MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, December 31, 2010

DALAM BANYAK-BANYAK BUKU, BUKU APA YANG PALING BEST?? *buku lima*



Tempoh hari aku sempat singgah Popular Bookstore kat Ampang Point. Dah lama rasa tak masuk kedai buku. Uhuk uhuk..Niat hati nak sambar novel seketul dua. Tup-tup masuk sana aku terjumpa satu buku yang laaaaaagiiiiiiii best. Dua kali best untuk orang yang buta kuali macam aku ni. Buku apa??



Tadaa!!!



tak pasti aku nak amik gambar buku ke gambar bunga. Haha

Buku resepi.


Oleh Chef Hanieliza.

Siapa-siapa yang memang kaki skodeng belog masak-masak ni mesti familiar dengan nama Chef Hanieliza ni sebab beliau pun blogger jugak. Ada belog ternakan sendiri. Uiihhh...glamer dah beliau sekarang. Merata orang cari dia.


antara resepi yang mampu buat air liur meleleh ke pipi

Buku resepi beliau kat atas tu memang terbaik dari dapur. Tengok tajuk pun macam dah tergoda..1 resepi 1 hari. Huh, takde susah payah aku nak duduk menung pikir lauk apa nak masak dah sekarang.



resepi lagi..nomm nomm nomm

Tapi serius, memang best buku ni. Lauk pauknya memang lauk-pauk makan hari-hari. Tak macam sesetengah buku resepi yang dok gebang lauk-pauk yang hanya sesuai nak masak time kenduri. Tunjuk ajar cara memasak, bahan-bahan semua pun ditunjukkan dengan jelas dan simple.



Fuhh..meleleh.

Harga pun tak mahal. Kira berbaloi la beli buku ni dengan harga RM39.90 tolak diskaun 15% sebab aku bukan ahli Popular, kalau jadi ahli dapat diskaun 25% tau.

Bila balik Labuan, tunjuk buku ni pada incik suami...heh dia pulak yang teruja lebih. Siap tanya lauk mana satu aku teringin nak makan..dia nak tolong masakkan. Cewaahhh...semangat waja.


Eh bila baca balik entri ni nampak macam aku tengah entri advertorial pulak. Haha..Oh entri ini memang tiada sebarang bayaran. Aku lagi yang kena membayar adalah..nak bayar duit berokbeng lagi...kos membeli buku lagi, kos duit letrik terbazir sebab aku taip entri dalam bilik tapi TV dan kipas kat hall takde reti aku nak switch off. Haha. Jadi ini bukan entri pujuk rayu. Aku cuma nak rekemen sesuatu yang aku rasa bagus untuk kita share sajork.


Siapa yang berminat, bolehlah berkejaran ke Popular Bookstore yang terhampir kepada dua tempat perpuluhan sekarang jugak.


Zaasss!





P/S: Mahu masak Ikan Kembung masam manis dan Salad Telur Hancur guna resepi dalam buku. Hehe.

3 comments:

  1. haa...bestnye...nak grap 1 lah sbb diri sendiri mmg tak reti masak...eh blh masak tapi utk rujukan pas kahwin nanti (ayat cover)

    ReplyDelete
  2. Wah, wan...lepas ni bergelar pakar masakan pulak la ya :p

    Oh, resepi yang ada boleh suruh student masak2 kat sekolah. Cikgu ERT juga kan?

    ReplyDelete
  3. buku kita serupa..............hahahahaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...