MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, March 23, 2010

PAPP!! KENA TAG...MENJAWABLAH..

Niat hati nak rebah badan dah, jam pun dah tunjuk pukul 11.30 malam. Tetiba dapat shout dari Nanie yang mengatakan aku kena tag!! Omaigod..harus selesaikan soalan tubi-tubi dulu sebelum boleh lelapkan mata. Huhuhu

1. Siapakah diri anda di rumah?
Di rumah, saya adalah YONG. Owh sekarang ni dah naik pangkat sikit, kat luar rumah pun dah ada yang panggil saya YONG termasuklah dalam blog ini. Huhu..

2. Siapakah diri anda disamping rakan?
Errr..klon Raja Lawak musim ke lapan belas. Hehehe..

3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?
1) Incik Tunang pulang ke semenanjung
2) sama seperti jawapan di atas
3) err...sama jugak macam kat atas punya atas.
4) Hurmm..yup, masih mahukan incik tunang pulang ke semenanjung
5) Haippp..saya mahu incik tunang! Incik tunang! Incik Tunang!

*adakah incik tunang sejenis "benda"?*

4. Siapakah nama pasangan anda?
Gula hatiku bernama Syaiful Amry bin Ahmad Shah. Nama gelamer beliau adalah Manong yang diambil sempena nama kampung halaman beliau. *memang trend abg-abg tentera untuk gelarkan diri masing-masing sempena nama tempat tinggal mereka. Apakah??*

5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.
1) suaranya yang separa merdu bila menyanyi dalam fon untuk aku.
2) sabarnya dia.....aku tak mampu nak sabar mcm dia.
3) suka bila dia pandang aku..owh jatuh cinta lagi..lagi lagi ku jatuh cinta..lalalala..
4) kagum bila dia tak lupa untuk kira "1 2 3" sebelum letak telefon. *tradisi mana agaknya tu ek?hehe*
5) PALING SUKA...kalo dia dapat pulang ke semenanjung. Hehehe..

6. Bila tarikh anda couple?
13 September 2007.....takkan lupa that moment dia melamar dalam fon. Hahaha..

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Dulu masa benda-benda pahit ni berlaku kemain sumpah takkan lupakan moment pahit tu smp mati..konon-konon marah sangat la kan..alih-alih sekarang aku tatau nak jawab apa untuk soklan ni..sebab aku dah lupa semua yang pahit-pahit tu..serius. Tak ingat.

8. Lagu tema cinta anda.
1)Ringing tone aku bila dia call...*Kau Yang Satu..Wow*
2)Feveret song dia selalu nyanyi untuk aku dalam fon...*Sejiwa..Spring*

9. Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Nak ubah ke?? Takyahlah...aku cinta sama kamu apa adanya. Titik.

10. Tag 10 rakan anda yang lain.
-Julie
-Xora
-Dayu
-Shigim
-Azlina
- Ayu
- Zielala
- Shalin
- AtiqahAdnan
- Pen Merah

Kepada nama-nama di atas, sila jawab soklan ni ye..Yang tak kena tag pun kalo nak jawab sila jawab. Yang silent reader pun sama. Kalau takde blog, jawab dalam kertas pun takpe. Huhu...

Daa!

7 comments:

  1. "AYU" yg kena tag tu,ayu ke?ke ayu len..?huhuhu..

    ReplyDelete
  2. huaa. kena tagged juga!! saya dah kena tagged dgn Belle juga :P baik, saya dah jawab utk kedua2 kamu :D

    ReplyDelete
  3. yg award tu pn sy xwat lg..hehe

    hey tunang kamu org manong ke? kampung ape? kampung sy sane juga..hehe

    ReplyDelete
  4. rindunya dia dekat incik tunang diee....
    i can feel itttt..hu3

    ReplyDelete
  5. Ayu - kamulah ayu yg dimaksudkan itu..sila menjawab dengan penuh dedikasi okey?=)

    Miss Zatie - u're welcome..*tq to u too*

    Xora - kamu kena tag dua kali ek?kena buat dua entri la gini..jawapan lain2.hehe

    zielala - a'ah, incik tunang org manong..kg. pecah batu. Kamu org manong jgk ke?wahhh..berjiran la kita nnt.hehe

    Elmo - sgt rindu..huhu.

    ReplyDelete
  6. hahaha... julie tu akoo yerk? wei.. akoo suker tarikh ko kapel itu.. mcm ku kenal date itu.. lepas ni mesti ko da tak lupe date tu,kan.. hhaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...