MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, January 14, 2011

FILEM 80 JUTA:HANTU KAK LIMAH DALAM RUMAH

Ada satu hari tu, balik sekolah agak lewat. Biasalah..ada meeting. Kata ada kerjaya hebat sekarang ni, jadi meeting me meeting tu biasa lah kan. Haha..padahal separuh pengsan nak tunggu meeting abis. Jadi bila sampai rumah, badan penat. Incik suami pun takde kat rumah sebab tengah berbakti pada negara..ceaaa! Jadi takdelah aku susah payah nak tertonggeng tunggang terbalik kat dapur. Bahagia.


Tentiba aku terasa nak ke kedai memfotostat satu benda. Sebagai isteri mithali, haruslah mintak izin suami dulu sebelum keluar pintu. Sekarang dah moden, guna sms jek mintak permisi. Sms kurang lebih...terus incik suami balas.."ok". Standard la tu, aku hantar sms panjang lebar 2 3 pages pun jawapan beliau tetap dua huruf jek..OK. Jadi redha je la dapat suami bukan kaki mengarang macam kita-kita ni. Hahaha tetiba!


Balik dari kedai..aku pun dah longlai. Yelah..walaupun kedai tu dekat aje..tp sebab jalan kaki ditengah panas terik tanpa payung memayungi diri..haruslah akan terasa penat. Bila dah penat, sampai rumah terus gedebuk tido dalam bilik. ZzZzZzZz


Tentiba terjaga tengok hari dah mula gelap. Dah maghrib rupanya. Huh tak senonoh. Tengok jam...pukul 6.30 petang. Setengah jam lagi suami balik. Jadi eloklah aku pegi mandi kasi wangi-wangi nak sambut suami katanyeeee..Tapi sebelum mandi, nak kena pergi tutup tingkap dulu satu rumah. Yelah..dah maghrib. Mama kata kalau maghrib kena tutup tingkap pintu segala kalau tak nanti setan masuk. Huh..ngeri tu. Baik tutup cepat.

Aku pun dengan muka sememeh..rambut mengerbang serupa Kak Limah balik rumah sebab lari dari rumah sakit jiwa terus keluar dari bilik...............





Sekali.......




Hoii!!!!


Ada satu suara menjerit.


Aku balas balik Heiii!!


Rupanyaaa....incik suami ada dah balik. Awal pulak beliau balik. Tapi yang peliknya kenapa beliau terkejut tengok aku?? Sampai pucat lesi muka sebab terlalu terkejut.


"abang ingat ayang takde kat rumah. Tadi kan kata nak keluar."


Ceh. Memang la nak keluar, tapi takkan pegi kedai yang dari tingkap rumah pun boleh nampak kedainya pun nak berlama-lama kan.


Adehlah....


Kan tak pasal-pasal je muka terpucat lesi terkejut. Nasib baik jantung masih setia berdegup. Kalau tak....


Huh tak sanggup nak membayang.


Sekian sahajalah cerita hantu Kak Limah dalam rumah pada kali ini.

2 comments:

  1. hehehe igtkan hantu kak limah btul td...

    ReplyDelete
  2. WoW! Rm80 jutaa...
    Mamat Khalid pown kalah..
    HAHA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...