MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, March 13, 2010

LUAHAN HATI YANG GERAM GILA VAVI

Semakin dekat harinya semakin tertekan aku rasa. Serius. Trasa hati ni macam ditekan-tekan ditolak-tolak dari pelbagai arah. Kiri kanan depan belakang. Wargghhhh!!

Satu.
Buat sekian kalinya Incik Tunang tak jadi balik lagi. Aku rasa nak tampar laju-laju je orang yang halang Incik Tunang balik semenanjung tu. Sangat tertekan.

Sudahlah tak bagi balik, dikerahnya pulak gula-gula hati aku pegi outstation ke Tawau selama dua minggu. Ya, DUA MINGGU!

Aiyakkk!!! dush dush dush!!!

Kalau dah dua minggu ke Tawau, bila tahunnya pulak Incik Tunang dapat pulang ke semenanjung? Bulan April? Bulan May? Arghhhhh!!!

Pegi Tawau dua minggu tu satu hal, yang paling buat aku gerun sampai terbayang benda bukan-bukan adalah Incik Tunang akan menaiki Heli Nuri untuk ke Tawau tu. Owh tidak...aku dah selalu sangat dengar yang buruk-buruk pasal helikopter cap Nuri tu. Owh tolonglah..

Aku sangat sangat risau tambah takut panik semua ada.

Tuhan, lindungilah Syaiful Amry.

Masih risau.


Dua,
Hal yang kedua ni aku tatau nak marah kat sape. Tatau sape yang patot aku jadikan beg tinju untuk aku tumbuk dush! dush! dush!

Pagi tadi, celik-celik je mata..abang Incik Tunang call aku. Tanya bila Incik Tunang nak balik, tanya Incik Tunang dah selesaikan hal borang nikah ke belum, tanya Incik Tunang ada duit ke nak kawen ni, dan tanya macam-macam hal lagi. Dan dalam keadaan separa mamai aku menjawab semua pertanyaan dengan begitu berhemah sekali even dalam hati rasa nak menjerit geram. Nape tak tanya sendiri kat adik kesayangan beliau tu? Nape mesti tuju soklan bertubi-tubi kat aku? Aku pun takde jawapan untuk semua soklan bakal abg ipar aku tu. Aku tatau bila Incik Tunang dapat balik semenanjung untuk selesaikan hal nikah kawen kami, aku jugak tatau dia dah mula uruskan permohonan nikah dia ke belum, semua pun aku tatau.

Tengah hari sikit..lagi haru. Bakal abah mentua aku pulak call dan mula bagi serangan soalan bertubi-tubi kat aku. Soalan yang sama macam pagi tadi. Aissshhh.. Tapi sebabkan yang bertanya bakal pak mentua aku, maka aku cuba menjawab sehabis lembut dan rasional tanpa mencalar maruah Incik Tunang juga tanpa menyinggung perasaan orang tua. Hati aku sakit dan geram biarlah. Aku cuma sang anak. Kena mengalah.

Kadang-kadang aku rasa nak lempang laju-laju je Incik Tunang tu. Mamat tu pun satu, bila famili call, jawablah. Ini tak, asik ignore je bila mak abah dia call. Alasan dia, tanak dengar mak abah membebel. Grrrrrrrr....Geram aku.

Wahai Incik Tunang belahan jiwa raga, intan, payung, nyawa...yang call tu mak abah awak. Yang diorang bebel-bebel tu pun hal nikah kawen awak. Jadi suka tak suka tadah je la telinga. Dengar je la. Ni tak...suka tanak jawab call. Pastu yang jadi mangsa alternatif tak lain tak bukan ni ha....si gemuk ni jugak la kena tadah telinga bukak mulut menjawab bagi pihak awak. Aisshhhh!

Geram geram geram!! Sampai tadi aku terbagi kata dua kat Incik Tunang.

"kalau nak kawen, buat cara nak kawen. Selesaikan hal permohonan nikah semua secepat mungkin. Kalau tanak kawen, hantar famili jumpa mak abah...PTS TUNANG!"

Pastu baru la tergagau-gagau nak berjanji bersumpa setia bagai untuk uruskan hal kawen cepat-cepat. Hai la Incik Tunang saya. Kamu betul-betul buat saya diserang seteres yang terlampau hari ni.

Kadang-kadang aku simpati jugak pada Incik Tunang. Aku tau beliau tersangat sibuk dengan urusan kerja. Kerja siang malam takde cuti. Tu belum masuk bab kena buli kena belasah dengan ketua lagi. Sampai lebam-lebam badan kena paksa guling-guling atas tar selama sejam. Kesian sangat.

Tapi bila dah sampai famili mula menekan-nekan dari pelbagai arah ni, aku mula la rasa sesak nafas. Sudahnya bersilat la kami si tunangan ni sesama sendiri.

Sekarang baru aku rasa seksanya nak kawen ni. Sila ingat bahawa tak semua persiapan kawen tu indah belaka. Tetap ada jerih perit yang menyeksa jiwa. Tapi percayalah....yang sakit jatuh terduduk itulah yang akan kita kenang sampai tua.

Kepada Incik Tunang, maaf kalau kite terlalu mendesak. Maaf kalau kite hampir putus asa. Kite akan cuba bertahan selagi cinta ada dalam jiwa. Please.....buat sesuatu demi hubungan kita.

7 comments:

  1. omg...i so understand bile mr-hubby-2-b wat gitu. rase cm kite je syok sorang2. like "hello,i kawen ngn diri sndri ke?"

    sabar2..byk lagi jnis gaduh lagi siyes kene tempuhi dah kawen kang..kan?

    ReplyDelete
  2. fadz, sabar2 ye..kadang2 smpi satu tahap dah tak leh sbr kan...
    sy dpt rase ape yg awk sedang luahkan..
    insyAllah, semuanya selamat, sy doakan awk yer ;-)

    ReplyDelete
  3. nana, im so sory to know u r dealling all this by urself... ima pun akan naik angin kalau han buat ima mcm tu... buat kita mcm thegeh2 plak nak kawen ngn dia padahal dia yg berjanji nak susah sama2 senang sama2...

    tabahkan hati ye... ima doakan nana bertahan n kuatkan semangat nana hadapi dugaan ni semua...

    ReplyDelete
  4. Sabar dan bertahan lah ok. Saya tau benda ni bukan mudah. Dulu, saya ingat kawen tu mudah tapi bila sekarang, saya berada di tempat itu, baru saya terasa sesak nya.

    Saya pun kadang2 rasa tertekan sampai2 si dia cakap, "Ini dugaan kita nak kahwin." Tapi lepas tu, nak buat apa semua, serah kat saya bulat2. Adoi2.

    Cuma ingat satu perkara je, Tuhan bagi kita panas. Dia turunkan hujan sebab nak bagi kita pelangi lepas tu. :D (ayat entah betul ke x. saya pun ingat2 lupa pernah baca kat mana tah)

    ReplyDelete
  5. dugaan tu awk... sabar yer... tenang2 kan diri. ingat Allah yer...

    ReplyDelete
  6. Thanks dear..sesungguhnya kamulah smgt sy skrg ni. huhu...doalah saya berjaya harungi semua masalah ni dgn jayanya..bak kata incik tunang.."smgt!smgt!jgn pts asa."

    *tapi dia sendiri wat sambil lewa.aisshhh*

    ReplyDelete
  7. besarnya dugaan awk.. Semoga awk diberi kekuatan dan kesabaran olehNya...dan semoga Allah permudahkan urusan awk dan tunang awk..ameen

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...