MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, October 10, 2010

CIKGU, TAPAK KASUT, SINGA, DAN DOT DOT DOT

Satu hari yang indah, aku ditugaskan masuk ke kelas tingkatan 1 Lavandulla. Sebagai cikgu baru yang hot lagi gedavass, aku harus menghayun langkah dengan begitu bergaya. Skill kena ada tu.


Ketuk ketak ketuk ketak ketuk ketak


Bunyi kasut tak berapa tinggi aku.


Sedar-sedar je aku dah berada di hadapan kelas 1 Lavandulla tersebut. Tapi kelas adalah kosong.


Seorang murid pun takde.


Aik?? Mana perginya bebudak ni?? Takkan dengar bunyi tapak kasut aku pun dah lari mencicit menyorokkan diri??


Takpe takpe..aku tunggu. Aku amik keputusan untuk tunggu di luar kelas. Bukan apa, itu adalah teknik untuk menakut-nakutkan murid. Biar bebudak tahu yang cikgunya ni dah lama terpacak kat depan kelas *padahal baru seminit*, muka tu biar garang, kalau boleh jangan senyum walau sekelumit pun. Kalau budak lalu dan bagi salam, jawab...wajib jawab tapi memek muka harus maintain singa. Itu taktik tu. Kena tahu. Haha.


Seminit dua minit tiga minit membawak ke sepuluh minit lebih kurang barulah penuh kelas. Dan aku pun melangkah masuk. Masih menyinga. Heh apa kes menyinga tanpa sebab gini? Owh..ini adalah taktik.


Aku kenalkan diri bla bla bla. Tulis siap nama kat papan putih dengan harapan bebudak akan hafal ejaan nama aku sampai mati.


Tentiba..




" Har har har har!!!! Nama cikgu sama dengan nama cikgu Zulfadzli!"


Hoh. Suara siapakah itu yang mentertawakan nama aku??


Aku toleh belakang. Yep, kelihatan seorang murid lelaki tengah high gila menggelakkan nama aku. Cis, ini boleh mendatangkan marah ni.


Takpe sabar..kalau tak boleh sabar elok kau resign sekarang jugak.


Aku teruskan kelas. Mengajar poem bertajuk "I Had a Little Cat". Mengajar dengan penuh dedikasi walaupun English aku sendiri ke laut. Haha.


Tentiba aku dengar suara itu lagi.


"Har har har har!!!!"


Aku tanpa berfikir panjang terus berkata *dalam pitching yang boleh tahan tinggi*


" Kamu!! Yang gelak-gelak tu, bangun! Apa masalah kamu sebenarnya? Cikgu mengajar di depan, kamu suka ria bergelak ketawa di belakang.*padahal takdelah belakang mana pun dia duduk*"


Aku amik nafas dan sambung membebel lagi.


" Apa kamu ingat ini rancangan Raja Lawak ke apa nak ketawa-ketawa??"


Ohh marah ni marah.

Budak itu masih lagi sengih-sengih. Mungkin dah kebal agaknya kena bebelan gitu setiap hari. Ahhh lantakkan la. Aku malas nak amik pot sangat. Baik aku teruskan mengajar, ada pekdahnya.


Selang beberapa hari, sewaktu Hari Kantin sekolah...

Gerai yang aku wakili menjual laksa sarawak.


Dan sedang aku tengah membizi menggoreng telur dadar untuk dijadikan rencah laksa sarawak, tentiba aku didatangi oleh satu lembaga.


Atau lebih tepat lagi seorang murid.


Aku toleh ke arah murid tersebut. Eh ini budak 'har har har har" itu hari ni. Apa pulak dia nak cari aku ni. Aku bermonolog sendirian. *wahh..bahasa. Mentang-mentang cikgu BM sekarang. haha*


" Cikgu, cikgu sayang aku tak?"


Ohh, tentiba murid tersebut bersuara. Terkesima aku seminit dua mendengar soalan tak masuk exam tersebut.


" Kenapa kamu tanya camtu?"


" Cikgu jawablah, cikgu sayang aku tak?" Dia tanya lagi.


" Mestilah cikgu sayang.......tapi kamu tu janganlah nakal sangat dalam kelas"


Elok je aku cakap gitu, budak tu tersenyum nampak gigi. Puas hati mungkin dengan jawapan aku lalu berlalu pergi dengan senyum yang masih menampakkan gigi.



Motip cerita??


Aku rasa bebelan menyinga aku hari tu memberi kesan psikologi ke atas beliau sampai terasa-rasa yang aku dah tak sayang dia lagi. Padahal baru sekali je kot aku masuk kelas dia. Haih! Budak...budak..

1 comment:

  1. Heheh. Maintain garang eh cikgu? Memang perlu pun, biar anak murid tau cikgu dia tu tegas orang nya, tak boleh ingat main2 je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...