MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, March 24, 2010

HANTARAN YANG HILANG

Mata membulat membentuk bola-bola. Mulut ternganga menyerupai pintu gua. Kepala terteleng-teleng macam kipas tua. Owh...dalam hati sangat gedebak gedebuk.

Kenapa??

Semuanya gara-gara entri Mrs Engineer ini. *sila klik untuk baca*

Sebelum ni aku pernah jugak terdengar yang Selangor telah mengaplikasikan satu sistem baru tentang hal nikah kahwin ni selain daripada nilai mas kahwin dinaikkan ke RM300 hengget.

Sistem apa?

Sistem yang kurang lebih sama dengan sistem kat Kelantan dan Terengganu di mana nilai duit hantaran telah dimansuhkan dan digantikan dengan mas kawen sahaja. Makna kata kalau kamu tetapkan nilai hantaran 8 wibu dan mas kawen 300 ratus contohnya, maka masa akad nilai yang perlu di sebut sebagai mas kawen adalah RM8300.

Okey, itu takpe lagi. Masih tak membelenggu kepala otak aku ni. Satu lagi hal, kalau pihak lelaki datang bawak duit 8 wibu tadi dalam bentuk cek, maka lafaz akad otomatik akan jadi "huuutanngggg". Bukan lagi "tuunaaaiii". Adeh, dah macam citer P.Ramlee pulak kawen utang-utang. Huhu..Kalau nak mudah, digalakkan untuk guna bank draf atau bawak je tunai 8 wibu gedebuk. Susun la cantik-cantik dalam album. Tak perlu la gubah-gubah jadi bunga ke katil ke kipas ke, kang buatnya tok imam tu nak kira selai-selai kan haru nak bukak balik gubahan indah tu?

Okey okey okey..Kes tu pun kira tahap boleh layan lagi. Yang paling aku musykil, kalau dah duit 8 wibu tu kita jadikan mas kawen, maka boleh ke kita guna duit tu untuk belanja kenduri? Contoh untuk bayar duit katering, bayar duit OP, doorgifts dan segala mak nenek yang perlu dibayar untuk kawen ni? Boleh ke???

Setahu aku, duit mas kawen adalah milik mutlak pengantin perempuan. Tak boleh disentuh oleh orang lain termasuk suami atau ahli keluarga tanpa izin pengantin perempuan. Tapi kalau pengantin perempuan halalkan, rasanya boleh kot. Entahlah aku pun bukan pandai sangat dalam bab-bab gini. Kalau aku silap harap diperbetulkan ye kawan-kawan. Huhu.


Macam kes aku, keluarga incik tunang dah janji akan hantar duit hantaran sebulan sebelum kenduri dan duit tu famili aku akan gunakan separuh untuk bayar duit katerer dan separuh lagi akan menjadi hak milik aku. Weeehooo..=)

Tapi disebabkan sistem yang baru dibuat ni, aku cadang tak nak letak baki duit hantaran yang separuh lagi tu atas dulang hantaran *mcm yg org slalu buat tu*. Aku plan cuma mahu ada duit mas kahwin je yang disusun cantik atas dulang. Lantak la kalau orang kata aku ni kawen takde hantaran ke apa ke. Sebab kalau aku buat gini, nanti dalam sijil kawen memang takkan ada nilai hantaran. Yang ada cuma nilai mas kawen RM300 contohnya la. Nilai hantaran....nan ado. Zero. Nampak macam aku kawen takde hantaran la. Tak kisahlah, Aku cuma tanak ada sebarang masalah masa hari nikah nanti. Lagipun macam tak bape best la bila nilai mas kahwin yang disebut dalam akad tinggi melangit. Err..itu cuma pandangan peribadi aku. Harap mana-mana pengantin yang telah dan bakal berkahwin dengan nilai duit hantaran disebut sebagai mas kawen tak terasa hati. Kalau ada yang terguris jiwa, ya ampuuunnn..Sungguh aku tak maksudkannya.

Kawan-kawan yang telah berkahwin atau bakal berkahwin dalam Selangor, kalau ada apa-apa hapdet tentang sistem nikah kawen baru ni, roger-roger la ek? Aku ni kadang-kadang macam orang tertinggal LRT...lambat. Huhu.

Utk Ekyanie a.k.a Mrs Engineer..again thanks ya sudi spread the info.

Sayang kamu!

Dan kamu-kamu yang sedang membaca juga.

=)

15 comments:

  1. saya kawin pun tak de letak wang hantaran. cuma lafaz RM300. Wang hantaran parents saya tak minta. Jadi saya dan D setuju nak gunakan wang yg D nak jadikan hantaran, sebagai duit utk kehidupan lepas kawin kami :D

    ReplyDelete
  2. ok what just lafaz Rm 300??
    kalau dah buat hantaran 8000,xpayah la letak mas kawen 300 lagi sebab 8000 2 dah dikira hantaran kalau diletakkan dalam borang..kalau rasanya nak pakai duit 2 dulu, n xnak dilafazkan hutang, just bayar 300 untuk mas kawen ja sudah la kak..untuk pengantin perempuan dapat lebih 300kan??hahaha

    btw, kalau duit mas kawen 2 nak pakai buat apa pon xpa atas persetujuan pengantin perempuan rasanya..xkan pengantin perempuan nak membebankan family kan atas belanja2 kawen semua??mesti nak tolongkan??so bagi je la persetujuan untuk guna duit maskawen yang 8000 2 untuk bayar belanja2 itu semua n untuk lebih afdal amik dalam 300 untuk beli emas sebagai mas kawen kekal..ini yang saya paham la..hehehehe...

    kalau ada salah sila bagi tau ok..

