MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

BILA INCIK SUAMI SAY NO!

Tentiba tadi incik suami hantar sms bertulis begini..


" malam ni tak payah la pegi Ladies Night tu "


Erk?!


Apsal pulak ni. Ceh, tak puas hati aku. So, aku pun reply tanyakan sebabnya. Incik suami kata tak payahlah pegi sebab bini kawan-kawan dia pun tak pegi. Beliau takut aku mati kutu nanti seekor diri kat sana.

Ceh, kalau bini kawan-kawan dia pegi pun bukannya aku kenal lagi pun. Mestilah kat sana nanti baru akan cari dan dapat kawan baru. Tak puas hati pulak aku. Tapi takpelah, dah incik suami kata takyah pegi, aku ikut je la. Tapi rugi jugaklah sebab benda dah berbayar. Baju pun aku dah iron siap. Even aku tak de baju yang bang bang boom gedavass mengikut tema colourful and bling bling gitu tapi semangat tinggi jugaklah aku nak pegi. Tapi takpelah, takde rezki nak santap menu makan sedap-sedap malam ni. Huhu. Tahun depan la pulak Insyaallah.

Jadi sempena nak mengubat jiwa aku yang lara ni, aku nak pegi memasak. Nak makan, lapar dah ni. Dari kul 6 pagi tadi tak makan apa pun. Ate nak makan celah mana sebab aku bantai tido je sepanjang hari. Ceh, balas dendam nampak? Haha.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...