MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 1, 2010

PERUT BELIAU SUDAH BULAT MACAM BULAN

Dah dekat sebulan aku tinggal di Labuan ni. Makna kata hampir sebulan jugak aku duduk bawah ketiak incik suamiku.huhu. Best tau duduk bawah ketiak suami ni, aromanya...awww. Boleh lah kita buat drama di bawah ketiak suami pulak nanti. Haha. Ada yang muntah bluwek-bluwek pulak pagi ni nanti. Haha. Ada aku kesah?? *agak kurang ajar kau jah*

So selama sebulan ni gigih la aku bagi laki aku makan. Asal beliau balik keje je, makan. Kalau hari beliau off, lagilah..makan makan makan. Pastu tido tergolek laki bini. Sampailah pada suatu hari incik suami bersuara begini..


" kawan abang kata abang dah gemuklah. Kena diet la gini.huhu "


See..see?

Dapat aduan tergempar tiba-tiba. Rasa macam bersalah pulak. Tapi memang betul, perut beliau dah semakin maju ke depan. Sikit lagi boleh dapat pingat PJK *Perut Jalan Ke depan*. Ini kira nasib baik jugak lah rumah aku ni takde mesin penimbang berat. Kalau ada, tak berani aku nak tengok angkanya. Aku tak tahulah berapa kilo dah berat incik suami naik. Mahu seploh kilo apa? Aiyakkk!!

Berat aku??

Oh berat aku tak yah dihitung lah. Tak cukup jari kaki tangan nak kira nanti. Haha. Tapi yang pastinya badan aku pun dah makin menunjukkan perkembangan. Kalau kembang berisi takpelah jugak, ini kembang saja-saja. Takde pekdahnya. Huh!


Jadi aku pun mulalah berpikir-pikir untuk catu makanan kami laki bini. Makan nasik sekali sehari je cukup. Dan no tambah-tambah nasik. Laki aku tu makan tak pernah tak bertambah sampai aku pun kadang tersampuk makan bertambah dua pinggan. Haha.


Kamu-kamu yang cemerlang terbilang gemilang menjaga suami masing-masing ni ada tips tak? Camne cara nak bagi laki kenyang makan, tapi perut maintain bujang. Ada? Share lah!

6 comments:

  1. kena ajak dia sama joging ke senaman ke.. hee~ makan banyak kenalah senaman selalu.. cam saya mesti tetiba suruh husband situp depan saya.. so perut maintain bujang laaa..^^

    actually terpulang juga pada suami.. kalau nak kurus kita isteri boleh bantu bagi support..

    ReplyDelete
  2. ahahahahhh.... itu biasa.... skrg, bila org tnya saya... dah baper bulan pegnan? suami saya mesti jawab..

    "owh.. nearly 5 months.. and we're having twins" <--- sambil mengusap perut sendiri... ahahhaha...

    ReplyDelete
  3. sy blom kawen tp nk bg tips sket la utk kawal berat badan..

    tips ni mak sy buat utk abah sy dan alhamdulillah kedua2nya sihat xde kencing manis darah tgi suma...

    1. sarapan heavy utk tenaga

    2. masak sendiri kurangkan makan luar... yg ni sy rasa wan xde masalah :)

    3. masukkan garam setelah api ditutup ketika memasak

    4. makan byk buah dan sayur supaya kita cpt rasa kenyang dan lambat rasa lapar

    5. jika teringin nk makan fast food atau makanan yg blemak2 tinggi, buat catuan.. makan sebulan 2 kali ke.. sbg kawalan..


    alhamdulillah sy dh bjaya turunkan 4KG.. ni kira amik ilmu masa degree dlu :)

    selamat bjaya

    ReplyDelete
  4. hahaha...no comment.laki kamek pun cam tok.dr pandang sisi nampak cam mak boyong jerk

    ReplyDelete
  5. hahahaha. Wan, tak yah la nak bertips2, bukan senang nak dapat pingat tu. Hehehe ;p

    ReplyDelete
  6. hi dear...selalu masuk sini, tp jarang nak komen..meh hari ni rajin lak aku nak ngomen...

    susah tu, nak suh kenyang tp x buncit..lg2 kalo hubby mmg xsuka mkn salad or makanan bkhasiat omputeh...sbb mknan omputeh jarang mgemokkan..xmcm makanan melayu kita yg penuh dgn minyak, santan dan gula...

    hubby u x exercise ke?..tu je caranya sebenarnya...hehe..tp my hubby pong, makin mbesar nmpknya...i suke..tandanya, kita pandai jg mkn minum dia..haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...