MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, January 12, 2010

MENANTU TERHEBAT DALAM KALBU

Hai. Nampaknya hari ni terlebih rajin pulak nak bagi makan entri kat sini. Gemuklah blog aku gini. Huhuhu..

Ok, kali ni aku nak share beberapa petua atau tips untuk jadi menantu terhebat dalam kalbu mak pak mentua kamu. Info ni aku dapat dari majalah Ratu Sehari. Mahal beb majalah ni, 25 hengget! Alang-alang dah beli majalah mahal, baiklah aku share info apa yang patut dengan kamu kamu. Bak kata orang, berkongsi itu tandanya mengambil berat. Hehehe..


Tips ni boleh dibahagikan kepada 2 fasa, sebelum dan setelah berkahwin. Jom kita tengok satu-satu. * wah, dah macam cikgu mengajar dalam kelas dah ha.*

Sebelum berkahwin..

1. Risik
Hmm.. jangan ingat bakal mak pak mentua kita je yang kena datang merisik kita. Sebagai bakal menantu yang terhebat, kita juga perlu merisik tentang bakal mentua. Kena tau serba sedikit apa yang mereka suka, apa yang mereka tak suka sebagai persediaan awal untuk kita sesuaikan diri dengan mereka kelak. Nak merisik dari sape?? Sudah tentulah dari buah hati pujaan kesuma dewa dewi kamu yang kacak bergaya tu. Huhu..

2. Ambil Berat
Ini penting untuk tunjukkan keprihatinan kita. Cubalah sekali sekala bertanya khabar, amik tau sakit pening mereka. Kalau yang tinggal dekat-dekat tu boleh la buat kunjungan muhibah sekali sekala. *jangan lupa bawa buah tangan. Bawa buah-buahan pun dah kira ok dah* Kalau yang tinggal jauh-jauh macam kes aku ni sila jangan ngelat. Teknologi dah makin canggih ni. Abis cikai pun kita boleh call mereka sekali sekala tanya khabar. Kalau dapat bakal mentua yang celik IT, mungkin boleh ber ym atau berfesbuk sesama. Huhuhu..

3. Kasih sayang
Sedari awal, pamerkanlah kasih sayang seikhlas hati terhadap pasangan anda. Mereka pasti akan lega hati bila tengok ada insan berhati mulia *cewah* yang sangat mengambil berat dan sayangkan anak mereka. Janganlah pulak depan mata bakal mentua kamu bantai p bersilat dengan pasangan kamu. Takut-takut nanti ada yang datang rumah bawak tepak sireh terbalik. Owh sungguh tidak mahu!


Selepas kahwin..


1. Memahami
Bila dah kawin, secara rasminya kita telah menjadi sebahagian dari keluarga suami. Maka kita harus lebih sensitif terhadap posisi mentua sebagai ibu dan bapa. Jangan sekali-kali cuba renggangkan hubungan suami dengan ibu dan bapa mereka. Seeloknya anggap mak dan pak mentua sama seperti mak dan abah sendiri. Tiada bezanya..

2. Penerimaan
Hmm..point ni lebih kurang dengan point kat atas. Cuba lah dengan segigih mungkin untuk menerima mentua sebagai keluarga baru kita. Jika kita selalu call mak abah setiap hari, maka call jugak mentua setiap hari. Cuba ingat tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka seperti tarikh lahir, ulang tahun perkahwinan, hari ibu, hari bapa merupakan tindakan bijak dalam usaha untuk menjaga hubungan menantu dan mentua.

3. Mengambil hati
Bila sebut mengambil hati je mesti terbayang dalam kepala untuk belikan hadiah untuk mentua. Itu yang jadi tiap kali bertandang gigih la hulur kain batik, kain pelikat, biskut patsegi, rokok sekotak dua dan macam-macam la. Sebenarnya kadang-kadang orang tua tidak perlukan material untuk ambil hati mereka. Apa lagi wang ringgit. Tak semua mentua harapkan semua itu. Memadai jika sang menantu bijak membawa diri, melayan mereka bersembang dari pagi sampai mereka penat. Hehehe..Kadang-kadang kemahiran mengurut juga sangat berkesan sebagai medium mengambil hati. Apa yang penting semuanya dilakukan dengan ikhlas tanpa minta balasan.

4. Berkongsi minat
Alangkah bagusnya kalo hobi mak dan pak mentua sama dengan kita kan? Mesti banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Contoh, kalau mak mentua suka memasak, apa lah salahnya kita turun padang sama memasak.*biarpun skil tu tak berapa nak ada.hehe*. Kalau pak mentua rajin berkebun, jomlah kita sama-sama sandang jawatan hang cangkul barang beberapa ketika walaupun pegang cangkul pun macam pegang kayu golf dah ha. Takde ruginya, malah banyak kebaikan. Dapat pengalaman baru, peluh pun keluar dengan sehatnya, plus mentua pasti sayangkan kita. Hehehe.

Kan best kalau mak dan abah Incik Tunang punya hobi macam aku. Membelog, berfesbuk, dan tido. Hahaha! *useless*

5. Pertuturan dan perlakuan.
Ini yang paling aku gerun ni. Mulut aku ni kadang-kadang suka sangat amalkan konsep laizzer faire atau dalam bahasa mudahnya laser! Huhu. Aku percaya, sporting macam mana pun mak pak mentua kita, bahasa tetap kena jaga. Jangan selamba yaya pegi panggil mereka 'hey hey', 'gua lu' la, apa la. Mau makan pelempang sekeping dua kang. Hahaha.

Sila kawal diri dan mulut anda sewajarnya. Okey?

7. Ringan tulang.
Orang tua memang akan cepat tertarik dengan menantu yang rajin. Nampak sangat manis je bila tengok menantu mereka khusyuk menyingsing lengan baju mencuci pinggan mangkuk penuh sinki. Sejuk je ati bila tengok menantu baru mereka ralit menyiram pokok bunga dihalaman sambil menyanyi lagu bunga tanjung mungkin. Huhuhu.. Maka ringan-ringankanlah tulang anda biarpun berat badan dah hampir mencecah tahap obesiti. Hehehe.

8. Datuk dan nenek
Serius, gelaran datuk dan nenek adalah gelaran yang paling ditunggu-tunggu oleh semua mentua. Selalu kita dengar hubungan menantu-mentua yang agak dingin pada awal perkahwinan menjadi mesra bila mereka mengetahui menantu mereka sedang mengendong nyawa bakal cucu mereka. Orang selalu kata, kasih sayang seorang datuk dan nenek terhadap cucunya tak sama dengan sayangnya ibu dan ayah terhadap anak mereka. Maka, sekali sekala berilah mereka peluang untuk bermesra dengan cucu-cucu mereka tanpa pemantauan anda.

Mereka pasti bahagia!


So, gudluck untuk semua bride to be yang sedang berusaha menjadi menantu terhebat dalam kalbu mentua kamu. Chaiyokk!!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...