MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 5, 2012

Bicara Berirama Kau Apa Cer??


Last week aku ada kecoh-kecoh aku kena jadi cikgu pembimbing pasuka bicara berirama la apa kan?

Apa ceritanya pasukan aku tu?

Menang keww??

Ya..menang. MENANGgung kekalahan la tapi. Haha.

Kalah kau!!

Penat berabis tenaga duit apa semua, sekali kalah. Tepuk untuk diri sendiri. Haha.

Tapi.....kalah pun kalahlah. Apapun aku tetap berbangga dengan anak murid aku. Kami bukan kalah memalukan. Siap kalah dalam kebanggaan. Achaner??

Eh lupa. Kami menang Anugerah Konduktor Terbaik. Jadilaaaahhh kaaan!

Macam yang aku cakap, pertandingan ni julung-julung kali diadakan di seluruh Malaysia. Siap kat Labuan ni 5 buah sekolah je menyertai. Yang lagi 4 buah awal-awal dah tarik diri. Kira satu kejayaan jugaklah di situ.

Pastu kami kalah bukan sebab apa...kalah sebab banyak kena tolak penalti sebab kami ada beberapa pergerakan kaki. *berapa banyak sebab daaa*

Dah tu? Tak boleh gerak kaki ke?

TAK BOLEH.

Hakim kata bahagian pinggang ke bawah tak boleh gerak.

Ooooo..barulah tahu. Ingatkan boleh gerak suka hati sebab dalam peraturan tak nyatakan pun tak boleh gerak pinggang ke bawah. Cuma dinyatakan pergerakan mesti seragam. Pastu aku tengok kat youtube ada je sekolah-sekolah yang menang peringkat negeri kat semenanjung yang gerak kaki apa semua. Boleh je menang. Huhu.

Tapi takpe takpe...kalah sebab sesuatu pergerakan yang fun memang aku tak sedih sangat. Lagi-lagi bila tengok persembahan anak murid yang membanggakan. Tengok pulak audien yang terhibur. Memang aku bangga sudah di situ.

Tambah pulak masa hari penyampaian hadiah semalam, ramai yang komen kata.."KAMI INGAT SMK MUTIARA YG JOHAN."

Waahhh!!

Ramai sebenarnya yang sangka kami akan johan. Bila nak umum juara tu..aku dengar-dengar jugak orang sok sek sok sek kat belakang  "SMK Mutiara..SMK Mutiara..", sekali nan hado! Haha.

Pilihan ramai rupanya pasukan aku. Tapi malangnya bukan pilihan hakim. Haha. Kalau guna sistem undian sms maybe boleh menang. Haha.

Takpelah...dah tau dah mana yang boleh buat, mana yang tak boleh buat...tambah pulak aku dah selamat dilantik lagi jadi guru pembimbing bicara berirama 2013...


MAKA NANTIKAN KEMUNCULAN KAMI UNTUK MENEBUS KEKALAHAN!!


Ceaaaa!!

Nah gambar.


Sebelum bertolak ke lokasi pertandingan. Menyiapkan anak-anak dara ni bukanlah satu tugas yang mudah. Baaaaaanyak kerenah memasing. Sorang terkinja-kinja nak pakai make up, sorang sampai kena ligan nak suruh pakai.....lip gloss je pongg!


kau tengok cikgu...biziiiii kan!


sebahagian yang dah siap. Macam-macam style. Muka itik, muka penyu semua ada. Haha.


nasib baik ada sekeping gambar cikgu.



Semasa pertandingan....



Tuan rumah. Dapat nombor 3.



Sekolah yang dapat naib juara. Juri kata persembahan diorang bosan. Eh juri kata bukan aku kata. Huhu




Sekolah yang dapat juara. Tahniah!!


Dan inilah dia...sekolah yang dapat nombor last. Haha.


Apa-apapun tahniah!!



menunggu keputusan. Ceria ek korang. Sat gi result announce masing-masing buat muka toya. Haha.


Dah tu jek. Bye.

4 comments:

  1. takpe..yong..next year makesure SMK mutiara menang yer..bukan menanggung kekalahan lagi..nak tengok gambar anak2 murid yg bajet hot tu..pelissss...

    ReplyDelete
  2. salam...tau x camna nk sedia dialog bicara irama ni
    1st time scol nk join
    cg pun xtau ap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. dialog dia lebih kurang mcm stail choral speaking tapi kita boleh selitkan puisi, prosa, lagu, pantun etc. Kami di sini dulu ada bengkel buat skrip utk Bicara berirama ni. Cuba tgk video2 bicara berirama yg byk kat youtube tu. maybe boleh membantu.

      Yang penting ingat..gaya mesti pinggan ke atas saja boleh bergerak. Kaki jgn gerak okey. Kami dulu kalah sebab kaki bergerak. Wuwuwuwu.

      Delete
  3. akk su guru baru,,kena latih murid,,,risau gak,,tp bst tgk smngt akk dan stdnt,,akk wat sndri ke skrip?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...