MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, January 15, 2010

ROMBAKAN IDEA

Hai!

Ish kali ni rasa macam tak reti pulak nak start menulis dari mana. Aku macam kalut sendiri. Semuanya tentang khemah tetamu untuk majlis aku nanti. Tiba-tiba aku trasa macam nak rombak banyak perkara tentang khemah tetamu tu. Semuanya lepas aku tengok balik gambar-gambar kawen adik aku dulu. Antara masalah yang membelenggu jiwa dan raga aku ketika ini adalah:

1. Keadaan jalan depan rumah yang tak berapa nak lebar macam jalan dua hala yang lain. Boleh kata agak sempit. So kalau berangan nak ber karpet merah tu agak susah sikit. Tambah-tambah kalau guna meja bulat.

Sempit kan? Celah mana pulak nak dihamparkan permaidani merah tu nanti. haih


2. Kain back drop meja pengantin masa wedding adik aku agak kotor. Tolong remind aku untuk remind katerer aku untuk sediakan kain back drop yang bersih. *camne leh terlepas pandang ntahla aritu*


eeiiii...gila kotor. Rasa nak je aku belikan varnish ke clorox ke barang sebotol dua utk diorg basuh backdrop tu. Huh

3. Scallop jugak tak kemas. Aku akan pastikan aku duduk bawah khemah jadi mandor masa orang-orang katerer tu pasang scallop. Wajib!

Tengok tu, dah x nampak dah 'alunan' pada scallop tu. Rasa nak je aku panjat tangga pasang sendirik.*konon*


4. Tetiba aku rasa 8 biji khemah macam tak cukup. Err maksud aku 6 biji khemah untuk 1200 tetamu duduk menjamu selera macam tak mencukupi. Hurmm...

Hurm...setakat ni itu je la 4 benda yang buat aku serabut sikit. Jadinya aku rasa aku nak ubah sikit keadaan khemah tetamu ni.

1. Disebabkan jalan depan umah agak sempit untuk ber karpet merah dgn meja yang bulat, maka aku harus lepaskan salah satu. Nak lepaskan meja bulat ke nak lepaskan karpet merah??

Sudah tentu la aku akan lepaskan sang meja. Aku terlalu mahukan si karpet merah tu. Maka aku cadang nak gantikan meja bulat dengan meja pat segi. Macam ini.
.
.
.

.
Gambar ni aku jumpa kat blog xora. Mungkin xora dapat pict ni dari website salah sorang photog iaitu Daniel. Ermm..berbalik pada kisah khemah ni, janganla kamu-kamu bayangkan khemah aku se hot khemah dalam pict kat atas ni pulak ye. Sila la ngerti bahawasanya aku tidak mampu. Huhuhu. Aku cuma nak dapatkan bayangan camne rupanya kalo aku guna meja pat segi. Not bad rite?

Yang penting kerusi haruslah dipakaikan baju dan riben, meja pula dipakaikan kain labuh sampai ke lantai. Iye, sampai ke lantai. Takmau separuh sampai nampak kaki meja. *byk songeh!*

Jadinya bila guna meja pat segi, aku berharap adalah ruang yang besar sikit untuk aku ber karpet merah. Dapatlah aku dan sang arjunaku berjalan lemah gemalai menuju ke singgahsana sambil diiringi lagu-lagu yang mengasyikkan. *aicehhh!*

2. Penyelesaian dah ada kat permasalahan.

3. Pun sama macam number 2. Penyelesaian dah disebutkan kat atas nun.

4. Khemah tak cukup. Hmmm..setelah aku timbang-timbang balik, rasanya cukuplah 8 biji khemah tu. 1 khemah untuk pelaminan dan meja pengantin, 1 untuk meja VIP, 6 lagi untuk para tetamu. Mungkin aku akan ubah sikit. 5 khemah je aku akan letak kerusi dan meja untuk tetamu bersantap, 1 biji lagi aku nak letak kerusi jek dalam 50 bijik. Khas untuk tetamu yang sudah selesai makan duduk berborak-borak sambil menungguh ketibaan sang raja dan ratu sehari. Hehehe..

