MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, December 21, 2010

KL MENJERIT. AHAKS!

Ini adalah entri auto publish.

Ketika kamu baca entri ini, aku Insyaallah sudah selamat sampai ke Kuala Lumpur tanah air ku. Yeeeehhaaa!


Sorganya dapat jejak kaki ke KL semula. Tapi mengenangkan sang suami ketinggalan di Labuan, sayu pulak hati. Subuh tadi pun dah cengeng-cengeng menghantar beliau ke muka pintu pegi kerja. Nak cebik-cebik mengalahkan nak pergi Haji. Huh..


Tapi takpela, since incik suami bagi keizinan penuh, doa restu tak putus-putus untuk aku pulang ke KL, jadi aku rasa seronok jugak. Beliau siap dah bagi lampu hijau awal untuk aku pergi ke maaaanaaaaa saja aku nak pergi kat KL nanti. Yes!


Agenda seminggu ni memang banyak. Musti aku bizi. Aku nak amik gambar kawen, dah siap terperam lama dah kat umah OP, nak amik sijil nikah, buat kad nikah *selama ni kami bergantung pada Lesen L jek, kalau kena terjah dengan JAWI sini mampuih. Haha.


Lagi nak ke mana ek..ohhh mahu ke IKEA, ke Uptown Danau Kota, mahu tengok wayang secara marathon *serius Labuan takde panggung wayang*, cerita DUA ALAM ada tayang lagi tak? ekekekeke..


Mana lagi nak pergi ye? Banyak tempat nak pergi ni. Kalau sesiapa orang KL orang Ampang yang terserempak dengan aku nanti tegur-tegur lah. Ahaks! Bajet terkenal.


Hmmm ada satu benda lagi nak bagitau. Aku tak bawak laptop aku balik. Berokbeng pun aku tinggalkan kat incik suami untuk dipelihara. Jadi kalau takde bahan bacaan baru nak baca selama seminggu ni hampun la ye..korek-korek lah entri lama buat mengisi masa terluang.



Membaca kan jambatan ilmu.


=)

2 comments:

  1. xpa2..
    jauh di mata tapi dekat di hati.. ;)

    ReplyDelete
  2. semoga segala yg dirancang brjaya dilaksanakan..

    nak gie IKEA eh? syoknyaaaaaa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...