MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, June 14, 2010

EPISOD 6: 10 PERKARA YANG AKU SUKA TENTANG MAJLIS ITU

Hai dear!!

Hari ni aku nak menulis lagi. Kali ni nak cerita tentang 10 perkara yang aku suka tentang majlis aku. Tapi sebelum apa-apa aku nak tekankan yang 10 perkara yang bakal aku coret kat bawah ni nanti adalah pandangan peribadi aku semata-mata, takde unsur bodek membodek atau merasuah sesiapa pun. Aku hanya mahu meluahkan 10 perkara yang aku suka sepanjang dua hari majlis aku haritu.

Cekidaut!


1. Keluarga dan sedara mara sangat bersatu padu.

Ini adalah perkara pertama yang paling aku kagum tentang keluarga dan sedara mara aku. Mereka datang dari jauh, ada yang datang dari Kedah, dari Penang, dari Perak dan masing-masing masih keletihan meredan highway PLUS berejam-jam tapi masih mampu menghulurkan bantuan, mengerah tenaga walaupun tak banyak untuk majlis aku.


Pak Din dan Pak Tun sedang gigih men stapler TQ tag pada doorgift di pagi kenduri..huhu


Aku rasa kalau aku ucap terima kasih berjuta liun kali pun masih tak terbalas rasanya. Tanpa mereka-mereka semua takkan mampu aku realisasikan majlis aku seekor diri. Yang paling-paling berusaha keras, berkorban jiwa dan raga, siang dan malam tentunya MY DEAR MOM! Mak, Yong sayang Mak! Thanks Mak!


2. Make up Anje sangat cantik!

Hmmm sebelum aku terus menaip, aku nak ingatkan sekali lagi semua ini adalah pandangan peribadi aku. Kalau ada yang mahu membangkang atau apapun terpulang lah..ini cuma luahan hati aku yang tulus ikhlas..hahaha..

Bagi aku make up aku terutama masa majlis nikah sangat cantik. Anje berjaya memberi "sesuatu" pada penampilan aku masa majlis nikah sampaikan ada mak sedara aku suruh aku tidur jek dengan make up tu hanya sebab sayang nak tengok make up ilang dari wajah aku ni. Hahaha..




Tapi serius, aku sangat sangat suka make up itu. Walaupun Anje bukan make up artis yang upahnya cecah ribuan ringgit tapi hasilnya tetap da boom yada yada bagi aku.

Sayangnya sekarang muka aku kembali comot macam dulu. Waaa!!!!


3. Perjalanan majlis sangat smooth.

Ini satu lagi benda yang aku syukur sangat-sangat. Aku berterima kasih betol kepada Xora yang membuatkan hati aku tergerak untuk buat skrip emcee. Kalau takde skrip, maybe majlis aku akan jadi tunggang langgang sebabnya aku tengok skrip aku tu yang banyak membantu perjalanan majlis. Semua acara yang aku susun dalam tentatif majlis semua berjalan mengikut kehendak aku. Jadi untuk b2b yang lain, takde ruginya kamu get ready dengan skrip. Even emcee yang kamu hire tu berpengalaman, tapi just give them your skrip. Mereka tahu apa yang patot mereka lakukan pada hari itu.


4. Khemah seperti yang aku mimpikan.

Keadaan khemah jugak buatkan aku tersenyum riang. Aku selalu bayangkan khemah majlis aku panjang berjela...dipenuhi kerusi meja lengkap beralas dan berbalut serta beriben. Dengan scallop mengikut tema..Owh memang seperti dalam mimpi. Aku sedar aku cuma datang dari keluarga biasa-biasa yang tak mampu nak adakah majlis di hotel atau di taman-taman indah. Tapi hati ni meronta-ronta mahukan pemandangan khemah seakan-akan mewah walaupun sebenarnya bajet ciput jek. Huhu..Maka bagi aku keadaan khemah majlis aku hari tu sudah cukup membuatkan aku tersenyum riang. Memang itu je yang aku mahu, Cukup.




5. Hantaran dari Merisik Gallery!

Mungkin ada antara kamu-kamu yang tahu bahawa aku telah diberikan rezeki berbentuk tajaan hantaran dari Merisik Gallery untuk wedding aku ni.

Kenapa??

Hehehe....sila klik sini.

Dan tentunya aku amat-amat berterima kasih kepada Merisik Gallery khususnya Kak Amie kerana melayan karenah aku berkenaan hantaran ni tanpa jemu. Kak Amie memang bagus. Setiap pertanyaan aku akan dijawab dengan sehabis baik, setiap permintaan aku, idea aku akan diamik kira. Tapi aku sedar, aku cuma si tuah yang mengharapkan pemberian orang, jadi aku tak mahulah terlalu cerewet sangat. Aku cuma berikan list barang hantaran aku dan tema warna jek. Camne bentuk gubahan, letak duduk hiasan semua aku serahkan pada Merisik Gallery.

Dan hasilnya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Abaikan model comel dalam gambar tu. Ini je gambar hantaran yang ada dalam simpanan aku. Pengantin mana la sempat nak snap gambar kan? Harap-harap incik OP ada banyak gambar hantaran aku dan incik suami.

