MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 1, 2010

FROM LABUAN WITH LOVE...

Haluuuu.......ada orang tak ni? Rasa macam dah takde siapa nak jengah belog ternakan aku ni lagi dah sebab dah lama aku biar bersawang sampai tumbuh labah-labah segala. Err labah-labah kira tumbuh ke? *toingg!!! ketuk kepala sendiri*


Serius. Memang membizi semedang minggu ni. Penat. Nasib baik hari ni dah Jumaat, maknanya dah hampir sampai penghujung minggu. Harapnya berakhir jugaklah seksa seksan yang aku kena tanggung beberapa hari ni. Huhu.


Aku pun ada banyak benda nak cerita ni sebenarnya, tapi tak tahu nak mula dari mana. Huhu..Nak cerita hal sekolah dulu ke, hal rumah ke, hal anak murid yang macam phewwww perangainya, pendek kata ada banyak benda dalam kepala ni. Tapi itulah...kurang Ganglioksida *macam dalam iklan susu anmum Wardina tu* gamaknya, sampai sel-sel otak dah tak boleh berhubung dengan baik lagi dah. Jadi aku dengan ini membuat keputusan untuk menutup entri ini.




Sekian.


















































Hehehe..

Takkan lah sampai cenggitu sekali kau ni Yongnana, dah macam pergi tanpa pesan pulaknya. Haha.

Okey okey belum habis lagi ni. Meh sambung baca. Aku buat point-point je lah ye, sebab ceritanya bercampur aduk. Kang pening pulak kamu-kamu baca.


1. Aku hangkut 5 bijik beg termasuk beg tangan ke Labuan nun. Untuk pengetahuan, luggage aku telah terlebih muatan kurang lebih 7 kg sekaligus memaksa aku untuk memunggah balik isi perut beg di tengah-tengah LCCT demi menjamin kemuatan bagasi dipatuhi. Huh, lugage pun nak obesiti...serupa tuannya jugak. Haha.


2. Sampai di Labuan, aku menginap di Hotel Victoria. Kagumnya hotel ni masih menggunakan lif yang ada nak masuk kena bukak pintu dan gril sendiri. Saling tak tumpah macam nak masuk rumah. Bezanya itu adalah lif.


3. Aku dapat mengajar di S.M.K Mutiara, tinggal pun di Taman Mutiara. Nampak macam sekolah dan rumah aku tu sebelah-sebelah je kan? Kira kalau time rehat aku boleh gedik-gedik lari balik rumah makan nasik kejap kan? Huh..tipu. Rumah dan sekolah adalah agak jauh. Terpaksa melintas beberapa kampung baru sampai sekolah. Tapi okeylah jugak just melintas kampung jek, buatnya aku terpaksa melintas dua tiga batang sungai, jumpa dengan empat lima ekor buaya dulu baru boleh jumpa dengan sekolah...camne???


4. Aku ditugaskan mengajar Bahasa Malaysia dan Sejarah Tingkatan 1. Sejarah tu tahan lagi, ini BM edisi KOMSAS punya tu. Gila!

Maka terpaksalah aku study hard. Serupa aku yang nak amik exam tak lama lagi ni.


5. Baru beberapa hari duduk di Labuan aku sudah mula terikut-ikut bercakap loghat sabahan. Ajaibnya aku boleh bertutur dalam loghat Sabah masa nak beli dapur gas. Kemain ni cakap Sbah dengan harapan boleh dapat harga lebih murah. Hehe..


6. Sekolah adalah sangat best. Guru-guru lama adalah super duper friendly. Tak terasa langsung aku ni guru baru. Sangat selesa.


7. Anak-anak Labuan adalah bagus. Mereka cuma nakal-nakal budak saja. Aku belum jumpa yang jahat tahap setan ke hapa sampai nak melawan guru. Syabas mere bettey!


8. Rumah sewa aku adalah kosong. Serupa rumah bujang. Tapi takpe, aku dengan incik suami boleh belajar hidup berkeluarga dari zero. Seronok rasanya menyiapkan rumah sendiri berdua. Biarpun tanpa perabot-perabot mahal *memang takde perabot pun*, tapi aku bahagia. Hehe.


9. Labuan tidaklah sebosan yang disangka. Seronok tinggal di Labuan ni. Memang kat sini takde shopping mall mewah-mewah, panggung wayang apatah lagi. Tapi tinggal di sini aman sentosa rasanya. Seronok.


10. Yang terakhir......



Aku suka menjadi cikgu.



Dan


Aku hampir jatuh cinta sama ini Labuan. Huhu






Sekian.
*ini betul-betul punya "sekian"*

7 comments:

  1. ewah2..sudah jth hati sama labuan ek..hehe..kot2 g sana ke, leh r terjah umah awk..hehe..

    ReplyDelete
  2. amboi jatuh cinta ngan labuan dh ker?

    hepi dgr wan dh settle down di sana..

    pas ni leh la jd isteri mithali merangkap cikgu cemerlang :)

    ReplyDelete
  3. wow beshnya...leh shopping memacam...duty free kan

    ReplyDelete
  4. hihi bahgieee die dah dapat ngadap muke incik hubby hari2 heeee =)

    ReplyDelete
  5. wah..seronoknye..xpe..xd perabot yg byk tp bleh bersama yg tersyg kn..hehe..

    ReplyDelete
  6. Salam. Untuk pengetahuan cikgu, loghat labuan adalah berbeza dengan loghat sabah... lebih molek jika cikgu berkesempatan belajar dialek org labuan (Brunei-Kadayan). Selamat bertugas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...