MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, January 24, 2011

BILA BUDAK MULA BERTANYA...TAK CUKUP TAPAK TANGAN KAU NAK TUTUP MULUT TERNGANGA.


Hari ni penat betul. Mengajar 5 waktu direct non-stop. Aku ni dahla jenis kalau dah masuk kelas mengajar, memang letak saja la kerusi cikgu kat depan tu sebab aku lebih suka berdiri dan berjalan-jalan sekitar kelas time mengajar. Barulah ada skil psikomotor di situ. Perghhh! Bercakap macam cikgu hebat sangat. Huh..70% bolehlah korang percaya yek. Jangan percaya lebih-lebih, merosak diri je nanti. Haha.

Tapi tang yang aku penat ngajar 5 waktu direct tu memang tak tipu. Tambah serabut otak bila tentiba dalam kelas yang last ada drama berlaku.

Jeng jeng jeng.....


Lokasi: Kelas 1 Bougainvillae

Masa: kurang lebih jam 1 petang


Subjek: Kemahiran Hidup





Adegan 1.................................



Anak murid 1: Cikgu, boleh tak saya pergi surau untuk sembahyang?

* kat Labuan jam 12 - 12.30 dah Zuhur dah*


Cikgu: Boleh. Tapi pergi berdua saja. Jangan berlama-lama. 10 minit only.


Anak murid 1: Terima kasih cikgu.





* Lepas tu aku sambung mengajar seperti biasa. Bla bla bla...elektrik....bla bla bla pot pet....sumber letrik ada 3 jenis....pot pet pot pet......kegunaan eletrik pulak....bla bla bla..*



Anak murid 2: Cikgu, cikgu..saya ada soalan!


Cikgu: Okey anak murid 2, apa soalan kamu?


Anak murid 2: Cikgu, kenapa orang Islam kena sembahyang???



Dangg!!!

Sumpah aku ingat beliau nak tanya tentang elektrik ke hapa ke yang bersangkut kait. Sekali soalannya............................







Berselirat urat otak aku nak susun ayat menjawab. Kalau yang bertanya tu Islam..aku rasa mudah lagi. Tapi bukan...










Kalau korang..korang jawab apa??










3 comments:

  1. Jawablah apa yang patut.. Heheh.. Kalau jawab seperti yang dituntut agama pun boleh juga. Sesekali melayan kerenah budak-budak macam tu kan..

    Selamat mendidik anak bangsa.

    ReplyDelete
  2. sebab semayang itu adalah tiang... kalau takde tiang, robohkan rumah..

    atau paling syahdu blh suh dia refer kat ustazah...hehehehe

    ReplyDelete
  3. tuntutan agama..
    tu mcm tanggungjawab yang perlu ditunaikan sbg seorang muslim..
    penganut agama lain pun bersembahyang juga dgn cara masing2.. :) cabaran sungguh bila subjek KH tanya bab agama huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...