    ReplyDelete
  3. Xora, bagusnya kamu. Btol2, tak perlu nak bangga2 dgn nilai hantaran..baik guna untuk hidup lps kawen kan? Sgt kagum dgn kamu xora..tabik spring skit..toink toink toink!

    ReplyDelete
  4. Iqbal, sgt terkejut tetiba kamu drop komen kat blog ni. Huhuhu...

    Tapi betol2..stuju dgn pandangan kamu. Apa salahnya lafz rm300 je kan?duit hantaran 8 ribu tu agp je la adiah dr suami utk isteri..guna la nak guna beli apa pun. Nak tlg famili ke, nak guna sendiri ke, nak pulang balik kat suami ke..huhuhu..ada ke??=)

    ReplyDelete
  5. salam...
    erk..hari tu kawan saya pun ada cakap macam ni sebab masa 01.01.10 haritu kawan dia nikah, kadi suruh sebut hantaran RM10ribu.saya baru bercita-cita nak buat RM10,010.10 tapi takut tergeliat lidah plaks.dah lah dia jenis nerves lebih...

    Susahlah kalau tukar2, main hutang2 plaksss...adehh..benda senang jadi susah kan.kalau proceed je dgn harga rm300 tuh boleh jugak kan.cuma, yelah kat surat nikah elok HANTARAN RM10,010.10 tiba2 jadi RM300.erk.. tak kisahlah tu tapi tu lah...ish ish...

    ReplyDelete
  6. Dear..sy pun mcm Xora jugak :) duit hantaran takde, setuju dgn Incik Hubby nak guna utk kehidupan pas kawen. Utk elakkan dr mulut2 org sekeliling kami guna cek yg tak ditunaikan pun :P

    sb bagi kami duit hantaran tu cuma adat aje yg wajib nya duit mas kawen.

    Good luck yer..

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan Xora. Kehidupan lepas kawin tu lagi penting. Tak perlu hantaran tinggi.

    Masalahnya, mentaliti masyarakat kita yang suka benar menyebut2 jumlah hantaran itu menyebabkan sesetengah pengantin jadi agak tertekan.

    Padahal, kehidupan selepas kahwin lah yang perlu difikirkan secara teliti. That's how u manage ur marriage.

    Konsepnya mudah. Biar simple tapi diredhai dan direstui.

    Saya ada plan nak buat sesimple mungkin tapi tau sajalah. Bukan mudah nak puas kan hati semua orang.

    Yang tentang hantaran tu, tak pasti pula di Johor macam mana. Nanti saya survey okeh.. :D

    ReplyDelete
  8. kat johor mas kawen cuma RM 22.50 je..saya ingat nk minta lebih sikit kot..RM 80 ke..blh la wat beli something kan...he..he..hantaran tu xperlu la dicanangkan kerana akan jadi perbualan org ramai.yg penting adalah akad pernikahan dan kehidupan selepas kawin...tul kan

    ReplyDelete
  9. for me, hantaran it just a number..but the real one is,segala-galanya adalah SHARE!susah senang bersama-sama.

    ReplyDelete
  10. Wah, seronok betol jumpa geng yang sama kepala ni. Sangat sangat sangat setuju dengan pendapat kamu semua. Takde apa yg perlu dibanggakan dgn nilai hantaran. Cukuplah famili terdekat je tau bape nilainya..tak perlu pukul canang satu kampung. Kan kan kan??

    Dalam sijil nikah nilai hantaran/mas kahwin jadi RM300 pun apa slhnya? tak semestinya org yg hantaran/mas kahwin dlm sijil tertera RM300 kurang bahaggia banding mereka yang tertulis RM ribu ribuan dalam sijil nikah mereka.

    Kan kan?

    =)

    ReplyDelete
  11. mentaliti masyarakat kite ni kalu xde hantaran mesti mgata
    igat senang ker nak cari ribu2 nak buat hantaran
    bagi i lah cukup yg termampu jer
    300 tu pon dah memadai
    mmmm

    ReplyDelete
  12. hi,..i just walk in here and read bout this..

    Duit Hantaran tu adalah hadiah dr suami utk belanja kawen. sama ada janji serah seblum atau slps kenduri itu, terpulang. Mas Kahwen plak adalah hak perempuan. Dan nilainya berbeza pd setiap negeri. Tp mcm saya org utara, kami x tetap duit hantaran tp penting kn duit mas kahwen. Duit hantaran saya mengikut kemampuan suami begitu juga mas kahwen saya, suami stuju dgn nilai tersebut sebagai hak saya.

    Kalo nak selamat, since berlaku kes kecurian mas kahwen/wang hantaran ketika majlis...buat dalam bentuk Bank Draft. Dan saya memilih Buku Simpanan ASB untuk mas kahwen. So xde kes hilang di sini.

    Selamat ya utk majlis awak

    ReplyDelete
  13. saya juga sudah pening.
    sy mmg tak kisah juga pasal nilai hantaran ni.cuma ms bincang hari tu, tunang nak bg beberapa sebagai duit belanja. yg menjadi peningnya, dia dah tulis nilai tu dalam borang dia(dia orang kedah), nanti benda tu menjadi masalah tak bila kita hantar borang kita pulak?

    ReplyDelete
  14. Dear, x sangke plak my n3 disebut2...he3...sje nk spread to all b2b selangor...kte kn senegeri...

    n for my side nnt, dh decide xkn ckp hantaran tu..cukup lh duit mas kawin tu, even my tunang dh ckp duit tu utk sy sumenye...n sy fikir, separuh utk family, n separuh utk saving saye...hadiah dr die... :) **sme lh kte kn... :)

    ReplyDelete
  15. Mrs Engineer - sama sama..saya pun decide mcm awk jgk...senang.

    Neway, thanks for the info ya!

    =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...