MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 2, 2011

Hampir 9 Bulan

35 minggu!!

Alhamdulillah...

Minggu depan ngam ngam ho baby 9 bulan. Maknanya baby dah matang, bila-bila masa boleh sorong aku masuk labour room. Ohh neves!!

Sekarang perut memang makin besar..makin berat.

Aku kalau dah duduk atas lantai memang hazab la nak bangun. Incik suami nak tolong angkat pun mintak hampun la. Berat dah nak cecah 95 kg dah ni oii.

Tido malam pulak kalau takde bantal 6 7 bijik memang susah sikit la nak melena. Kiri kanan atas bawah mesti kena ada bantal. Kalau nak tido mengiring, mesti kena lapik bantal kecik bawah perut, baru selesa. Itu pun kadang boleh rasa baby siku-siku perut mama dia time tido. Noti ye kamu?

Paling kesian sekarang adalah incik suami. Setiap malam kena tido bawah sorang-sorang. Katil adalah milik aku dan baby je sekarang. Muahaha!

Panas weh tido berdua atas katil sekarang ni. Bukan aku je panas, incik suami pun sama mandi peluh jugak time tido. Panas tak boleh blah. Jadi konklusinya incik suami ofer diri tido alas tilam toto je kat atas lantai, aku tidolah dengan senang hati atas katil tu. Barulah selesa nak guling-guling mengiring kiri kanan.


Kesian memang kesian kat suami sendiri. Kadang rasa bersalah pulak. Beruntung jugaklah dapat husband yang memahami...buatnya dapat laki yang penting diri, mau aku yang kena tido atas toto pulak nanti. Haha.


Sekarang ni mood memang carca marba. Kat sekolah aku memang memanjang bizi. Sampai makan pun lupa. Selalu lepas kam 11 pagi baru aku mula cari makan. Kemain bizi..nak bercuti la katakan.


Balik rumah..mood mulalah sendu. Bila pikir dah nak balik KL Jumaat ni, sayu je rasa. Tambah lagi bila pikirkan incik suami. Makan ke tidak pakcik tu nanti..susah hati pikir. Ingat esok nak buat sambal bilis penuh satu tupperware buat bekal incik suami. Kalau lapar-lapar tak tahu nak masak apa bolehlah panaskan sambal bilis tu. Makan dengan nasik pun sedap, makan dengan roti pun layan jek.



Sebelah hati seronok nak balik KL. Tak sabar nak jumpa baby Aidi tak lama lagi. Sebelah hati lagi susah hati pikirkan buah hati yang kena tinggal kat Labuan ni. Hmm takpelah..25 November nanti insyaallah incik suami akan balik ke KL pulak. Beliau dapat cuti sebulan katanya.


Bila aku tanya..apa plan abang balik KL nanti??


Dia jawab..."Plan apanya?? Abang nak jaga ayang dengan baby je la dalam pantang."


Rasa nak senyum sampai dahi kalau boleh.


=)

8 comments:

  1. Huhu..harap-harap betullah dia nak menjaga kita nanti..jangan terbalik sudahlah..hehe

    ReplyDelete
  2. 9bulan blh naik flight lagi ke?

    ReplyDelete
  3. sama la yong... mkn berat.. ssh nk gerak.. mood swings je..time mcm ni hrp husband fhm ssgt...hope awak baik2 juga

    ReplyDelete
  4. Farah...Kalau ikut kata doktor yang keluarkan surat kebenaran untuk naik flight tu, kalau pregnant bawah 36 minggu masih boleh naik flight dengan syarat kesihatan memuaskan and fit to fly..Jumaat ni baby cecah 35 minggu 2 hari..esok nak pergi jumpa doktor mintak surat pelepasan naik flight..hopefully saya fit to fly..huhu

    ReplyDelete
  5. mggu lepas sy 34 mggu dktor bg surat kbenaran fit to fly..tp pgawai air asia tu dh siap pesan awl2...ni last awk blh fly..lpas dr 34 mggu mmg xblh fly dh sbb dh trmaktub dlm agreement tu smpai 34 mggu je blh fly...tp xtau la kot2 MAS n firefly lain pulak...kongsi pngalaman shja...:)

    ReplyDelete
  6. Cik Fiza...=)


    Anony..biasanya Air Asia memang awal skit temph nak naik flight banding MAS. Tadi saya dah jumpa doktor panel MAS untuk dapatkan surat kebenaran naik flight esok..alhamdulillah lepas. Hopefully masa check in pun lepas la jugak..*berdoa*

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...