Cantik kan gubahan hantaran dari MG? Aku memang terkejut betul bila diberitahu hantaran-hantaran aku digubah cantik dalam cindarella carriage yang memang tengah in sekarang ni. Sungguh terharu dengan pemberian dari MG. Buat MG, Thanks banyak-banyak kerana sudi menaja gubahan hantaran saya. Siyes..ini memang gubahan hantaran idaman saya!


6. Tudung Vispera yang vouge itew

Alhamdulillah..tudung nikah aku juga ditaja.... oleh Vispera. Syukur..memang rezeki pengantin selalu murah. Hehehe..

Koleksi tudung-tudung Vispera tersangatlah cantik..kaya dengan beads. Sungguh tak tipu. Maka tak hairanlah aku sangat kagum dengan semua tudung yang ada dalam koleksi Vispera ni.

Untuk tudung nikah aku, memang la aku tiada sebarang komen negatif apa lagi tak puas hati. Cukup sempurna tudung dan veil nikah itu di mata aku. Lebih dari apa yang aku bayangkan. Memang takde perkataan lain yang mampu aku ucapkan selain dari juta-jutaan terima kasih buat Puan Vispera kerana susah payah menaja tudung dan veil untuk majlis nikah aku.



7. Kek pernikahan yang sangat comel

Beberapa bulan sebelum majlis aku, Mak sedara aku yang lebih glamer dengan panggilan Auntie ada tanya tentang kek untuk majlis aku. Beliau ni memang suka menaja kek pertunangan mahupun perkahwinan anak-anak sedara. Sangat baik hati kan? Dulu beliau dah taja kek untuk hantaran pertunangan aku, sekarang nak taja kek untuk perkahwinan aku. Tapi since kek untuk hantaran aku dah tempah cupcakes jek dan kek untuk majlis besar dah disediakan oleh pihak katerer, maka aku cuma request kek untuk majlis nikah jek. Tak salah kan majlis nikah pun ada acara potong kek? Boleh juga kita makan bersama sanak keluarga.

Maka nak dijadikan cerita lepas hari tu sampailah ke hari menikah aku, aku langsung tak pernah tengok camne rupa kek yang Auntie aku nak taja tu. Memang aku serah bulat-bulat pada Auntie.

Tapi guess....camne rupa kek tu??

Omaigod!!

Sangatlah santek!
.
.
.
.
.
.


Tengok rupa kami laki bini yang sangat gumbira dapat kek santek gini.

Owh lupa nak gitau. Kek comel ni Auntie aku tempah kat Choffles. Harga janganlah tanya aku ek..sungguh aku memang tak tau dan tak diberitahu. Hehehe..

Terasa sayang nak potong kek ni..tapi mesti dipotong jua..siap dimakan lagi..dan tentunya rasanya sangat sedap..very the yummy! *nom nom nom*


8. Bilik pengantin..auww!

Hmmm..perkara yang ke lapan ni sikit sebanyak ada unsur memuji diri sendiri. Hahaha..

Aku memang sangat jatuh hati dengan bilik pengantin aku sendiri. Bukan apa, boleh kata hampir semua hiasan dan letak duduk barang-barang dalam bilik tu adalah idea aku. Owh tipu..semestinya ada bantuan dari akal-akal kreatif sepupu-sepupu yang lain tentunya. Owh tipu lagi, Mak sebenarnya paling memainkan peranan atas kejayaan deko-deko bilik pengantin ni. Kalau bukan mak yang approve semua idea aku ni, mana nak dapat bilik pengantin seperti ini.


Huhu..gambar ini diambil sebalik langsir pintu bilik. Owh sungguh aku suka view gini. Tak sangka corak pada langsir pun boleh jadi props untuk cantikkan gambar. Tapi kipas tu memang buat slack gambar. Apa nak buat...aku tak mampu nak pasang aircond dalam bilik.Huhuhu..

Cantik tak bilik i? Hahaha..

Kalau kamu kata tak cantik pun aku tak kesah. Inikan pandangan peribadi aku. As long as hati aku lonjak-lonjak suka, ditambah dengan sedikit kata puji dari sedara mara dan kawan-kawan yang melihat, sudah cukup buat aku puas hati. Tak perlu hiasan mewah, decoration yang terlalu sarat. Kadang-kadang..less is more right?

=)


9. Pelamin anganku.....santek!

Sebelum kawen memang aku sangat suka survey pelamin. Cantiknya pelamin si polan- si polan..indahnya pelamin si minah tu..Owh hebatnya decoration pelamin mak andam tu..memang boleh buat aku sasau seminit dua.

Tapi aku kena cepat-cepat sedar. Pelamin aku nanti bukanlah kategori pelamin ribu-ribuan. Bukan kelas pelamin 3 panel macam yang selalu orang guna dalam dewan-dewan..paling teruk, aku langsung tak tahu camne rupa pelamin aku even draf pun. Langsung!

