MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 26, 2010

SURUH MENYANYI MEREKA TAHU, SURUH MENGAJI......HAMPAGAS CAP SINGA JAWABNYA.

Pada suatu hari yang indah, aku ditugaskan untuk membawa budak-budak seramai kurang lebih 100 orang ke ILP Labuan. Ini bukan bawak melawat-lawat ye, ini bawak ada tujuan lain iaitu untuk dengar ceramah. Eh iye ke ceramah? Bukan kot, mungkin lebih tepatnya bengkel. Hmmm..bengkel pun macam tak jugak, apa ye kita nak panggil? Kursus? Taklimat? Ah entahlah, yang pastinya aku dan 2 orang guru lagi kena jadi guru pengiring. Huh dah macam raja-raja je bebudak ni ada tukang iring-iring. Huhu.


Nak dijadikan cerita, ceramah/bengkel/kursus/taklimat itu disertai oleh 3 buah sekolah lain lagi. Kalau tak silap ada sekolah teknik, sekolah Lajau, sekolah satu lagi aku lupa. Huhu. Menarik jugak program ni. Temanya Aku Bijak Jauhi Zina. Tahu-tahu je lah bebudak sekarang, expert kalau tang-tang tajuk tu. Jadi harus diberi benteng awal. Ada benteng pun kadang boleh roboh benteng, apa lagi kalau takde pape pertahanan, ke laut la nampaknya. Kalau ke laut tak pe lagi, boleh berenang, tapi kalau ke neraka la jawabnya??? Ha sapo nak jawab??


Okey cukup dah merepek. Sepanjang program tu ada satu insiden yang sangat buat aku sedih. Sedih rasa macam....Astaghfirullah.......mengucap panjang aku.


Nape nya?


Agak-agak kamu, kalau kamu terdengar perbualan gini..



Penceramah: Boleh kamu beritahu saya bagaimana cara berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W?

Murid: *sengih* *sengih lagi* *eh eh dia sengih snegih lagi sambil jungkit bahu tanda tak tahu*














Agak-agak korang apa perasaan aku time tu??

2 comments:

  1. mesti rasa nk sekeh je kepala dorg...

    ReplyDelete
  2. kalau pasal lain, mungkin boleh buat bahan ketawa, tapi not agama. Ia sesuatu yang suci.

    Apalagi, hangennnnn.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...