MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, October 8, 2010

OH TIDAKLAH SUSAH MANA MEMASAK NI RUPANYA.



" ala...kalau sekarang kau tak berapa pandai masak jangan risaulah, esok-esok dah kawen otomatik kau akan pandai masak sendiri."



Pernah dengar tak ayat tu? Kalau tak sebijik sejiban susun katanya, mungkin maksudnya lebih kurang sama. Aku dendulu selalu dengar orang berkata cenggitu sampai satu tahap macam dah susah nak percaya, dah lali telinga.


Iyelah, camne kalau kita ni memang buta kuali, penyegan nombor satu nak masuk dapur, alih-alih bila dah kawen otomatik akan pandai memasak. Gila hapa teori ni. Ish, impossible. Kalau gitulah, baik bakal-bakal chef yang ada di Malaysia ni di beri kursus kawen je terus instead of tawarkan diorang kursus memasak atau kulinari bagai.

Itu pendapat aku.

Dulu laa....

Tapi sekarang...bila aku sendiri yang jadi bahan ujikaji...


Eh eh betul lah.

Bila dah kawen, otomatik akan boleh memasak sendiri.

Sila perhatikan betul-betul ye, aku kata "boleh memasak" bukannya "pandai memasak" ye puan-puan. Hehe. Tapi memang betul, bila dah kawen, dan bila kita kena berhadapan dengan nafsu serakah suami "nafsu makan ye puan-puan. Bukan nafsu lain", secara magisnya minda kita akan aktif memikirkan segala jenis menu lauk dan pauk. Bermula dengan nama lauk, seterusnya bahan-bahan yang diperlukan dan seterusnya cara memasak, dan kalau rajin terlebih sikit hari tu kita mungkin akan memikirkan corak hidangan yang menarik. Err..betul ke aku guna word corak?? *lantakkan*


So?? Hebat tak hebat ni?

Ishh..sungguh cemerlang di situ. Bini siapalah yang rajin gagah perkasa ni. Huhu.


Aku rasa kebanyakkan wanita yang dah berkawen akan lalui proses itu. Tentiba jadi rajin. Dulu masa membujang harammmm nak ke dapur. Kalau mak tengah memasak kat dapur kita boleh pura-pura bizi konon tengah lipat kain baju la, tengah sapu sampah la hapa la padahal dok berfesbuk suka-ria dalam bilik. Haha.


Aku lah tu cenggitu dendulu. Sekarang Alhamdulillah...semakin menghampiri title wanita sejati. Wahhhh gitu! Tiap hari bila on the way nak balik dari sekolah otak ni dah ligat dah pikir nak masak apa hari ni. Kadang tu tengah mengajar budak bersajak pun minda boleh swing kejap pikir menu hari ini. Haha. Pastu balik rumah tukar baju terus masuk dapur kau. Takdenya nak rebah-rebah badan dulu ke apa ke, terus capai kuali tau. Haha.


Bersilat lah aku dua tiga langkah kat dapur nun. Penat memang penat tapi bila tengok incik suami makan dengan berselera yang amat penuh sehinggakan tak pernah lagi beliau tak bertambah nasik bila makan masakan aku membuatkan hidung aku kembang sekembang skirt kembang. Haha.


Puas.


Tapi belum sempurna. Hampir sempurna pun belum rasanya. Banyak yang aku kena belajar ilmu rumahtangga ni.


Wish me luck ya!!








Ohhh nak bagitau jugak..hari ni menu keluarga adalah tomyam ayam sama telur dadar. Fuhh gila lah Yongnana mampu memasak tomyam dengan jayanya. Memang pertama kali ni...betul-betul hari ini dalam sejarah.



Ahhhh sudahlah kau Yongnana, orang lain dah beribu kali masak tomyam pun tak kecoh!

1 comment:

  1. Wan, syabas mere betey! Heheh. Saya belum jejak lagi masak tomyam. In progress. Hehehe. Apapun, semua yang wan tulis tu memang betul.

    Yang tak penah masak pun, boleh tau nak masak. Dah kenal ketumbar, buah pelaga, bunga lawang ape sume :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...