MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, October 15, 2010

AKU, LAPTOP DAN SUAMI.

Sigh. Penat.

Baru lepas bersilat di dapur menyediakan sepinggan dua lauk buat santapan perut. Menu hari ini simple sajork. Simple-simple pun aku kena google resepi jugak. Haha.

Ayam goreng kunyit + sambal telur mata kerbau + nasik putih .

Cukuplah buat makan berdua. Tapi buat masa ni incik suami tiada di rumah. Meng kerjakan diri kekdahnya, maka kejap lagi aku nak makan sorang-sorang. Aku abiskan semua lauk biar padan muka incik suami.

Har har har har harunn!

Aku sedikit bengang dengan incik suami hari ni. Semalam incik suami bawak laptop aku yang dah serupa ladang ternakan virus ni pergi ke spital *format*, katanya beliau ada sorang kawan yang pandai format meng format laptop ni. Maka aku atas dasar kepercayaan kepada suami yang teguh lagi utuh, aku serahkan lah laptop aku. Sempatlah aku pesan supaya jangan delete sebarang file yang ada dalam laptop terutama kerja-kerja sekolah aku.

Bila dah selesai format, incik suami pun bawak la laptop aku pulang ke teratak bonda *motip guna teratak bonda??* kami ni.

Baru tengok desktop, aku dah ternganga dah.


Melopong.


Wallpaper desktop yang dulu suci je aku letak gambar nikah kami berdua, alih-alih dah magic jadi hitam gelap. Siap ada tulis ini.



" Van Diesel is XXX, 08.09.02"


Apakeheynya itu??


Huh..sabar lagi sabar lagi. Mungkin orang yang format tu fanatik sangat sama Van Diesel, layankan aje.


Godek-godek lagi.


Uik?? Dah tukar Window Vista pulak??


Oh ye, laptop aku memang ketinggalan bas sikit. Masih menggunakan Window XP. Tapi sekarang dah Vista. Oh sebijik macam laptop baru.


Okeylah tu, cantik dah la tu laptop aku sekarang. Asalkan tak jadi ladang ternakan virus lagi sudah bagus dah tu.





Pagi tadi, di sekolah..

Aku turn on laptop untuk update buku log orientasi aku *aku kena orientasi okey, jangan ingat bebudak je ada orientasi, cikgu pun kena. Padan muka*. Tentiba..........



Aik, mana folder "sekolah" aku ni??

Ish takde pun.

Godek-godek lagi...oh memang takde. Guna aplikasi search pun nan ado.

Pastu baru aku perasan, bukan takat folder "sekolah" je ghaib, abis semua gambar nikah kawen aku pun ghaib sama. Oh oh oh...aku mahu menjadi hulk sekarang jugak!!


Terus capai hand set...taip apa yang patot....tekan butang send.


Ke incik suami.

Terus nak cari pasal dengan incik suami time tu jugak. Walaupun aku tengah melantak mee goreng kat kantin sekolah sekalipun, jari jemari maintain balas-balas mesej menghambur marah geram kat incik suami.

Padan muka beliau!!







Bila dah balik rumah, emosi dah makin okey baru aku boleh berpikir balik.

Apalah salah incik suamiku itu. Bukan beliau yang format laptop aku pun, jadi beliau tak salah pape. Beliau pun dah pesan banyak kali kat kawan tukang format tu supaya buat back up file-file yang ada, tapi mungkin kawannya tu terlepas dengar, atau mungkin jugak file-file tu paling banyak menyimpan virus sampai tak boleh diselamatkan lagi.


Kesian pulak kat incik suami.


Tak pasal-pasal kena berdepan dengan amukan puaka sms pagi tadi.


Huhuhu..


Minta maaf?? Haruslah kannn.......tunggulah malam nanti. Ekekekeke...

4 comments:

  1. haha...memang gtu lar klu dh kena format....

    sian kat cikgu yongnana ye...

    lain kali jgn mrh tak tentu pasal tau..org pompuan bila dh naik marah memmg tak boleh nak fikir..tapi bila dah cool br lar nak nyesal ek...hehe...bukan utk awk je..sy pun sm gak klu jd cam gtu...

    ReplyDelete
  2. hahahahaha..lain kali hantar kat ibal je..murah pon murah..harga kawan2..wahahahahhaa...

    btw long time xsinggah kat blog ni...

    selamat berbahagia disana :)

    ReplyDelete
  3. ei sabar je la.kalu saya pon hangin satu badan.specially gmbr kawen tu...veri valuable.ada simpan tempat lain tak

    ReplyDelete
  4. eeiii..sabar je la kan..aritu ada gak g format pc..dah siap pesan back up dulu ape yg patut..dapat2 yg suci jugak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...