Okey tak idea tu?

Apapun aku perlu kemukakan idea rombakan ni pada makanda dan abahanda.*mak dan abah la*. Dan aku perlukan pandangan kamu-kamu untuk entri kali ni.

Mekasih ya buddies!

7 comments:

  1. Rasanya ok kot.. ihih kamu tanya, kamu yang jawab juga ye? :P ni nak cakap, tapi bukan nak kasi kamu gundah gulana. tapi meja empat segi utk khemah amat berguna kalau cuaca hujan. pasal senang nak dialihkan ke tengah sikit supaya tetamu tak kena hujan. Bab nak bagi ruang utk tetamu borak2, saya rasa, cam tak perlu kot reserve 1 khemah hanya utk kerusi pasal biasanya tetamu lelaki suka borak2 sambil berdiri (kecuali yg sudah warga emas) dan hisap rokok (esp. lepas makan!). jadi mereka biasanya akan ke bawah pokok, atau berada di tempat yg jauh sikit dari org. Yang perempuan pulak, suka berkumpul dalam rumah pengantin utk tgk pelamin (dan nk tumpang kipas). lagi satu, saya rasa ruang khemah tu akan nampak celaru pasal kerusi tu semua mesti akan dialihkan sesukati oleh tetamu untuk buat bulatan bergossip :P tapi tu pendapat saya aje la. Mungkin nnt B2B lain ada pendapat berbeza. kita tunggu ye?

    ReplyDelete
  2. Xora - pndgn yg bgs. Pasal khemah santai tu, idea tu timbul sbb ms wedding adik saya dulu, sgt ketara tetamu mcm xde ruang utk berehat. Rumah pun besar lubang idung jek, x byk space utk bergosip sakan. Pohon2 rendang pun tak berapa nak ada. Huhuhu..Tapi betul jugak ckp kamu, khemah akan nampak serabut nnt. Mgkn kna letakkan khemah santai ni sbg khemah pertama atau alih trus ke ruang yg lain supaya x ganggu khemah tetamu yg lain..hmm..bakal dipikirkan. Idea meja patsegi tu kemungkinan bsr akn diteruskan. Hehehe..Neway thanks xora!=)

    ReplyDelete
  3. yong caterer dengan angsana kan? ke dgn sape ek? hehe, ingat2 lupa lah..

    kalau ngan angsana, dia bg canopy kan, careful on the scallop tu, ada 2 3 org yg ada very bad experience dgn scallop diorang, kedut and renyuk..

    azian caterer dgn angsana, i pegi kenduri dia tp masa tu hujan so i takleh komen.. try tanya dia personally.. azian pun ada complain kat akak tu bout scallop angsana renyuk since before tu dia ada tgk kat kenduri kawan dia..

    yong i just bgtau je yg i baca, kot nak remind since u mentioned bout those stuff.. :)

    ReplyDelete
  4. Nurul - tu la, ad ajgk dgr2 citer dr blogger yg lain.Tapi xpe, saya akan alert dgn benda tu. Mak abah yg nak sgt katerer ni sbb mknn dia sedap..so ikutka je la. Neway thanks sbb remind me.=)

    ReplyDelete
  5. ini memang perasaan sorang future bride kan? hehe
    semua mcm serba tak kene.heee i'll pray for ur big day nanti.hope seperti yg di impikan..=D

    ReplyDelete
  6. 1st time tgk pic kat entry xora pon rase cam teruja.tibe2 nak tukar meja segi.haha..punyela i ni cam lalang. nmpk cantik tukar, nampk lg cantik tukar lagi..aish..

    ReplyDelete
  7. Dashing - thanks dear! Mmg perasaan serba tak kena bila dah makin dekat harinya. =)

    Faratul - tak salah pun nak tukar2 idea..dis is ur wedding aite? SO gUD lUCK!=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...