Itu bukan sebab.
Itu juga bukan alasan.
Untuk aku kurangkan cinta aku.
Untuk aku mencari jejaka lagi satu.

Kamu adalah kamu.
Insan yang selalu temani aku
Tak pernah lupa pada janjitemu telefon saban malam.
Tak pernah lupa ungkapkan kata rindu dan sayang.
Tak pernah lupa untuk sentiasa cintai aku.

Aku adalah aku.
Gadis comel yang selalu membuat kamu tergoda.
Gadis kiut yang selalu membuat kamu menjeruk rasa.
Gadis montel yang ingin selalu membuat hati kamu berbunga bahagia.

Kamu.
Semoga kamu sentiasa di sisi.
Menemani aku sampai infiniti.

Aku berjanji.
Akan sentiasa membuat kamu berasa seksi.
Walau hingga satu detik.
Kamu sudah tidak punya gigi lagi.




Yang benar,
Gadis comelmontel kamu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...