MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 30, 2010

PAUSE TAIP PAUSE TAIP LAGI

Pergh!! Gila!

Lama betul aku tak dapat hapdet. Jangan kata nak hapdet, nak bukak belog pun tak kesampaian. Semua gara-gara laptop aku ni. Buat hal tak sudah-sudah. Sekarang sudah dijangkiti penyakit "hang". Oh bukang hang jebat mahupun hang tuah, apalagi hang kebun, tapi ini penyakit "hang" atau pronounce nya "heng". Memang menyampah aku. Nak turn on laptop pun amik masa dekat setengah jam, Nak refresh pulak amik masa 5 minit. Nak bukak word bagai pulak amik masa sejam. Nak ber internet lagilah parah..kadang tu 24 jam tunggu pun tak boleh loading firefox lagi.

Abis ni boleh pulak kau online ni Yongnana??

Oh mungkin malam ni malam yang baik. Baik tak baik sangat lah, ada lah 3 jam jugak aku tunggu untuk sampai ke page "new post" ni. Ini pun tak tahu lagi berjaya publish atau tak ni. Kalau kamu dapat baca sekarang, maknanya berjaya lah aku. Huhu.

Eh arini 30hb kan? Arini sorang geng blogger bernama Xora *sorilah aku tak dapat nak link kerana masalah seperti yang di bebelkan di atas, nak pergi belog Xora sila taip http://diaterimanikahnya.blogspot.com* kahwin kalau tak silap aku. Xora ni antara blogger first yang aku minat. Setahun lepas kami sama-sama mula berbelog, tapi sebab belog beliau berkali ganda gedavass dari belog peliharaan aku ni, maka belog beliau adalah lebih glamer, lebih ramai follower. Huhu. Apapun aku tetap nak amik kesempatan ini untuk ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT XORA & DZULQ *err betul ke aku eja nama suami Xora ni.hehe* Tak sabar nak tengok gambar-gambar wedding kamu Xora. Harap laptop ni memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi. Huhu.

Oh esok juga aku diperintahkan oleh incik suami supaya hadir ke Ladies Night.

Wow! Ladies Night??!

Di kelab malam ke??

Oh sungguhlah tidak. Gila nak berladies night di kalabul malami. Ini adalah Ladies Night anjuran BAKAT *persatuan isteri-isteri tentera*. Bertempat di hotel bintang-bintang terbest yang ada di Labuan ni. Huh teruja!











Aku stress ni. Dah bape kali aku pause time menaip entri ni. Laptop aku buat hal lagi. Cukuplah sampai sini je dulu. Aku nak publish dah. Harap-harap berjayalah publish.


See u later!!

Daa!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...