MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, December 16, 2010

ASAL USUL YONGNANA1881...*lepas ni jangan tanya lagi.heh*



- Yongnana1881 -


Nama yang seakan misteri. Ceaa bajet hebat. Tapi memang ramai yang bertanya kat aku soalan-soalan padu begini..


" Wan, nape kau bubuh nama belog kau 'Yongnana'. Yongnana tu apa?"

"Wan, Yong tu apa? Singkatan bagi payung ke? Tahu lah kau ni besar..ibarat payung yang memayungi."

Heh.

Itu soalan yang kira aras rendah lagi tu. Masih boleh aku jawab tanpa mengulangkaji pelajaran. Tapi bila orang tanya soalan maut yang satu ini....


" Errr...kenapa ada 1881?? Kamu ni lahir tahun 1981 ke? Besday kau 1.8.1981 eh?? "

" Wan...1881 tu nombor kad pengenalan kau ek?"


Errk?!

Garu kepala jugak aku nak menjawab. Mungkin kamu-kamu pun ada yang asik bertanya dalam hati..apakehey la si Yongnana ni nak bubuh nombor-nombor bagai kat nama dia..dah macam kereta, ada plat number. Heh.


Jadi hari ni, meh la aku reveal kan asal usul kejadian nombor 4 angka yang selalu aku usung sana mari tu.


Segalanya bermula dengan ini..


klik untuk tumbesaran tubuh badan yang sempurna


Sebelum apa-apa..kenalkan, yang berdiri nombor 7 dari kiri, berbaju gaun merah pink, berkulit hitam si tampuk manggis, berambut lurus bagai memakai helmet....heh, itulah aku ye. Kenalkan..kenalkan.


Yep. Ini keratan akhbar tahun berapa ntah..1990-an gitu. Aku ada kat kampung belah mak time tu. Tentiba ada 2 orang *ke 3 ntah* lelaki datang rumah tok. Sorang datang bawak kamera ala-ala DSLR, sorang lagi datang bawak pen dan kertas. Heh..yo yo je kau. Macam ingatan tu kuat sangat. Percaya je la yee...


Aku time tu kecik *tapi badan besar*, jadi aku tak bape paham sangat tujuan lelaki-lelaki tu datang. Adakah mahu masuk meminang?? Ohh..tidakk. Mereka berborak-borak dengan pakcik makcik, dengan Tok dan Pah *dah arwah dah sekarang*..gedebak gedebuk bagai, tiba-tiba semua ahli kelurga dipanggil keluar untuk sesi bergambar.

Aku yang terpinga-pinga ni ikut je la arahan. Kereta masing-masing disusun elok-elok, pastu kami yang manusia-manusia ni pulak kena susun. Pastu dapat arahan suruh buat-buat melambai gitu. Konon nak bagi mood ceria la tu. Tapi cuba kamu tengok rupa aku..ada ceria?? Huh..aku memang tak reti bergambar..apalagi nak kategori fotogenik..fotogedik. Never! Eh tetiba emosi.

Jadi silalah baca karangan panjang berjela yang abang wartawan tu dan buat. Itulah cerita kenapa aku sibuk duk kepit 1881 sepanjang hidup ni.

Kesimpulannya..

'Yong' adalah singkatan bagi along @ long @ anak perempuan sulung bagi orang Perak.

'Nana' adalah nama konon-konon manja untuk aku masa kecik dulu sebelum dapat adik. Bila dapat adik..terus upgrade nama jadi Yong. Jadi aku merge kan nama-nama aku tu jadilah Yongnana. Heh.

'1881' tu....errr kamu bacalah sendiri karangan SPM di atas.


Itulah alkisahnya.....


Tapi jangan risau, ini tak perlu hafal. Tak masuk dalam UPSR, PMR, SPM, STPM, PTK, M-TEST dan segala bagai peperiksaan penting yang ada di Malaysia.


Sekian.






p/s: bila duduk kat Labuan ni, aku risau aku tak dapat nak amik plat kereta 1881 sebab kat sini plat kereta berjalan amatlah slowly...nak abiskan plat LD saja makan 2 tahun. Bilalah LE 1881 nak keluar....................haih!


13 comments:

  1. WoW! masok paper la...
    so, ni keluarga 1881la ek?
    mmg unik.. I likeeeeeee.. ;)

    ReplyDelete
  2. waa...uniknya..hehe..ada sejarah di sebalik no2 itu..leh cerita kat anak2kamu nt..hihi

    ReplyDelete
  3. wwaahhh
    menarik..dan unik
    bestnya ada kisah2 gini dalam family
    mmg akan kendung kisah ni smpai hujung hayat la

    ReplyDelete
  4. sekarang dah ader...kalau tak silap... 19 kete plet 1881 dalam keluarga...

    ReplyDelete
  5. Zwan...hehe..inilah keluarga 1881.kalau jumpa kete 1881 kat jalan tu mungkin bsrla tu famili i..huhu tentiba ber i i pulak.

    Ally..harus diceritakan pada anak-anak..wiii..anak? Hmmmm aminn.

    Toyolkiut...hmm gitula alkisahnya...toyibbbb


    Dayu...memang best..rasa macam ada smgt berpasukan yang sgt kuat.hehe..ada kaitan ke?

    Hmmm si anon ni musti ahli keluarga 1881 jugak ni sampai tahu ada bape banyak kete 1881 dalam keluarga..pemalu ke sampai xnak reveal nama..huhu..Tapi apa yg dah ada?? Konpius..

    ReplyDelete
  6. walaupn nme tu pelik tpi unik taw ! huhu ..
    btw salam perkenalan .. n dah follow ur blog ..

    ReplyDelete
  7. ouhhh.... satu2nya benda sejarah yg tak membuat saya mengantuk! hehe....

    ReplyDelete
  8. Wan, ai dah agak dah musti plat kete tapi tak la sampai bajet masuk paper. Whoooahhh. Seronok lah cenggitu. Tak pe, jangan risau sebab dari pemerhatian, plat Labuan cepat je laku. Kejap ari tu, LC, skang dah LD.

    ReplyDelete
  9. unik mmg inik....susa nk jumpa nih...salam ziarah...follow me...

    ReplyDelete
  10. SIYES KAK..aku selama ni mata aku ni tpu aku..hari ni baru aku terperasan header akk tu sebenarnya "YONG NANA" selamani aku membacanya YONG HANA kak...ish..yongnana ek bkn yonghana..aper daa mate aku..;) (giler sengal jugak xperati betoil2)

    ReplyDelete
  11. BTW, THANKS BECOME MY 6TH FOLLOWER :)
    (sikit2 lama-lama jadi bukit)

    ReplyDelete
  12. salam yong...
    femes gak citer asal usul cikgu ni..kalau unik biasa memang ada citer dia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...