Cuma 3 hari sebelum majlis barulah Pak Andam aku, Anje mms kan gambar contoh pelamin aku nanti. Sekali tengok....fuh legaa..

Pelamin aku masih dalam kategori tak ketinggalan zaman la aku rasa. Masih menggunakan panel kotak warna putih, tanpa kain ropol-ropol meleret...sudah cukup buat hati aku lega.

Bila Pak Andam aku pasang je pelamin kat bawah khemah aku, owh hati betol-betol lega.. Aku suka. Cantik pada mata aku. Cukup. Nokhtah. Aku tak perlu pelamin yang lebih dari ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


yang terakhir...
.
.
.
.
.
.
10. Hadiah kawen paling terkesan dalam hati.

Alhamdulillah aku terima banyak sangat hadiah kawen. Ada yang bagi kipas angin, ada yang bagi oven, ada yang bagi lampu tido romantik, ada yang bagi album gambar..paling banyak aku dapat adalah cawan/gelas. Sangat bersyukur...boleh jugak aku gunakan bila memulakan hidup baru nanti.

Tetapi.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ada satu hadiah kawen ni.

Paling memberi kesan dalam hati.

Kesan apa???

Terharu?

Sedih?

Gumbira?

Rasa ingin melompat-lompat tanda suka??

Owh bukan.

Hadiah yang satu tu memang hadiah tak terjangka.

Boleh kata tak tercapai dek akalku pun.

Ini semua idea bijak pandai adik aku dan isteri beliau.

Mau tau apa hadiah mereka??

Ini dia..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


See?

Bernas tak bernas idea mereka?

3 tin alicafe bertongkat ali untuk incik suami tentunya.

Dan 3 tin kacip fatimah untuk aku pastinya.

Masih sejuk...macam baru keluar dari peti ais. Buatkan hati ni meronta-ronta nak minum....tapi haruslah aku tak minum. Malu seyh!!

Sudahnya pakcik makcik aku yang minum. Hahaha!

Apapun thanks Ayid dan Ina!

Owh lupa nak khabarkan..mereka berdua dikurniakan rezeki Allah sekali lagi selepas diduga hebat sebelum ini.

Congrats buat kamu berdua!!

Owh dah terlari tajuk pulak. Hihihi..


Hmmm...rasanya banyak lagi perkara-perkara yang mampu buat aku tersenyum sepanjang majlis aku haritu. Tapi 10 yang kat atas ni lah paling membuatkan aku tersenyum riang.

Buat semua yang membantu..walaupun hanya dengan sekeping doa dari jauh. Berbanyak terima kasih aku ucapkan. Ikhlas......terima kasih kerana banyak membantu aku merealisasikan majlis perkahwinan aku. Terima kasih semua!



Koleksi cerita kawen yang lain:

Episod 1: Beberapa hari sebelum detik itu.
Episod 2: Majlis nikah itu
Episod 3: Bersanding
Episod 4: Gambar luar pintu
Episod 5: Gambar dari OP

10 comments:

  1. hihi adiah kawen yg last skali tuh paling besh hahahaha...bole terus bunting pelamin nanti hihi =P
    pstttt~ hantaran MG tuh sgt sweet!!

    ReplyDelete
  2. sungguh hepi sy bc entry u kali ni..u're so lucky..yes i mean very lucky..bkn mudah nk dpt tajaan tau..dgn hantaran, tudung.fuhh..ye btol xperlu mahal2 utk jdkan sesuatu tu indah..sederhana sudah cukup dan yg pntg kt puas hati.. :)

    ReplyDelete
  3. suka jugak..best baca perjalanan kawen..

    mcm ryna pun, bila majlis jadi ikut aturan kita alhamdulillah kan..

    ReplyDelete
  4. Cik ieza - adiah tu paling terkesan dlm hati kan?smp memerah muka pengantin tahan malu..hahaha..hmm hantaran MG mmg suwit2 semua..cubalah!

    zielala - syukur dengan kurniaan yg diberi..rezeki pengantin mmg selalu murah walau selalu diserang dugaan bertubi tubi.huhuh

    fikaryna - tingat kisah kawen dulu ek?syok kan? skrg sy pun dh mula rindu nk buat preps mcm dulu2..huhu

    ReplyDelete
  5. tahniah yeA. moga kekal ke akhir hayat : )

    ReplyDelete
  6. yeayyy fara pun suka pelamin, kek, make up,tudung and paling suka, hantaran kamu!! superb!!

    ReplyDelete
  7. Farah - hantaran dari MG..tentulah superb.Hehehe..Thanks ya!

    Alin - aminn..thanks atas doa itu.=)

    ReplyDelete
  8. perghh..sampai berepisod tu cerita kawin...

    tu lah...org cakap bercinta lepas kawin lagi sonok..betul kah??

    Terbaru : Dilemma Wanita Gorjes

    ReplyDelete
  9. Julie - thanks dear!!

    fndrocka - memang betol bercinta lps kawen lg best...even kami memang bercinta sblm kawen tp sbb dh berkurun lama x jumpa maka keadaannya lebih kurang mcm org bercinta lps kawen.hahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...