MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 17, 2010

ABAHKU PULANG DARI KOTA...LALALALA..

Semalam adalah besday Abah. 16 Oktober 2010. Besday yang ke berapa hek? Jap nak kira.


2010 tolak 1956 sama dengan 54 tahun.


Waa weee!! Abah sudah 54 tahun kah? Oh cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je lagi Abah dukung aku. *Heh, kau umur berapa je Abah larat nak dukung heh?* Dulu masa aku baby, ada kisah tau. Abah ni teruja la kan nak timang-timang aku tinggi-tinggi sampai cucur atap gitu. Pastu kamu tahu apa jadi??


Gedebuk gedebak lah aku ke bawah. Tak pasti jatuh ke lantai ke jatuh ke tanah. Haha. Katanya badan aku membulat sangat dah serupa bola, sampai tak tahu nak pegang kat mana lagi dah. Bulat sampai tak de segi-segi lekuk-lekuk dah gamaknya. Haha.


Pastu ada memori lagi ni dengan Abah. Masa aku derjah berapa ntahlah, kelupaan pulak, mungkin darjah 4 gitu agaknya, Abah tibai aku dengan tali pinggang. Pasainya aku ponteng sekolah agama selama berhari-hari. Ke berminggu-minggu ntah. Mahu tak hanginnya beliau. Dangg!!! la sekali kat punggung aku. Berbirat kau. Padan muka aku. Tapi seingat aku itulah kali pertama dan kali terakhir Abah rotan aku. Sebelum-sebelum tu dan selepas-selepas tu memang aku tak pernah kena rotan langsung. Cubit pun tak pernah kot. Tau-tau je kena tali pinggang je sedas dua. Haha. Moral of the stroy, jangan ponteng sekolah ye kawan-kawan. Hehe.


Tapi selepas aku dah tinggal sekali dengan Abah dah *mak dan abah bercerai*, aku dah tak punya banyak kenangan dah dengan Abah. Tapi aku tetap sayang Abah macam dulu. Sama. Tak de apa yang kurang. Dan aku tahu Abah pun sayang aku sama macam dulu. Kan Abah kan? Kan? Hehe.


Sempena hari jadi Abah semalam, aku nak ucapkan sekali lagi SELAMAT HARI JADI buat Abah. Semoga Abah panjang umur, sehat tubuh badan, murah rezeki, dan bahagia selalu.













From Yong to Abah the besday guy.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...