MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 9, 2010

SUAMI SAYA DOKTER TERJUN HEBAT

Ohh alangkah nikmatnya menikmati makan tengah hari berlaukkan tomyam dan telur dadar. Tambah lazat bila makan bersila atas lantai berdua. Lauk yang tak berapa nak sedap pun boleh jadi sedap kuasa dua. Makan pun siap bertambah dua kali.

Lepas makan, lepak-lepak depan TV, borak-borak basa-basi sampailah mulut mula menguap dua tiga kali tanda mengajak tido.

Tengah enak-enak tido tentiba aku rasakan dunia aku macam kena gempa bumi.


Weh weh..kenapa ni??


Berpusing-pusing semua benda yang ada depan mata aku. Dinding berpusing, pintu terbalik, segalanya dah tak normal lagi.


Arghhhh sakitnya!!!!


Aku sempat kejutkan incik suami yang tengah sedap dibuai mimpi di sebelah. Mengadu tentang dunia aku yang tengah berputar ni.

Selepas beberapa detik baru aku sedar yang aku pitam. Huh, pitam masa tidur?? Sangat pelik. Nasib baik incik suami prihatin. Dipicitnya kepala aku sampai aku terlena semula dan hanya bangun bila jam dah tunjuk angka 6. Heh.


Bangun mandi dan selesaikan apa yang patut kemudian terus masuk dapur. Panaskan lauk siang tadi dan masak satu lagi lauk tambahan untuk makan malam kejap lagi. *tengok tu, makan tido je keje kami.haha*.

Lepas siap masak, kamu tahu apa??


Arghhhh!!!


Dia datang lagi.


Weh dunia aku kembali berputar ligat serupa gasing. Nak baring pun pening, nak bangun pun pening, sampai aku tak tahu nak buat apa lagi. Sudahnya aku menangis jek.


Incik suami bila tengok aku dah lain macam terus menderu ke kedai terdekat untuk beli ubat-ubatan. Sumpah rumah aku takde stok ubatan langsung. Sebiji panadol pun takde. Heh.


Tentiba aku rasa nak muntah. Ohhh angin kus-kus sudah naik ke tekak nampaknya. Aku memang nak muntah ni, kalau aku tahan lagi memang akan lebih sakit, lebih pitam aku nanti.


Muntah lah aku di situ. Nasib baik aku belum makan nasi lagi, kalau tak keluar abis la nasik berlauk tomyam tu. Huhu.

Incik suami pulang dari kedai membawa seplastik ubat-ubatan.

Oh my hero!!

Aku dah tak tahan sakit dah ni. Perlukan ubatan secepat mungkin. Terus aku grab plastik di tangan beliau.


Oh beliau beli minyak angin cap kapak. Sangat berguna ini.


Ada lagi.


Ohh ada beli koyok jugak. Pun bagus jugak ni. Buat hilangkan angin.


Eh apa lagi yang ada dalam plastik ni??













PANADOL SOLUBLE!



" abang....kite pening kepala bukan selsema." Kata aku.

7 comments:

  1. Better jgn mkn panadol lg...ntah2 dh berisi...he3

    ReplyDelete
  2. Kelakar kan Syima?? Hai la suami siapa la ni..haha.

    Yanie..berisi ke?? Memang pitam-pitam tu antara tanda ke? Tapi macam tak je sebab hari subur baru je lepas..takkan secepat tu tanda-tanda muncul? Ish..misteri.haha

    ReplyDelete
  3. Kat rumah aku mcm2 jenis ubat ada..dwmam..selsema..cirit..batuk..pms...hahahk

    ReplyDelete
  4. Wan, seawal 2 minggu pun, kita boleh detect tau. Better check k.

    Kat rumah saya, berpuluh bijik stok ubat. Saya tak makan pon kecuali vitamin. Yang beria makan, Mr. Rafie. Sakit sikit, makan ubat. Pening sikit, makan ubat. Uhuh.

    ReplyDelete
  5. fndrocka..boleh transform jadi farmasi dah gitu..bagus bagus..hehe

    Azlina..kalau tentang ada isi tu nantilah..period pun tak due lg ni.kang kecewa pulak bila result -ve.hehe..

    Tp tulah..xleh mkn ubat sgt ek? Nasib baik x telan pape ubat pun smlm..just ubat utk kegunaan luaran sajork.hehe

    ReplyDelete
  6. jgn mkn panadol,. dangerous wei.. klu pening or sakit kepala just urut pd tapak kaki...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...